Aku Ibarat Debu Berterbangan

Mungkin sesiapa yang membaca artikal ini sedang dilamun cinta atau sedang dikelilingi kasih sayang dariapad seseorang tidak kiralah seseorang insan, keluarga, ibu, ayah, datuk, nenek, kawan-kawan, dan yang lebih hebat dan sentiasa merapati kita malah lebih dekat iaitu tuhan pencipta alam, Allah swt.

Sesungguhnya korang (kamulah) patut mensyukuri kelebihan yang Allah swt beri kepada kamu atas kasih sayang yang telah dipinjamkan untuk kamu diatas perantaraan manusia seperti yang eden (sayalah) perkatakan tadi.

Aku bukan ingin meratap atau menagih kasih kepada seseorang, mungkin Allah swt sudah tetapkan aku sebegini dan aku bersyukur. Alhamdulillah, aku dijadikan begini.


ALONE   KESEORANGAN  BERDIKARI  SIMPLEPERSON

Itulah aku jikalau korang nak tahu. Tiada apa-apa yang istimewa mengenai diriku. Aku sentiasa keseorangan, tiada teman untuk berceloteh, tiada pasangan untuk bergurau, dan aku percaya Allah sengaja membuat begitu kerana hanya Dia lah tempat mengadu, aku bahagia. 



Cuma kadang-kadang aku rasa terkilan dengan mereka-mereka yang diluar sana, punyai pasangan, cubaan perkosa, punyai teman, tipu-tipuan, punyai rakan, tikam belakang, punyai keluarga, belakang-belakangkan. Aku tidak bermaksud yang aku tidak mempunyai family cuma latar belakang keluargaku bukanlah yang kenal erti penampilan kasih sayang. Mereka berfalsafah.

Cuma kadang-kadang aku dapat merasai kasih Ibu yang luar biasa dan tidak ada sesiapa yang mampu menandinginya kecuali Allah dan Rasul-Nya. Aku tahu, aku bukan orang yang hebat agama. Masih tercari-cari hala tuju dan kehidupan yang sebenar.

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA



Saat-saat aku mula merasai kasih sayang, Allah menemukan aku dengan seseorang (member akulah, aku bukan gay). Dia banyak mengajar aku dalam setiap episod kehidupan seharian. Sebolehnya aku nak jadikan dia adik ipar aku saja. Tapi biarlah Allah yang menentukan. Memang gila. Dari situ aku mula berkenalan dengan kasih dan sayang. Aku sayang dengan perhubungan itu. Tetapi itu semua hanya ujian daripada Allah. Kini kami membawa haluan masing-masing. 

SAYANG  TIDAK   SEMESTINYA   MELALUI   UCAPAN


Disebabkan aku tua setahun, aku pergi meninggalkannya apabila perpisahan antara 2 alam terjadi iaitu alam persekolahan dan dewasa. Insya Allah, aku akan ingat segala pengalaman bersamanya. Aku menyayanginya sebagai adik, dan tidak mustahil dia juga sepertiku tetapi Allah lebih mengetahui segala-galanya. Apa-apa pun, aku harus berdoa kepada Allah swt agar perhubungan ini diredhai Allah di dunia dan akhirat, semoga dipersambungkan oleh Allah di akhirat kelak. Amien. 

Our last memories
Wallahulam~



Tokoh Ekonomi Islam 2


Ibnu Qayyim



Ibn Qayyim al-Jawziyyah (691/1292 - 751/1350) bukanlah tokoh yang asing dalam kalangan orang Islam, tetapi ramai yang tidak tahu pemikiran dan sumbangannya dalam falsafah ekonomi Islam. Ibn Qayyim banyak membincangkan konsep kekayaan dan kemiskinan, ekonomi dan zakat, konsep faedah, riba al-fadi dan riba al-nasiiah, dan mekanisme pasaran.

Ibn Qayyim atau nama asalnya Shams al-Din Abu 'Abd Allah Muhammad bin Abu Bakr bin Sa'ad, lahir pada 7 Safar 691H bersamaan 9 Januari 1292M di Damsyik. Beliau meninggal dunia pada tahun 751H/1350M ditempat yang sama. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan. Ayahnya merupakan guru pertama yang mengajar Ibn Qayyim tentang ilmu-ilmu asas Islam termasuk ilmu al-fara'id.

