Bab Solat


Bab mengangkat takbir
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسقلَّمَ 
اِذَا قَامَ لِلصَّلاةِ رَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى تَكُونَا حَذْ
وَمَنْكِبَيْهِ ثُمَّ كَبَرَّ فَاِذَا أَرَادَ أَنْ يَركَعَ فَعَلَ
مِثْلَ ذَلِكَ وَلا يَفْعَلُهُ حِيْنَ يَرفَعُ رَأْسَهُ مِنَ السُّجُودِ
Dari Ibnu Umar ra. katanya :
Bahawasanya Rasulullah s.a.w. apabila memulai sembahyang
diangkat dua tangannya sejajar dengan dua bahunya, kemudian 
takbiratulihram ia, demikian juga ketika akan ruku' dan bangkit
dari ruku'. Dan tidaklah ia mengangkat tangan ketika berdiri
dari sujud".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab membersih gigi sebelum solat

عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ
عَنِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ لَو لا أَنْ أَشُقُّ عَلَى المُؤْ مِنِيْنَ حَدِيثِ زُهَيْرٍ عَلَى أُمَّتِى
لأ مَرْتُهُمْ بِالسُّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلاةٍ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Jikalau tidaklah akan memberatkan umatku,
nescaya ku suruh mereka membersihkan gigi tiap-tiap akan solat".
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab masbuq solat
عَنِ المُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ تَخَلَّفَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
وَتَخَلَّفْتُ مَعَهُ فَلَمَّا قَضَى حَاجَتَهُ قَالَ
أَمَعَكَ مَاءٌ فَأَتَيْتُهُ بِمَطْهَرَةٍ فَغَسَلِ كَفَّيْها وَوَجْهَهُ
ثُمَّ ذَهَبَ يَحْسِرُ عَنْ ذِرَاعَيهِ فَضَاقَ
كُمُّ الْجُبَّةِ فَأَخْرَجَ يَدَهُ مِنْ تَحْتِ الْجُبَّةَ
وَأَلْقَى الجُبَّةَ عَلَى مَنْكِبَيهِ وَغَسَلَ ذِرَاعَيهِ
وَمَسَحَ بِنَا صِيَتِهِ وَعَلَى الْعِمَامَةِ وَعَلَى
خُفَّيْهِ ثُمَّ رَكِبَ وَرَكِبْتُ فَانْتَهَيْنَا اِلَى القَومِ
وَقَدْ قَامُوا فِى الصَّلاةِ يُصَلِّى بِهِمْ عَبْدُالرَّحْمَنِ
بْنُ عَوْفٍ وَقَدْ رَكَعَ بِهِمْ رَكْعَةً فَلَمَّا أَحَسَّ
بِالنَّبِى صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم ذَهَبَ يَتَأَخَّرُ
فَأَوْ مَا اِلَيهِ فَصَلَّى بِهِمْ فَلَمَّا سَلّمِ قَامَ النَّبِى
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ وَقَمْتُ فَرَكَعْنَا
الرَّكْعَةَ الَّتِى سَبَقَتْنَا
Dari Mughirah b Su'bah dari bapanya : "Bahawa beliau meletakkan
jubah itu dibahunya serta menyapu serbannya dengan air.
Kemudian Nabi s.a.w. naik ke atas kenderaannya dan akupun
naik pula. Setelah kami sampai rombongan kami yang telah
berjalan-jalan lebih dahulu, kami mendapati mereka itu sedang
sembahyang yang diimami oleh Abduurrahman bin 'Auf  pada
ketika itu telah sembahyang satu rakaat, dan takala Abdurrahman
mengetahui kedatangan Rasulullah s.a.w. , ia pun mundur ke belakang
dan Nabi s.a.w. memberi isyarat kepadanya supaya ia tetap
menjadi imam. Setelah imam itu memberi salam, kami menambah
satu rakaat yang ketinggalan".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab ragu kentut dalam solat
عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ شُكِىَ اِلَى النَّبِىِّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلُ يُخَيَّلُ اِلَيْهِ
أَنَّهُ يَجِدُ الشَّئَ فِى الصَّلاةِ قَالَ لا يَنْصَرِفُ
حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتَا أَوْ يَجِدَ رِيْحًا
Dari Abbad bin Tamim dari pamannya, katanya : "Diberitahukan kepada
Nabi s.a.w. bahawasanya seseorang ragu-ragu sedang sembahyang,
apakah ia keluar angin atau tidak? Rasulullah s.a.w. menjelaskan :
"Jangan ia menghentikan sembahyangnya kecuali apabila didengarnya
suara atau tercium bau".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab mengangkat takbir
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسقلَّمَ
اِذَا قَامَ لِلصَّلاةِ رَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى تَكُونَا حَذْ
وَمَنْكِبَيْهِ ثُمَّ كَبَرَّ فَاِذَا أَرَادَ أَنْ يَركَعَ فَعَلَ
مِثْلَ ذَلِكَ وَلا يَفْعَلُهُ حِيْنَ يَرفَعُ رَأْسَهُ مِنَ السُّجُودِ
Dari Ibnu Umar ra. katanya :
Bahawasanya Rasulullah s.a.w. apabila memulai sembahyang
diangkat dua tangannya sejajar dengan dua bahunya, kemudian
takbiratulihram ia, demikian juga ketika akan ruku' dan bangkit
dari ruku'. Dan tidaklah ia mengangkat tangan ketika berdiri
dari sujud".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab membaca Fatihah dalam solat
عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَخْبَرَهُ
أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
قَالَ لا صَلاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِأُمُّ الْقُرْآنِ
Dari "Ubaidah bin Shamit katanya : "Bahawasanya Rasulullah s.a.w.
