Bersuci

Bab basuh tangan apabila bangun tidur
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ ان النبى صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
قَالَ اِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُم مِنْ نَوْمِهِ فَلا يَغْمِس يَدَهُ
فِى الا نَاءِ حَتَّى يَغْسِلَهَا ثَلاثًا فَاِنَّهُ لايَدْرِى
أَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila bangun dari tidur, maka janganlah ia menyelamkan tangannya
ke dalam air sebelum di basuh lebih dahulu tiga kali, kerana waktu
tidur dia tak tahu dimana tangannya terletak".
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab mendahulukan kanan
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يُحِبُّ التَّيَمُّنَ فِى شَأْنِهِ كُلِّهِ فِى نَعْلَيْهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُوْرِهِ
Dari Aisyah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. suka mendahulukan yang sebelah kanan dalam segala hal
umpamanya memakai sandal, bersisir dan bersuci
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab lima tuntutan agama
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ
عَنِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ الْفِطِرَةِ خَمْسٌ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ
الخِتَانُ وَالا سْتِحْدَادُ وَتَقْلَيمُ الا ظْفَارِ وَنَتْفُ
الأبْطِ وَقَصَّ الشَّارِبِ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Lima perkara dari tuntutan agama, iaitu ;
bersunat, mencukur ari-air, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak
dan menggunting kumis."
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab tempoh menggunting
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ
أَنَسٌ وَقِّتَ لَنَافِى قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمِ
الابْطِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ أَنْ لا نَتْرُكَ اكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً
Dari Annas bin Malik, katanya :
"Rasulullah s.a.w. menentukan waktu kepada kami tentang menggunting kumis,
mengerat kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur ari-ari
supaya jangan dibiarkan lebih daripada empat puluh hari."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab menggunting misai dan pelihara janggut
عَنِ ابْنِ عُنَرَ
عَنِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ أَحْفُوا الشَّوَارِبَ وَأَعْفُوا للِّحَى
Dari Ibnu 'Umar, katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w.
"Guntinglah misai dan pelihara janggut!"
Hadis sahih riwayat Muslim




Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunat.



Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.


*Hadis dibawah sanadnya lemah, tetapi boleh dipergunakan untuk kebaikan bersama.
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

No comments on "Bersuci"

Leave a Reply