Sebenarnya, beliau telah menuntut pelbagai bidang pengajian dengan beberapa orang ulama terkenal pada waktu remajanya. Antara guru beliau ialah Qadi Sulayman bin Hamzah (711H/1311M), Shaykh Abu Bakr (718H/1318M), al-Majd al-Tunisi (718 H), Abu al-Fath al-Ba'li (709H), al- Saffi al-Hindi (715H), al-Taqi al-Sulayman, Abu Bakr bin 'Abd al-Da'im (718H), Abu Basr bin al-Shirazi (723H), 'Isa al-Mut'im (719H), Isma'il Maktum (716H), dan Ibn Taymiyyah (661 - 728/1263 - 1328).

Antara bidang pengajian yang dipelajari daripada mereka ialah tafsir al-Quran, hadith, usul al-fiqh, dan fiqh. Kesungguhan dan ketekunan Ibn Qayyim mempelajari ilmu dan pelbagai bidang, akhirnya menjadikan beliau terkenal sebagai seorang tokoh dalam bidang fiqh, usul al-fiqh, tafsir, bahasa Arab, ilmu kalam, dan hadith. Malah menurut Ibn 'Imad, Ibn Qayyim merupakan seorang yang alim dalam bidang tasawuf.

Ibn Qayyim sangat terkenal sebagai seorang tokoh ilmuwan pada zamannya dan dapat menguasai pelbagai bidang ilmu. Beliau merupakan salah seorang faqih yang mempunyai autoriti dalam Mazhab Hambali. Ada sesetengah Ulama Sufi menggelarkannya sebagai sufi agong. Beliau juga mempunyai personaliti dan peribadi yang baik yang amat sukar ditandingi oleh orang lain yang semasa dengannya. Ibn Kathir (774H/1373M), salah seorang anak muridnya pernah menyatakan bahawa Ibn Qayyim kuat beribadat dan peribadinya disukai oleh orang ramai pada waktu itu. Antara lain Ibn Kathir menulis, "Aku tidak pernah melihat pada zaman kami ini, orang yang kuat beribadat seperti Ibn Qayyim. Apabila sembahyang, sembahyangnya begitu lama. Beliau memanjang rukuknya dan juga sujudnya."

Selaku seorang ulama yang terkenal, Ibn Qayyim telah didampingi oleh ramai orang yang berguru dan mempelajari pelbagai bidang ilmu dengannya. Antara anak muridnya yang masyhur ialah Ibn Kathir tokoh dalam ilmu hadith dan sejarah, Zayn al-Din Ibn Rajab al- Hambali (795H/1397M) seorang tokoh dalam Mazhab Hambali, dan Ibn Hajar al-'Asqalani (852H/1449M) seorang tokoh hadith yang tidak asing lagi.
Menurut penyelidikan Dr. 'Iwad Allah Jad Hijazi penulisan Ibn Qayyim dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan berjumlah 66 buah. Penulisan itu ada yang berjilid-jilid, ada yang tebal dan ada yang kecil serta ringkas. Dalam bidang tafsir Ibn Qayyim menulis Kitab al'Tibyan fi Iqsam al'Qur'an, Tafsir al Muuawwizatayn, Tafsir Surah al'Fatihah yang terdapat di awal Kitab Madarij al-Salikin, dan lain-lain lagi.

Dalam bidang Hadith, Ibn Qayyim menulis kitab-kitab seperti Tahdhib al-Siman oleh Abu Dawud, al-Wabilal Sayyab min al-Kalam al-Tayyib, dan sebagainya. Dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh beliau menyumbangkan kitab-kitab seperti, Ilam al-Muwaqqi'in 'an Rabb al-'Alarum, al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyysah al-Shar'iyyah, al-Solah wa Ahkam Tariqiha, Tuhfah al-Mawdud biAhkam al-Mawlud, Bayan al-Dalil "An Istighna" al-Musabaqah 'an al-Tahlil, al-Tahlil Fima Yaaill wa Yaarum min Libas al-Harir, dan sebagainya.