berkata : "Tidak ada sembahyang seseorang tanpa membaca
Fatihah".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab tiada bismillah dalam solat
عَنْ أَنَسٍ قَالَ صَلَّيْتُ مَعَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
وَأَبِى بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ فَلَمْ أَسْمَعْ
أَحَدًا مِنْهُمْ يَقْرَأُ بِسمِ اللهِ الرَّ حْمنِ الرَّ حِيْمِ
Dari Annas r.a. katanya : "Saya mengalami solat bersama-sama
Rasulullah s.a.w. , Abu Bakar, "Umar dan Usman, maka tidak pernah
saya mendengar salah satu dari beliau-beliau itu yang membaca
Bismillah".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab tidak perlu baca surah dalam solat jamaah
عَنْ عِمْرِ أَنَ بْنِ حُصَيْنٍ أَنَّ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ صَلَّى الظُّهْرَ
فَجَعَلَ رَجُلٌ يَقْرَأُ خَلْفَهُ بِسَبِّحِ اسْمَ رَبَّكَ الأَ
عَلَى فَلَمَّا اَنْصَرَفَ قَالَ أَيُّكُمْ قَرَأَ أَوْ أَيُّكُمُ
الْقَارِئَ فَقَالَ رَجُلٌ أَنَا فَقَالَ
قَدْ ظَنَنْتُ أَنَّ بَعْضَكُمْ خَالَجَنِيهَا
Dari Imran bin Hussain r.a. katanya : "Ketika Nabi s.a.w.
solat zuhur , kedengaran seorang ma'mum membaca di belakang
beliau surat "Sabbihisma rabbikal A'la. Setelah selesai sembahyang
beliau bertanya : "Siapakah diantaramu yang ku dengar membaca tadi?"
Kata lelaki itu : "Saya tuan", Maka kata Rasulullah s.a.w. :
"Saya kira diantara ma'mum yang telah membimbangkan saya dengan
bacaannya".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab bacaan bangkit ruku' solat berjamaah
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَن رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قَالَ الاِمَامُ
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِيدَهُ فَقُولُوا اللهُمَّ رَبَّنَا
لَكَ الْحَمْدُ فَاِنَّهُ مَنْ وَافَقَ قَوْلُهُ قَوْلَ
المَلائكَةِ غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Sabda Rasulullah s,a,w, :
"Apabila imam membaca :
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِيدَه
Maka katakanlah :
اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْد
kerana barang siapa yang serentak ucapannya dengan
ucapan malaikat nescaya Tuhan akan mengampuni
dosa-dosanya yang telah lalu".
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab cara menegur imam
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ التَّسْبِيحُ لِلرِّجَالِ
وَالتَّصْفِيقُ لِلنَّسِاءِ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Membaca Subhanallah untuk lelaki dan bertepuk tangan
untuk perempuan".
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab sembahyang dengan tertib dan kusyu'
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ قَالَ هَلْ تَرَوْنَ
قِبْلَتِى ههُنَا فَوَ اللهِ مَا يَخْفَى عَلَى رُكُو
عُكُم وَلا سُجُودُكُم اِنِّى لأَ رَاكُمْ
وَرَاءَ ظَهْرِى
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Adakah kemu perhatikan kemana qiblatmu? "Demi Tuhan
tidak terlepas dari penglihatanku cara-caramu ruku' dan sujud.
Sesungguhnya aku dapat melihat kamu yang dibelakangku'.
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab larangan mendahului imam
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ مُحَمَّدٌ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ اما يخشى
اَلَّذِى يَرفَعُ رَأْسَهُ قَبْلَ الاِمَامِ
أَنْ يُحَوِّلَ اللهُ رَأْسَهُ رَأَسَ حِمَارٍ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Bersabda Muhammad s.a.w. :
"Tiadakah takut orang yang mendahului imam mengangkat
kepala sebelum imam, bahawa Allah akan mengubah
kepalanya menjadi kepala keledai?"
