Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.
Waallahu'alam~
Ikut Hang Lah
-
Apa yang orang selalu katakan itu benar. “ Pengalaman Tidak Boleh Dijual Beli ” Alhamdulillah, banyak yang sudah aku belajar se...
-
Orang Cina memang cukup taksub dengan nombor 8. Mereka percaya nombor 8 ada ong. Tapi ada juga kepercayaan dalam masyarakat India memperc...
-
FAEDAH MAULID Telah berkata Ibnul Jauzi bahwa satu daripada perkara-perkara yang telah mujarrab (yaitu telah dicuba dan didapati benar) i...
-
PERANG NUKLEAR Bom atom yang digugurkan Barat di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun menelan nyawa ratusan ribu orang. Itu kuasa teknologi per...
-
Rahsia Angka 7 . Tahukah anda bahawa angka 7 ini dalam ISLAM banyak keistimewaannya yang kita sendiri mungkin tidak mengetahuinya. S...
-
Doa di bawah ini adalah Doa khusus yang ampuh untuk diamalkan sebagai amalan agar diri kita aman dan selamat dari segala ancaman+serangan...
-
Israk Mikraj Bukan Dalam Mimpi. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt yang telah memberi peluang kepada hamba-Nya untuk merasai n...
-
AYAT SERIBU DINAR. Mafhum Ayat: Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (denga...
-
Al Khawarizmi, seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik. Dia menjawab : Jika wanita solehah dan beragama = 1 ...J...
-
BERITA BAIK UNTUK PEROKOK ^__^ Di seluruh negara, bahkan serata dunia, manusia telah dimaklumkan akan bahayanya merokok. Para ulama’ juga ...
Blogger templates
Blogroll
Archives
-
▼
2011
(24)
-
▼
June
(18)
- Beruntunglah...
- Keistimewaan Bulan Rejab
- Hadis Sumber Rujukan
- Ragu-Ragu
- Bab Solat
- Bersuci
- Fadhilat & Hikmat AYAT SERIBU DINAR.
- Al-Kisah Seorang Guru Dengan Seorang Anak Muridnya.
- Petua Menghilangkan Rasa Mengantuk.
- Rahsia Nombor Peribadi.
- Rahsia Angka 7
- Doa Penawar Api.
- Doa Segala Penunduk Segala Haiwan Liar dan Berbisa
- Postur Duduk Iftirasy Yang Haq.
- Antara 2 Sujud
- Tanda-Tanda Seseorang Akan Menghadap Kematian
- Lalai atau Beringat
- Kiamat, Bila ?
-
▼
June
(18)
PokerStars Sportsbook Promo Code and Review - KTNV
ReplyDeletePokerStars Sportsbook 부천 출장안마 promo code and 경주 출장안마 review · Welcome Bonus of $500 deposit bonus · 1st deposit: Deposit 하남 출장샵 and 동해 출장샵 start betting 제천 출장샵 with the following