Dalam bidang tasawuf Ibn Qayyim menulis yang antaranya, kitab-kitab Madarij al-Salikin, Rawdah. al-Muhibbin wa Nuzhah ai-Mushtaqin, al-Fawa'id li Ibn Qayyim, 'Uddah al-Sabirin wa Dhakhirah al-Shakirin, Taraq al-Hijratayn wa Bab al-Sa'adatayn, dan sebagainya. Dalam bidang kalam dan falsafah Ibn Qayyim menulis beberapa kitab seperti, Shifa' a-'Alil fi Masa'il al-Qada' wa Al-Qadar wa al-hikmah wa al-Ta'lil, Kitab al-Ruh, Hadi al-Arwah ila Bilad al-Afrah, dan Miftah dar al-Sa'adah wa Manshur Wilayah al-'Ilm wa al-Iradah.

Dalam bidang sejarah, beliau menulis Kitab Zad al-Ma'ad fi Hady Khayr al-'Ibad. Ibn Qayyim juga menulis al-Tibb al-Nabawi, Talbis Iblis, al-Jawab al-Kafi 'an Lima Sa'ala 'An al-Dawa' al-Shafi, dan lain-lain lagi.

Ibn Qayyim dalam penulisannya juga telah menyentuh beberapa perkara berkenaan dengan falsafah ekonomi Islam iaitu konsep manusia Islam (homo islamicus) dan manusia bukan ekonomi (non homo economicus), konsep keadilan dan nilai-nilai etika dalam ekonomi, aktiviti ekonomi, kerjasama dan pembahagian buruh, pemilikan harta kekayaan oleh individu, dan peranan kerajaan dalam ekonomi.

Dalam hal ini, Ibn Qayyim menggariskan asas kepercayaan Islam bahawa setiap manusia bertanggungjawab membimbing diri sendiri ke arah menjadi hamba Allah yang baik dan Allah S.W.T merupakan sumber pedoman dan petunjuk.

Dalam pengajian ekonomi, manusia digambarkan sebagai makhluk yang sifat, gelagat, dan tindakannya mementingkan diri sendiri, tamak, haloba, dan menjadikan keuntungan sebagai asas penting dalam semua jenis aktiviti ekonomi. Jadi, setiap manusia bertanggungjawab terhadap perbuatannya dan Allah S.W.T menjadi pedoman dan petunjuk ke arah jalan yang betul.





Selain itu, Ibn Qayyim menekankan bahawa hidup di dunia ini merupakan ujian dan cubaan daripada Allah S.W.T. Ujian yang dikenakan kepada manusia itu boleh sama ada dalam bentuk anugerah harta kekayaan ataupun diberikan kehidupan yang susah. Anugerah kekayaan kepada seseorang tidak bermaksud Allah S.W.T sayang kepadanya. Demikian juga ujian kemiskinan tidak bermaksud Allah S.W.T benci kepada seseorang. Harta kekayaan yang dimiliki oleh manusia bukanlah bererti hidup ini penuh dengan kesenangan.

Ibn Qayyim juga ada menyentuh soal keadilan yang merupakan teras semua aspek dalam kehidupan. Menurut Ibn Qayyim, keadilan merupakan objektif dan matlamat utama Syariah. Hal ini demikian adalah kerana Syariah itu mengandungi keadilan, keberkatan, dan kebijaksanaan. Perkara yang bercanggah dengan keadilan akan menukarkan keberkatan dan kebajikan kepada laknat dan kejahatan, dan daripada kebijaksanaan kepada sesuatu yang tidak berfaedah kepada Syariah.


Sehubungan dengan itu Ibn Qayyim menjelaskan nilai-nilai etika yang baik seharusnya diamalkan oleh orang Islam dalam kegiatan ekonomi mereka. Antara nilai etika yang baik ialah kepatuhan kepada Allah SWT, ketaatan.

kepada agama, sifat baik, jujur, dan benar. Apabila nilai etika tersebut diamalkan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam kegiatan ekonomi, akan menjauhkan nilai-nilai jahat seperti pembohongan, penipuan, dan korupsi.