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab saf dalam sembahyang berjemaah
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ
رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا
وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sebaik-baik saf lelaki ialah yang terdepan dan yang seburuk-buruk
ialah saf yang terbelakang; sebaliknya sebaik-baik saf wanita ialah
yang terbelakang dan yang seburuk-buruk  yang terdepan
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab tiada larangan wanita berjamaah ke masjid
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ سَمِعْتُ
رَسًولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ لاَ تَمْنَعُوا نِسَاءَ كُمُ الْمَسَاجِدَ
اِذَا اسْتَأْذَنَّكُم اِلَيْهَا
Dari Abdullah bin Umar r.a. katanya : "Saya dengan akan
sabda Rasulullah s.a.w. katanya : "Janganlah kamu larang wanita
berjamaah ke masjid jika mereka minta izin lebih dahulu kepadamu".
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab larangan memakai wangian ke masjid
عَنْ زَيْنَبَ آمْرَأَةِ عَبْدِاللهِ قَالَتْ قَالَ
لَنَا رَسًولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
اِذَا شَهِدَتْ إِحْدَاكُنَّ الْمَسْجِدَ فَلاَ تَمَسَّ طِيبًا
Dari Zainab isteri Abdullah katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Kalau wanita hendak ke masjid , maka janganlah memakai
harum-haruman".
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab ayat pilihan Rasulullah s.a..w.
عَنْ عَمْرٍو بْنِ حُرَيْثُ أَنَّهُ سَمِعَ
النَّبِى اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
يَقْرَأُ فِى الْفَجْرِ وَالَّيْلِ اِذَا عَسْعَسَ
Dari Amr bin hurais katanya : "Saya mendengar Nabi s.a.w.
membaca surah
وَالَّيْلِ اِذَا عَسْعَسَ
pada sembahyang subuh
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab ayat bacaan solat subuh
عَنْ عَبْدااللهِ بْنِ السَائِبِ قَالَ صَلَّى لَنَا النَّبِى
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصُّبْحَ بِمَكَّةَ فَاسْتَفْتَحَ
سُورَةَ الْمُؤْمِنِينَ حَتَّى جَاءَ ذِكْرُمُوسَ وَهرُونَ
أَوْذِكْرُ عِيسَى أَخَذَتِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيهِ
وَسَلَّمَ سَعْلَةٌ فَرَكَعَ وَعَبْدُاللهِ ابْنُ السَّائِبِ
حَاضِرٌ ذلِكَ
Dari Abdullah b Saib katanya : "Nabi s.a.w. menunaikan solat
subuh bersama-sama kami di Makkah, maka dimulainya dengan
membaca surah Al Mu'minin dan ketika sampai bacaan pada
ayat yang menyebutkan Nabi Musa dan Nabi Harun a.s. atau
tentang nabi isa a.s. beliau batuk lalu ruku' sedang Abdullah bin
Said ketika itu hadir".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab surah pilihan Nabi s.a.w.
عَنْ عَمْرِوِ بْنِ حُرَيْثٍ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِى
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِى
الْفَجْرِ وَاللَّيلِ إِذَا عَسْعَسَ
Dari Amr bin Huraith katanya : "Saya mendengar Nabi s.a.w.
membaca surah
 وَاللَّيلِ إِذَا عَسْعَسَ
pada solat subuh
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab surah pilihan Nabi s.a.w.
عَنْ قُطْبَةَ بْنِ مَالِكٍ قَالَ صَلَّيتُ وَصَلَّى
بِنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَقَرَأَق
Dari Qutbah bin Malik katanya : "Solat kami bersama-sama
Rasulullah s.a.w. dan beliau membaca surat Qaf".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab bilangan ayat dalam solat
عَنْ أَبِى بَرْزَةَ أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْرَأُ فِى صَلاةِ الْغَدَاةِ
مِنَ السِّتِّينَ اِلَى الْمَائَةِ
Dari Abu Barzakh katanya : "Bahawasanya Rasulullah s.a.w.
membaca pada solat subuh sebanyak 60 ayat sampai 100 ayat
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab surah pilihan Rasulullah s.a.w.
عَنِ اَبْنِ عَبَّاسٍ قَالَ أِنَّ أَنَّ الفَضْلِ بِنْتَ
الحَارِثِ سَمِعْتْهُ وَهُوَ يَقْرَأُ وَالْمُرسَلاتِ
عُرْفَا فَقَالَتْ يَابُنَىَّ لَقَدْذَكُّرْتَنِى بِقِرَاءَ
تِكَ هذِهِ السُّورَةَ إِنَّهَا لأخِرُمَا سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقْرَأَبِهَا فِى المَغْرِبِ
Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya : "Bahawasanya Ummi Al Fadhi
binti Harith mendengar anaknya membaca surat
وَالْمُرسَلاتِ  عُرْفَا
lalu ia berkata : Hai anakku ! engkau mengingatikan aku akan
bacaan Rasulullah s.a.w. ketika beliau membaca surat ini,
iaitu surat yang terakhir ku dengar dari beliau yang dibacanya
dalam solat maghrib".