Selanjutnya beliau menjelaskan bahawa akibat daripada sifat semula jadi yang suka berbohong akan menyebabkan kejayaan tidak tercapai dalam kehidupan.

Apabila keadaan ini berlaku, kehidupan perekonomian akan cacat termasuk juga aspek-aspek lain dalam kehidupan. Dalam perkataan lain, pembohongan memberi impak yang besar dalam kehidupan orang-orang Islam.

Memandangkan akibat yang besar daripada ketidaktaatan dan kejahatan sosial, Ibn Qayyim ada menulis bahawa kesan-kesan dosa akan membawa kepada tidak baik dan dikutuk. Dosa-dosa ini mencacatkan jasad dan roh manusia yang merosakan kehidupan di dunia ini dan selepas mati.

Sifat-sifat yang negatif seperti pembohongan, penipuan, dan pengeksploitasian serta ketidakjujuran mendorong kepada keadaan yang tidak tenteram dalam kehidupan masyarakat. Akan berlaku huru-hara, kecurigaan, ketidakstabilan, dan kekecewaan dalam kalangan masyarakat. Apabila semua perkara ini berlaku, kegiatan ekonomi akan menguncup.



Sebaliknya nilai-nilai etika yang diamalkan dalam masyarakat akan menyuburkan suasana keyakinan dan jaminan keselamatan dalam masyarakat. Pada masa yang sama, masyarakat akan bekerjasama dalam proses pengeluaran dan kestabilan ekonomi. Dalam perkataan lain pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan akan meningkat, dan masyarakat akan hidup mewah.

Selain itu, Ibn Qayyim menganjurkan campur tangan kerajaan dalam pemilikan harta kekayaan individu jika individu berkenaan menggunakan harta kekayaan berkenaan pada jalan yang bertentangan dengan faedah masyarakat. Dalam hubungan ini, Ibn Qayyim telah memetik sepotong hadith Rasulullah s.a.w. mengenai seorang hamba (harta) yang dimiliki bersama oleh beberapa rakan kongsi (tuan) yang hendak dibebaskan oleh salah seorang daripada tuannya, sedangkan tuan-tuan yang lain tidak bersetuju dengan pembebasan tersebut.


Dalam kes ini Rasulullah s.a.w. memutuskan harga yang adil dan rakan-rakan kongsi yang lain diminta menerima bahagian masing-masing. Selepas itu, hamba berkenaan telah dibebaskan.

Hadith ini menjadi asas pada Ibn Qayyim dalam menentukan peraturan bahawa sesuatu harta yang tidak boleh dibahagikan dan dimiliki bersama boleh dijual jika salah seorang daripada para pemiliknya berhasrat untuk menjualnya.

Jelas, beberapa aspek dalam falsafah ekonomi Islam yang dihuraikan oleh Ibn Qayyim €tersebut merupakan antara prinsip dan teras ekonomi Islam yang membezakannya dengan falsafah ekonomi konversional.

Tokoh Ekonomi Islam


Ibnu Khaldun




Nama                     :         Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad
bin al-Hasan.


Tempat dan Tarikh   :         Tunis pada 1 Ramadan 732 Hijrah
Lahir


Keturunan               :         Arab Hadramaut


Menetap                 :         Menetap di Serville, Italy, dan Sepanyol. Akhirnya berpindah
dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah Tunis pada waktu itu.


Bidang Ilmu               :         -    Al-Quran
-      Al-Hadith
-      Perundangan Islam
-      Kesusasteraan
-      Falsafah
-      Bahasa
-      Mantik


Berguru                            :         Antara gurunya : - Muhammad Ibrahim al-Abili,
             - Abu Abdullah al Jayyani
             - Abdullah Muhammad bin Abd al-Salam.

Ibn Khaldun menjadi cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh Barat kerana buah fikirannya, Walau bagaimana pun jarang umat Islam mengkajinya. Sebenarnya, sumbangan pemikiran Ibn Khaldun dalam ekonomi banyak dimuatkan dalam hasil karya agungnya, al Muqaddimah. Antara teori ekonomi yang terdapat dalam karyanya masih lagi relevan dengan masalah ekonomi semasa.



Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan (al adl), hardworking, kerjasama (cooperation), kesederhanaan (moderation), dan fairness.


Berhubung dengan keadilan (
Justice), Ibn Khaldun telah menekankan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi. Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah.

Menurut beliau, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai merampas wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan. Malah, mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat dakwaan palsu terhadap orang lain. Begitu juga kalau meminta seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Islam.


Beliau mengkategorikan perampas harta orang lain secara tidak sah hingga memberi kesan kepada kehidupan isteri dan keluarga sebagai paling tidak adil. Menurut beliau lagi, seseorang yang membeli harta seseorang dengan harga yang paling murah termasuk dalam kategori memiliki harta cara yang tidak betul.


Ketidakadilan seumpama di atas membawa kepada kejatuhan sesebuah negara dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera. Menurut Ibn Khaldun, atas sebab sebab tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam.


Manusia dan Ekonomi

Berdasarkan analisis mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn Khaldun tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi (economic animal). Sebaliknya beliau menganggap manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka bumi ini.


Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.


  Teori Pengeluaran


Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan. Menurut beliau pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat. Bahkan beliau menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun faktor-faktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh perlu untuk menghasilkan matlamat akhir.


Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan cekap.


Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini dapatlah dinyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal daripada Adam Smith yang juga mengemukakan teori yang sama.


  Teori Nilai, Wang dan Harga


Ibn Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori nilai diguna (use value) dengan nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas berhujah bahawa nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran.


"Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh", kata Ibn Khaldun.


  Teori Pengagihan


Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji atau upah, keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada masyarakat. Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam.



Menurut Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas kepada penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan oleh mekanisme permintaan dan penawaran dalam pasaran.


Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga antara harga jualan dengan
harga belian. Namun begitu perbezaan antara kedua-dua harga itu.

Sunnah


Amalan Sunnah Patut Berterusan

T
iada amalan khusus pada malam 15 Syaaban atau Nisfu Syaaban dan apa yang dilakukan masyarakat di Asia Tenggara termasuk Malaysia serta Indonesia untuk menyambut ketibaan malam itu hanyalah berdasarkan budaya diamalkan sejak turun temurun.
Pendakwah bebas, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mengikut kajiaannya tiada nas termasuk hadis dan ayat al-Quran yang menyebut mengenai amalan tertentu perlu dilaksanakan pada malam dan siang hari Nifsu Syaaban termasuk membaca Yaasin dan berpuasa.

Katanya, peristiwa penting yang berlaku pada hari berkenaan hanya pertukaran kiblat dari Baitulmaqdis ke Baitullah (Kaabah) di Makkah sebagai usaha untuk umat Islam kembali ke Makkah dan bermulanya pembukaan Kota Makkah.

“Nisfu Syaaban seperti hari-hari biasa. Tiada nas termasuk hadis yang menyatakan Rasulullah saw membaca Yaasin pada malam itu, tetapi Baginda hanya melakukan amalan biasa dilakukan termasuk qiamulail,” katanya.
“Pendapat mengenai amalan tertentu pada Nisfu Syaaban bukan daripada sumber yang kukuh kerana Rasulullah saw tidak buat, sahabat pun tidak buat” kata pendawah bebas itu lagi.

Beliau berkata, ulama berpandangan malam Lailatulqadar adalah malam istimewa kerana Allah memberi kebaikan lebih daripada seribu bulan. Zawawi berkata, amalan puasa sunat Syaaban, solat tahajud dan bersedekah yang jelas dalam sunnah tidak dilakukan dengan bersunguh-sungguh kerana sudah menjadi turun temurun.

Amalan biasa dilakukan umat Islam di Negara ini pada malam Nisfu Syaaban ialah memohon supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dimatikan dalam iman, sedangkan doa itu seharusnya dipohon setiap hari.

Gambar Hiasan

“Puasa Nisfu Syaaban juga tiada dalam nas. Apa yang dilakukan Rasulullah adalah berpuasa bulan Syaaban dan disebabkan ia jatuh pada pertengahan bulan, sudah menjadi amalan Baginda berpuasa pada pertegahan bulan,” katanya.