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab ringankan bacaan imam
عَنْ أَبِى هُرَيرَةَ أَنَّ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ إِذَا أَنَّ أَحَدُكُمُ النَّاسَ فَليُخَفَّفُ فَاِنَّ فِيهِمُ الصَّغِيرَ
وَالْكَبِيرَ وَالضَّعِيفَ وَالْمَرِيضَ فَاِذَا صَلَّى وَحْدَهُ
فَلْيُصَلِّ كَيفَ شَاءَ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila salah
seorang dari kamu jadi imam sembahyang, hendaklah ia mempersingkatkan
bacaan, kerana ada diantara ma'mum anak kecil, orang tua, orang lemah,
dan apabila ia sembahyang maka sembahyanglah sekehendaknya!".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab memendekkan bacaan solat
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّى لأَ دْخُلُ
الصَّلاةَ أُرِيدُ إِطَالَتَهَا فَأَسْمَعُ بُكَاءَ
الصَّبِىِّ فَأُخَفِّفُ مِنْ شِدَةِ وَجْدِ أُنِّهِ بِهِ
Dari Anas bin Malik katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Ketika aku memulai solat, maksudku akan memanjangkannya
tetapi oleh kerana mendengar tangisan anak kecil terpaksa
aku singkatkan kerana mengenang kegelisahan ibunya".
Hadis sahih riwatat Muslim


Bab kelebihan solat berjamaah
عَنِ ابْنِ عُمَرَ اَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
قَالَ صَلاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاةُ الْفَذِّ بِسَبْعٍ
وَعِشْرِيْنَ دَرَجَةً
Dari Ibnu Umar r.a. katanya
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
Solat berjamaah lebih baik daripada solat sendirian dua puluh tujuh darjat
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab pentingnya solat isya' dan subuh jamaah
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة قَلَ قَلَ رَسُولُ الله صلعم
اِنَّ أَثْقَلَ صَلاةٍ عَلَى الْمُنَافِقِيْنَ الْصَلاةُ الْعِشَاءِ وَاصَلاةُ الفَجْر
 وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لأ تَوْهُمَا
 وَلَوْ حَبْوًا وَلَقَدْ هَمَمْتُ أَن آمُرَ بِالصَّلاةِ فَتُقَامَ
ثُمَّ آمُرَ رَجُلا فَيُصَلِّى بِالنَّاسِ
ثُمَّ أَنْطَلِقَ مَعِى بِرِجَالٍ مَعَهُمْ حُزَمٌ مِنْ حَطَبٍ اِلَى قَومٍ
لا يَشْهَدُونَ الصَّلاةَ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُو تَهُمْ بِالنَّارِ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sesunggunhya solat yang terberat bagi orang munafiq ialah solat Isya' dan Subuh
sekiranya mereka tahu akan besarnya pahala yang ada pada kedua solat tersebut
nescaya mereka itu akan mendatanginya untuk berjamaah walaupun merangkak
Sesungguhnya hampir aku perintahkan kepada orang lain untuk mengimamkan solat,
sedangkan aku sendiri pergi menuju ke tempat orang-orang yang tidak turut solat berjamaah
lalu membakar rumah mereka dengan api
Hadis sahih riwayat Muslim



Bab solat menghapuskan dosa
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ
 أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
الصَّلاةُ الْخَنْسُ وَالْجُمْعَةُ اِلَى الْجُمْعَةِ
كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ مَا لَمْ تُفْشَ الْكَبَائِرُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat
menghapuskan dosa-dosa yang diperbuat diantaranya
selagi tidak dikerjakan dosa-dosa besar."
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab menentukan qiblat solat
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة
 أَنَّ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
قَالَ هَلْ تَرَوْنَ قِبْلَتِى ههُنَا فَوَاللهِ مَا يَخْفَى عَلَىَّ رُكُوْعُكُمْ
وَلا سُجُودُ كُمْ اِنِّى لا رَاكُمْ وَرَاءَ ظَهْرِى
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Adakah kamu perhatikan kemana qiblatmu ?"
Demi Tuhan, tidak terlepas dari pengelihatanku cara-caramu ruku'
dan sujud. Sesungguhnya aku dapat melihat kamu yang dibelakangku"
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab jangan mendahului imam
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة
 قَلَ قَالَ مُحَمَّد الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
 أَمَا يَخْشَى الَّذِى يَرْفَعُ رَأْسَهُ قَبْلَ الإمَامِ
أَنْ يُحَوِّلَ الله رَأْسَهُ رَأْسَ حِمَارٍ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Muhammad s.a.w. :
"Tidakkah takut orang yang mendahului imam mengangkatkan
kepala sebelum imam, bahawa Allah akan mengubah kepalanya
menjadi kepala keldai?"