Bagaimanapun, disebabkan ketibaan malam Nifsu Syaaban memang diraikan dengan kehadiran jemaah yang ramai, beliau menyarankan supaya pengurusan masjid mengadakan ceramah atau kuliah mengenai hakikat sebenar Syaaban. Penceramah boleh menerangkan kepada jemaah bahawa tanggapan yang sudah tertanam selama ini termasuk malam Nisfu Syaaban yang mana buku amalan manusia diangkat ke langit tidak bersandarkan dalil sahih.

Zawawi berkata, tidak dinafikan masyarakat dulu suka beramal tetapi tidak ramai yang mengkaji hadis menyebabkan banyak amalan dilakukan tidak bersandarkan sunnah sebaliknya dilakukan ekrana sudah menjadi amalan atau budaya orang dulu.

“Allah sudah menentukan banyak hal termasuk umur dan rezeki, yang mana kelulusannnya dibuat pada malam Lailatulqadar. Pendapat mengenai amalan tertentu pada Nisfu Syaaban bukan daripada sumber yang kukuh kerana Nabi Muhammad saw tidak buat, sahabat pon tidak buat.

“Kita juga tidak mahu ramai hanya meminta kepada Allah pada malam tertentu saja kerana kita digalakkan membanyakkan amalan serta berdoa setiap masa. Sepatutnya kita berbuat sesuatu berasaskan budaya ilmu bukan berasaskan seronok dan warisan yang tidak tahu punca,” katanya.

Beliau menasihatkan umat Islam melakukan amalan yang berkualiti dan bertepatan dengan sunnah kerana apabila ia bertepatan dengan sunnah barulah amalan itu diterima.

Zawawi mengakui sukar mengubah amalan yang sudah menjadi tradisi, tetapi berbekalkan hujah berasaskan ilmu dan kesungguhan pihak berkaitan menyedarkan masyarakat, maka tidak ada lagi amalan yang mengelirukan umat Islam.

edit by Mujahid Zahirul Haq'

3 Julai 2012, Selasa
Dipetik daripada akhbar Berita Harian
Penulis, Mona Ahmad

Syukur & Sabar


Syukur, sabar mohon doa diperkenan.

S


emua mengharapkan setiap hajat yang disampaikan kepada Allah dimakbulkan dengan segera. Namun, dalam masa menanti doa dimakbulkan, ada kala wujud juga perasaan tertanya-tanya sama ada doa itu akan dipenuhi atau tidak. Oleh itu timbul persoalan, apakah faktor menjamin Allah Taala menjawap doa kita ?
Walaupun kita digalakkan berdoa, tetapi pasti sukar kita memikirkan seseorang yang terus melakukan dosa, pada masa sama tanpa rasa bersalah memohon Allah memenuhi keinginan kebendaan.
Lantas, bagaimana orang itu boleh menjangkakan Allah menjawap doanya ? Jika kita mempunyai rakan yang tersinggung atas perbuatan kita terhadapnya, apakah kita akan menjangka dia akan menghulurkan bantuan jika kita memerlukan ?
Syarat pertama supaya Allah swt menjawab doa kita ialah bertaubat dan memohon ampun kepada-Nya atas segala perbuatan dosa yang dilakukan. Taubat pula mesti ikhlas, bukan satu kenyataan lisan semata-mata yang kita ulangi seperti burung kakak tua.

Taubat pula mesti ikhlas, bukan satu kenyataan lisan semata-mata yang kita ulangi seperti burung kakak tua. ”


Syarat kedua, tidak harus terburu-buru bermakna tidak harus mempertikaikan kehendak dan tindakan Allah Taala, akan menjawab semua doa kita atau bila kerana hanya Dia Maha Mengetahui waktu terbaik untuk dimakbulkan doa kita.

Syarat Pertama :
  •               Bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt.

Syarat Kedua :
  •          Berdoa dan sabar menanti pemberian atau pulangan hasil daripada berdoa kepada Allah swt, semoga dikhabulkan, sama ada di dunia atau di akhirat. Terletak kepada Allah swt.

Oleh itu, sebagai Muslim beriman kepada Allah, kita sepatutnya tidak melayan fikiran yang kerap kali mempertikaikan kenapa Allah tidak menjawab doa atau memakbulkan hajat yang dipohon dalam doa.