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab meluruskan saf
عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْرٍ يَقُولُ كَـانَ
رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
يُسَوِّى صُفُو فَنَا حَتَّى كَـأَنَّمَا يُسَوِّى بِهَا القِدَاحَ
حَتَّى رَأَى أَنَّا قَدْ عَقَلْنَا عَنْهُ ثُمَّ خَرَجَ يَوْمًا فَقَامَ
حَتَّى كَـادَ يُكَبِّرُ فَرَأَى رَجُلا بَادِيًا صَدْرَهُ مِنْ الصَّفِّ
فَقَالَ عِبَادَ اللهِ لَتُسَوُّنَّ صُفُو فَلُمْ
أَوْ لِيُخَا لِفَنَّ اللهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ
Dari Nu'man bin Basir r.a. katanya :
"Adakalanya Rasulullah s.a.w. meluruskan saf-saf kami seakan-akan
meluruskan rautan anak panah sehingga terlihat oleh beliau,
benar-benar telah lurus. Pada suatu hari ketika beliau hampir
mengangkat takbir terlihat olehnya seorang muncul dadanya dari saf,
maka beliau (Nabi s.a.w.) berkata :
"Luruskan saf-saf kamu, kalau tidak nescaya Tuhan akan
mencerai beraikan hati kamu!"
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab kelebihan azan dan saf pertama
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة
 أَنَّ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِى النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الأوَّلِ
ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لاسْتَهَمُوا
وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِى التَّهْجِيرِ لاسْتَبَقُوا اِلَيْهِ
وَلَو يَعْلَمُونَ مَا فِى الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لأتَوْهُمَا وَلَو حَبْوًا
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Kalau orang Islam tahu keutamaan azan dan saf yang pertama,
kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan undian
nescaya mereka pergi mengambil undian,
dan kalau mereka tahu keutamaan bersegera pergi untuk hadir
jamaah Zuhur, nescaya mereka berlumba-berlumba untuk mendapatkannya
daan kalau mereka tahu kebaikan berjamaah pada sembahyang
Isya' dan subuh nescaya mereka menghadirinya meskipun merangkak.
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab menjadi teman Rasulullah s.a.w.
 عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ كَعْبٍ الا سْلَمِتُى
قَالَ كَنْتُ أَبِيتُ مَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
فَأَتَيتُهُ بِوُضُوئِهِ وِحَاجَتِهِ فَقَالَ لِى سَلْ
فَقُلْتُ أَسْأَلُكَ مُرَافَقَتَكَ فِى الْجَنَّةِ
قَالَ أَوْ غَيْرَ ذلِكَ قُلْتُ هُوَذاكَ
قَالَ فَأَعِنِّى عَلَى نَفْسِكَ بِكَثَرَةِ السُّجًودِ
Dari Rabiah bin Kaab katanya :
Ketika saya bermalam dengan Rasulullah s.a.w. saya bawa air
kepada beliau untuk berwudhu' dan hajat yang lain,
waktu itu beliau berkata :
Ajukanlah permintaanmu kepadaku
Saya berkata : "Saya meminta supaya menemani tuan dalam syurga:
Lalu beliau menjawab : "Atau yang lain?"
Saya jawab : "Itu sajalah" . Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :
"Jika demikian tolonglah aku untuk dirimu sendiri
dengan membanyakkan sujud".
Hadis sahih riwayat Muslim



Bab anggota sujud
عَنِ اَبْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
قَالَ أًمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ
الْجَبْهَةِ وَأَشَارَىيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرِّحْلَيْنِ
وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ وَلا نَكْفِتَ الثِّيَابَ وَلا الشَّعْرَ
Dari Ibnu Abbas , katanya :
"Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Saya diperintahkan supaya sujud dengan tujuh anggota
iaitu dahi, sambil menunjukkan ke hidungnya, dua tangan
dua kaki dan hujung dua telapak kaki.
Dan kami dilarang melapisi dahi dengan pakaian yang dipakai
atau dengan rambut yang terurai
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab dilarang lalu dihadapan orang solat
عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِى أَنَّ رَسُولُ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
قَالَ إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ يُصَلِّى فَلا يَدَعْ أَحَدًا
يَمُرَّبَيْنَ يَدَيْ وَلْيَدْرَأْهُ مَا اسْتَطَاعَ فَاِنْ أَبَى
فَلْيُقَاتِلْهُ فَاِنَّمَا هُوَا شَيْطَانٌ
Dari Abu Said Al Qudri, katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Kalau salah seorang daripada kamu sedang sembahyang
maka jangan biarkan orang lalu dihadapannya.