Allah swt berfirman yang bermaksud :

“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.”
(Surah al-Baqarah, ayat 186)

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda maksudnya :

“Dikabulkan (doa) salah seorang daripada kamu selama dia tidak tergesa-gesa iaitu dengan berkata : aku sudah berdoa (tetapi) tidak dikabulkan.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah saw menasihati kita tidak memikirkan doa dimakbulkan atau tidak kerana hal itu akan menyebabkan seseorang berasa kecewa lantas meninggalkan ibadah kepada Allah. Tidak boleh juga kita mempersoalkan orang kafir yang tidak beriman kepada Allah, tetapi diberi pelbagai nikmat. Kita hendaklah yakin Allah swt sentiasa menjawab doa hamba-Nya yang mukmin.


Setiap kali selepas solat kita akan menadah tangan berdoa kepada Allah. Adakah kita memohon satu perkara sahaja ? Tidak, sebaliknya banyak benda yang kita mohon seperti disihatkan tubuh badan, dimurahkan rezeki, dimatikan dalam iman serta dikuatkan iman.
Apakah semua permohonan kita itu diperkenankan ? Allah makbulkan setengah daripadanya dengan segera dan ada yang ditangguhkan dulu. Oleh itu, hendaklah kita bersyukur dan bersabar menunggu serta tidak boleh berputus asa daripada terus berdoa.
Seseorang mukmin yang tidak mahu meminta pertolongan kepada Allah, Allah murka kepadanya.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah saw bersabda maksudnya :

“Orang yang tidak meminta (berdoa) kepada Allah, Allah murka kepadanya.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Edit by Mujahid Zahirul Haq’
3 Julai 2012
Dipetik daripada akhbar Berita Harian
Penulis, Razali Zakaria

Rasulullah


Kisah Belah Dada Rasulullah saw Benar-benar Berlaku.



S
ejarah merakamkan bahawa peristiwa pembelahan dada Nabi Muhammad saw berlaku beberapa kali. Salah satunya ialah ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Sebelum bertolak melakukan perjalanan yang mulia itu, Malaikat Jibril terlebih dahulu membelah dada dan mengeluarkan hati baginda. Kemudian Jibril membasuhnya dengan bantuan Mikail sebanyak tiga kali dengan air zamzam. Dengan itu, peristiwa pembelahan dada baginda telah berlaku sebanyak empat kali.
Pertama ketika masih kecil sewaktu tinggal bersama ibu susuannya, Halimah al-Sa’diyyah.
Kedua ketika berusia 10 tahun.
Ketiga ketika dibangkitkan menjadi Rasul.
Keempat pada malam Israk dan Mikraj.
                Peristiwa pembelahan dada itu telah thabit melalui jalan-jalan periwayatan yang sahih. Ia berlaku secara hakiki dan tidak boleh kita mentakwilkan dan mengalihkannya kepada perkara maknawi. Bahkan ia adalah pembelahan yang benar-benar berlaku dan dirasai oleh pancaindera.
                Perkara-perkara mencarik adat adalah seperti ini tidak boleh diukur dengan akal. Ulama menyebut tatkala Jibril mengeluarkan hati baginda dan membasuhnya dengan air zamzam, dicabut rasa sakit daripada baginda.
Gambar Hiasan