Jika ada yang lewat (lalu), hendaklah dicegah sedapat mungkin
Dan kalau orang itu enggan pukullah ia kerana
orang itu sama dengan syaitan
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab sujud sahwi
عَنْ عَبْدِالله بْنِ بُحَيْنَةَ الأَ سْدِىِّ
خَلِيفِ بَنِى عَبْدالْمُطَلِبِ
أَنَّ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَامَ فِى صَلاةِ الظُّهْرِ وَعَلَيْهِ جُلُوسٌ
فَلَمَّا أَتَمَّ صَلاتَهُ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ يُكَبِّرُ
فِى كُلِّ سَجْدَةٍ وَهُوَ جَالِسٌ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّنَ
وَسَجَدَ هُنَا النَّاسُ نَعَهُ مَكانَ
مَانَسِىَ مِنَ الْجُلُوسِ
Dari Abdullah bin Buhainan, katanya :
"Pernah Rasulullah s.a.w. dalam sembahyang zuhur bangun dan
lupakan tahiyat awal, Setelah selesai, beliau sujud dua kali
sebelum salam; dan pada masing-masing sujud itu mengucapkan
takbir sambil duduk, dan makmum pun sujud bersamanya;
dan sujud itu sebaai pengganti dari tahiyat yang kelupaan tadi.
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab tidak mengqadhakan sembahayang
عَنْ مُعَاذَ قَالَتْ سَأَلْتُ عَائِشَةَ فَقُلْتُ مَا بَالُ
الْحَائِضِ تَقْضِى الصَّوْمَ وَلا تَقْضِى الصَّلاةَ
فَقَالَتْ أَحَرًورِيَّةٌ أَنْتِ قَلْتُ لَسْتُ بِحَرُورِيَّةٍ
وَلـكِنِّى أَسْأَلُ قَالَتْ كَـانَ يُصِيبُنَا ذَلِـكَ فَنُؤمَرُ
بِقَضَاءِ الصَّوْمِ وَلا نُؤمَرُ بِقَضَاءِ الصَّلاةِ
Dari Mu'azah r.a. katanya :
Ku tanya Aisyah :
"Mengapa wanita haid diperintahkan mengqadhakan puasa
dan tidak diperintahkan mengqadhakan sembahyang?"
Jawab Aisyah : "Apakah engkau memakai faham Harury?"
Jawabku : "Aku bukan haruriah, tetapi aku hanya bertanya."
Kata Aisyah lagi " Dahulu pada zaman Nabi, kami juga
haid maka kami diperintahkan mengqadhakan sembahyang
dan tidak diperintahkan mengqadhakan sembahyang"
Hadis sahih riwayat Muslim



Bab ragu-ragu dalam sembahyang
عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ شُكِىَ اِلَى
النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
الرَّجُلُ يُخَيَّلُ اِلَيْهِ أَنَّهُ يَجِدُ الشَّىْءَ
فِى الصَّلاةِ قَالَ لا يَنْصَرِفُ
حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتَا أَوْ يَجِدَ رِيْحًا
Dari Abbad bin Tamin dari pamannya, katanya :
"Diberitahukan kepada Nabi s.a.w. bahawasanya seseorang ragu
sedang sembahyang, apakah ia keluar angin atau tidak?
Rasulullah s.a.w. menjelaskan :
"Jangan ia menghentikan sembahyangnya kecuali
apabila didengarnya suara (bunyi) atau tercium bau."
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab dosa mencuaikan Solat 'Asar
عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
قَالَ الَّذِى تَفُوتُهُ الْعَصْرِ كَـأَنَّمَا وُتِرَ أَهْلَهُ وَمَالَهُ
Dari Ibnu Umar r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Orang yang meninggalkan sembahyang 'Asar ,
(dosanya) seoalah-olah ia membasmi keluarganya dan hartanya"
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab meninggalkan solat 'asar
عَنْ اَبِى المَلِيْحِ قَالَ كُنَّا مَعَ بُرَيْدَةَ
فِى غَزْوَةٍ فِى يَومِ ذِى غَيْمٍ فَقَالَ
بَكِّرُوا بِصَلاَةِ العَصْرِ فَاِنَّ النَّبِىَّ صَلَّى الله
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ صَلاَةَ العَصْرِ
فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهُ
Dari Abul Malih r.a. katanya : Kita semua bersama-sam
dengan buraidah di dalam suatu peperangan pada hari yang
berawan tebal mendung hujan lalu Abul Malih berkata :
"Lakukanlah pada awal waktunya akan solat 'Asar, sebab
sesungguhnya Nabi s.a.w.  bersabda :
"Barang siapa yang meninggalkan solat maka leburlah
amalannya yakni tidak mendapat sedikit pahala sedikitpun"
Hadis sahih riwayat Bukahri


Bab Malaikat datang bersilih-ganti waktu subuh dan asar
عَنْ أبِى هُرَيْرَةَ أَنٍَِّ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
قَالَ يَتَعَاقَبُونَ فِيلُمْ مَلائِكَةٌ بِا للَّيْلِ وَمَلائِكَةٌ بِالنَّهَارِ
وَيَجْتَمِعُونَ فِى صَلاةِ الفَجْرِ وَصَلاةِ الْعَصْرِ
ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيْلُمْ فَيَسْأَلُهُمْ رَبُّهُمْ
وَهُوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِى فَيَقُولُونَ
تَرَكْنَا هُم وَهُمْ يُصَلُّونَ وَأَتَيْنَا هُم وَهُمْ يُصَلًّونَ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya:
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
Malaikat malam dan malaikat siang sentiasa bergilir-gilir mendatangi kamu
dan mereka itu berkumpul pada waktu sembahyang subuh dan 'Asar
kemudian naiklah yang menginap pada kamu, lalu Allah bertanya
dan Dia sebenarnya memang mengetahui :
Bagaimanakah keadaan hamba-hambaKu  sepeninggalan kamu?"