                Dalam satu riwayat menyebut Jibril mengeluarkan dari hati baginda segumpal darah hitam lalu berkata :
“Ini adalah bahagian syaitan (Hazz Al-Syaiton) dari dalam diri engkau.”
Tujuan penyucian hati itu bagi menzahirkan lagi kesempurnaan batin sebagaimana jelasnya kesempurnaan zahir baginda saw.
Al-Imam Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki dalam kitabnya Al-Anwar Al-Bahiyyah fi Al-Isra’ wa Al-Mi’raj Khair Al-Bariyyah  menyatakan : “Terdetik di hati saya makna yang lain iaitu sesungguhnya dada Sayyiduna Muhammad saw dipenuhi dengan rahmat, bahkan ia adalah sumber terbit dan asalnya seperti mana firman Allah swt dalam surah Al-Anbiya’ ayat 107.”
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
                Rahmat yang dimaksudkan itu adalah menyeluruh lagi sempurna kerana ia adalah rahmat Allah swt yang meluas dan meliputi segala sesuatu. Tetapi Allah swt mengeluarkan syaitan, pembantu-pembantu dan kaum kerabat syaitan serta sesiapa yang ditakdirkan menjadi celaka dari rahmat itu. Tidak ada langsung bahagian mereka di dalamnya dan tiada sesuatu pun buat mereka daripada peruntukan rahmat ini.
                Maka jadilah pengertiannya di sini mereka (Jibril dan Mikail) mengeluarkan bahagian syaitan daripada merasai rahmat (sifat kasih dan belas) baginda lalu tiada langsung bahagian syaitan dalam peruntukan rahmat ini.

( Edit by Muhammad Zulhilmi daripada sumber : Surat Khabar Utusan )

Israk Mikraj


Israk Mikraj Bukan Dalam Mimpi.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt yang telah memberi peluang kepada hamba-Nya untuk merasai nikmat hidup sebagai seorang manusia di atas bumi tandus ini. Sekali lagi saya diberi kesempatan untuk 'menulis' atau 'update' blog setelah sekian lama tergendala dalam usaha menyampaikan dakwah, insyaallah. 

Ulama telah bersepakat menyatakan bahawa Israk dan Mikraj berlaku dengan roh dan jasad Nabi Muhammad saw secara jaga dan bukan dalam mimpi. Ini dibuktikan melalui kefahaman zahir ayat al-Quran dan hadis yang sahih.

gambar hiasan

                Bahkan ia juga merupakan perkara yang diterima akal dan tidak mustahil di sisi kekuasaan Allah swt.

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(surah al-Isra’ ayat 1)

Perkataan hamba yang digunakan dalam ayat memberi kefahaman bahawa ia berlaku dengan roh dan jasad.

Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya) dan tidak pula melampaui batas.”
(surah al-Najm ayat 17)

                Surah al-Najm ayat 17, jelas menunjukkkan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj berlaku dengan jasad baginda secara jaga kerana ia disandarkan kepada al-Basar yang bermaksud penglihatan mata zahir.
                Peristiwa yang melibatkan pandangan mata zahir tentulah berlaku secara jaga disertai dengan jasad sebagaimana dinyatakan lagi dalam ayat seterusnya dalam surah al-Najm.

“Demi sesungguhnya, dia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.”
(surah al-Najm ayat 18)


gambar hiasan

                Sekiranya ia berlaku dalam mimpi, maka ia bukanlah suatu tanda atau mukjizat yang mencari adat yang diyakini kebenarannya, sekalipun mimpi para Nabi itu merupakan wahyu. Jika ia berlaku dalam mimpi sahaja, sudah pasti orang-orang kafir tidak menolak dan mendustakannya. Malah orang-orang yang lemah iman juga tidak menjadi murtad dan teruji kerana kejadian ini terlalu jauh daripada adat kebiasaan. Ia berlaku pada masa yang singkat dan pada sangkaan mereka mustahil terjadi.
                Bahkan pendustaan, sangkalan dan kemurtadan mereka merupakan dalil yang kuat bagi menunjukkan bahawa keingkaran mereka terhadap peristiwa ini adalah kerana perjalanan Rasulullah saw tersebut berlaku secara hakiki disertai dengan jasad dalam keadaan jaga.

Insyaallah jika diberi kesempatan, saya akan berusaha menulis atau update' perihal Israk dan Mikraj. Insyaallah. Segala yang baik datang daripada Allah swt. Assalammualaikum

(edit by Muhammad Zulhilmi daripada sumber : surat khabar Utusan Malaysia)

Mari Berzikir

Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.
Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dapat dikenal pasti melalui kaedah electroencephalography (EEG).

 Kaedah EEG yang digunakan untuk mengenalpasti aliran bio-elektrik

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.


Majalah Scientific American, Disember 1993


Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujianimbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.



ujian imbasan PET

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering.”

Oleh itu saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita sudahpun lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang rendah kepentingan berzikir dan mengabaikannya.