Jawab malaikat-malaikat itu; Kami tinggalkan mereka
dalam sembahyang, dan kami datangi mereka sedang sembahyang pula".
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab solat membezakan mu'min dan munafiq
عَنْ عَبْدِاللهِ قَالَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَلْقَى اللهَ غَدًا مُسْلِمًا
فَلْيُحَافِظْ عَلَى هؤُلاءِ الصَّلَوَاتِ حَيْثُ يُنَادَى بِهِنَّ
فَاِنَّ اللهَ شَرَعَ لِنَبِيِّكُمْ صلى الله
سُنَنِ الْهُدَى وَلَو أَنَّكُمْ صَلَيْتُمْ فِى بُيُوتِكُم كَمَا يُصَلِّى
هذَا الْمُتْخَلِّفُ فِى بَيْتِهِ لَتَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ
وَلَو تَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ لَضَلَلْتُمْ وَمَا مِنْ رَجُلٍ يَتَطَهَّرُ
فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ
ثُمَّ يَعْمِدُ اِلَى مَسَاجِدٍ مِنْ هذِهِ الْمَسَاجِدِ إلا كَتَبَ
اللهُ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ يَخْطُو هَا حَسَنَةً وَيَرْ فَعُهُ بِهَا دَرَجَةْ
وَيَحُطُّ عَنْهُ بِهَا سَيْئَةْ وَلَقَدْ رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنْهَا
إِلا مُنَافِقٌ مَعْلُومُ النِّفَاقِ وَلَقَدْ كَـانَ الرَّجُلُ يُؤتَى بِهِ
يُهَادَى بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ حَتَّى يُقَامَ فِى الصَّفِّ
Dari Abdullah r.a. katanya :
"Barang siapa yang ingin berjumpa dengan Allah Taala
dengan gembira dan sejahtera, hendaklah ia rajin datang
sembahyang berjemaah lima waktu tiap-tiap didengarnya azan.
Sesungguhnya Allah telah memberikan jalan petunjuk kepada
Nabimu , dan berjamaah pada sembahyang lima waktu itu,
adalah sebagian dari petunjuk. Jika kamu sembahyang dirumahmu
masing-masing seperti diperbuat sipulan yang tidak datang ini
bererti kamu telah meninggalkan petunjuk Nabimu, dan jika
meninggalkan petunjuk Nabimu, nescaya kamu tersesat.
Tiap-tiap sesorang yang mengambil wudhu dengan sempurna
kemudian pergi ke salah satu masjid, maka Allah akan menuliskan
baginya untuk tiap-tiap langkah satu kebajikan dan meninggikannya
satu derjat pula dihapuskanNya satu kejahatan.
Sesungguhnya kami masih ingat (pada zaman nabi)
bahawa tidak ada orang yang meninggalkan berjamaah,
kecuali orang yang telah terkenal munafiq, bahkan ada orang
yang dibawa ke masjid sambil di apit dua orang lelaki,
lalu ditegakkan dalam saf ma'mum
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab sujud tilawah
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ رُبَّمَا قَرَأَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
الْقُرْآنَ فَيَمُرُّ بِالسَّجْدَةِ فَيَسْجُدُ بِنَا حَتَّى اَزْدَ حَمْنَا عِنْدَهُ
حَتَّى مَا يَجِدُ أَحَدُ نَا مَكَـا نًا لِيَسْجُدَ فِى غَيْرِ صَلاةٍ
Dari Abdullah bin Umar r.a. katanya :
Pernah Rasulullah s.a.w. membaca Quran melewati ayat yang
menyebut sujud, lalu beliau sujud dengan kami, sehingga kami
kami terdesak-desak sekitar beliau, sampai ada di antara kami
yang tidak mendapat tempat lagi untuk sujud itu. Kata Abdullah
"Dan sujud ini bukan di dalam sembahyang."
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab enggan sujud
عَنْ عَبْدِ اللهِ عَنِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
أَنَّهُ قَرَأَ وَالنَّجْمِ فَسَجَدَ مَنْ كَـانَ مَعَهُ غَيْرَأَنْ شَيْخًا أَخَذَ
كَـفًّا مِنْ حَصً أَوْ تُرَابٍ فَرَفَعَهُ اِلَى جَبْهَتِهِ وَقَالَ يَلْفِينِى
هَذَا قَالَ عَبْدُ اللهِ لَقَدْ رَأَيْتُهُ بَعْدَ قُتِلَ كَـافِرًا
Dari Abdullah r.a. katanya : " Bahawa Rasulullah s.a.w.
membaca surah An Najmi lalu sujud dan ma'mum pun sujud pula
kecuali seorang tua, ia mengambil segenggam kerikil atau tanah
dan diangkatnya ke dahinya sambil berkata : Cukuplah ini
Kata Abdullah, sesungguhnya kemudian beberapa lama
orang tua itu saya lihat mati terbunuh dalam kekafiran."
Hadis sahih riwayat Muslim

Surah sujud tilawah
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّهُ قَالَ سَجَدَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
فِى إِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ وَاقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bahawa Rasulullah s.a.w. sujud tilawah di surah
Insyiqaq dan 'Alaq".
Hadis sahih riwayat Muslim



Bab berdoa meminta perlindungan
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
يَسْتَعِيذُ فِى صَلاتِهِ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ
Dari Aishah r.a. katanya :
"Kudengar Rasulullah s.a.w. minta perlindungan
dalam sembahyang dari huruhara dajjal
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab doa selepas ruku'
عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِى قَالَ كَـانَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
اِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرُّلُـوعِ قَالَ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ
مِلْءُ السَّمَاوَاتِ وَالارْضِ وَمِلْءُ مَا شِئْتَ مِن شَىْءٍ
بَعْدُ أَهْلَ اثَّنَاءِ وَالْمَجْدِ أَحَقُّ مَا قَالَ الْعَبْدُو
وَكُـلُّنَا كَــلَ عَبْدٌ اللَّهُمَّ لا مَا نِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ
وَلا مُعْطِىَ لِمَا مَنَعْتَ وَلا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ
Dari Abu Said Al Khudri katanya :
"Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila bangun daripada rukuk membaca :
"Allah mendengar sesiapa yang memujiNya, Ya Tuhan kami
untuk Mu segala pujian. Puji yang memenuhi langit dan bumi
dan memenuhi segala sesuatu yang Engkau kehendaki
Tuhan yang berhak disanjung dan diagungkan.
Itulah kata-kata tepat diucapkan oleh hamba, sekelian kami
hambaMu. Ya Allah tiada yang dapat menghambat pemberianMu
dan tidak ada pula yang dapat memeberikan sesuatu
yang Engkau larang dan tidaklah kekayaan itu dapat menolong
yang empunya kecuali dengan izinMu.
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab larangan ketika ruku' dan sujud
عَنْ عَلِىِّ بْنِ أَبِى طَالِبٍ قَالَ نَهَانِى
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
أَنْ أَقْرَأَ رَاكِـعًا أَوْ سَاجِدًا
Dari Ali bin Abi Talib r.a. katanya :
"Saya dilarang oleh Rasulullah s.a.w. membaca ayat
ketika ruku' dan sujud."
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab Tasbih dalam ruku'
عَنْ عَائِشَةَ نَبَّأَتْهُ أَنَّ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
كَـانَ يَقُولُ فِى رُكُـوعِهِ وَسُجُودِهِ سُبُّوحٌ
قُدُّوسٌ رَبُّ الْمَلائِكَـةِ وَالرُّوحِ
Dari Aishah r.a. katanya :
"Bahawasanya Nabi s.a.w. membaca dalam ruku' ndan sujudnya
"Allah itu Maha Suci dari segala kekurangan dan sekutu
jauh dari segala yang tidak layak.
Ia adalah Tuhan seluruh Malaikat terutama Jibrail."
Hadis sahih riwayat Muslim



Bab sujud
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُـنْتُ أَنَامُ بَيْنَ يَدَىْ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
وَرِجْلاىَ فِى قِبْلَتِهِ فَاِذَا سَجَدَ غَمَزَنِى فَقَبَضْتُ رِجْلَىَّ
وَإِذَا قَامَ بَسَطْتُهَا قَالَتْ وَالْبُيُوتُ يَومَئِذٍ لَيْسَ فِيهَا مَصَابِيحُ
Dari Aishah r.a. katanya :
"Pernah saya tidur di hadapan Rasulullah s.a.w.
ketika beliau sedang sembahyang, sedang kedua-dua kakiku
dijurusan qiblat. Maka apabila hendak sujud, ditekannya aku
lalu kutarik kedua-dua kakiku dan apabila beliau bangun
kuulurkan lagi. Kata Aisahah :
"Sedang rumah-rumah pada zaman itu tidak berlampu."
Hadis sahih riwayat Muslim


No comments on "Bab Solat"

Leave a Reply