Rahsia Angka 7



Rahsia Angka 7.

Tahukah anda bahawa angka 7 ini dalam ISLAM banyak keistimewaannya yang kita sendiri mungkin tidak mengetahuinya.

Sesungguhnya Zat Pencipta, yang Maha Besar kekuasaanNya dan Maha Tinggi KalimahNya telah menghiasi tujuh perkara dengan tujuh perkara dan menghiasi pula setiap tujuh perkara itu dengan tujuh perkara yang lain, untuk memberitahu kepada orang-orang berilmu bahawa angka 7 itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi ALLAH SWT.

1. ALLAH menghiasi udara dengan tujuh lapis langit. Dan dihiasi pula tujuh langit itu dengan tujuh bintang.

FirmanNya yang bermaksud: Dan kami bina di atas kamu tujuh buah (langit) yang kukuh. Petikan dari Surah an-Naba' Ayat 12.

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang di langit. Petikan dari Surah Al-Hijr Ayat 16.

2. ALLAH telah hiasi padang yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Dan ALLAH hiasi bumi itu pula dengan tujuh lautan.

Firman ALLAH yang bermaksud: ALLAH, Dialah yang telah menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Petikan dari Surah at-thalaq Ayat 12.

Dan laut, ditambah kepadanya dengan tujuh laut sesudahnya. Petikan dari Surah luqman Ayat 27.

3. ALLAH telah menghiasi Neraka dengan tujuh tingkat, iaitu Jahanam, Sa'ir, Saqar, Jahim, Hutomah, Ladhaa, dan Hawiyyah kemudian disediakan Neraka itu tujuh pintu.

4. ALLAH menghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang. kemudian dihiasi pula baginya dengan tujuh ayat pembuka kitab iaitu surah Al-Fatihah. Petikan dari Surah Al-Fatihah.

5. ALLAH menghiasi manusia dengan tujuh anggota badan iaitu dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu wajah, Dan kemudian dihiasi pula anggota yang tujuh itu dengan tujuh peribadatan iaitu tujuh anggota sujud dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berdir tegak, dua lutut dengan duduk dan satu muka dengan sujud.

6. ALLAH menghiasi umur manusia dengan tujuh peringkat iaitu masa lahir di sebut "RADLI", kemudian "FATHIM", kemudian "KUHUL", kemudian "SYAIKH". Dan dihiasi dengan tujuh peringkat ini dengan tujuh kalimah iaitu: LAA ILAA HA IL LALLAAH MUHAMMADUR RASULLULLAAH.

7. ALLAH menghiasi dunia dengan tujuh negeri yang besar iaitu

i- Hindustan.
ii- Hijaz.
iii- Basrah, Badiyah dan Kufah.
iv- Iraq, Syam, Khurasan, sampai Balakh.
v- rome dan Armania.
vi- Ya'juj dan Ma'juj.
vii- Cina dan Turkistan.

Kemudian ALLAH hiasi tujuh negeri itu dengan tujuh hari, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian ALLAH muliakan tujuh Hari itu dengan tujuh Nabi iaitu Nabi Musa a.s. (Sabtu), Nabi Isa a.s. (Ahad), Nabi Daud a.s. (Isnin), Nabi Sulaiman a.s. (Selasa), Nabi Ya'akub a.s. (Rabu), Nabi Adam a.s. (Khamis) dan Nabi Muhammad SAW dengan umatnya pada hari Jumaat.


RAHSIA 7.

Umpama ada keajaiban (magik), nombor 7 mengatasi signifikan nombor-nombor yang lain dalam pelbagai aspek kehidupan, mitos, fakta, kepercayaan, agama, sistem bio-energi, alam dan lain-lain. Ada RAHSIA yang tersembunyi, ada kaitan yang belum habis diterokai untuk diulaskan segala perihalnya. Mustahil buat saya menyenaraikan segala RAHSIA tersebut namun berikut adalah sekadar renungan dan pemerhatian kita semua tentang RAHSIA 7.

1. PENCIPTAAN ALAM.
Teori astro fizik menyatakan alam ini terbentuk dari satu letupan MAHA Hebat yang membawa kekosongan kepada kewujudan ALAM. Ia dinamakan Teori ‘BIG BANG’. Menurut teori ini, ALAM terbentuk kira-kira 14 (7X2) billion tahun yang lalu. Menariknya di sini, nama ‘big bang’ yang diilhamkan oleh Yang Maha Merancang pada saintis yang menemui teori ini mempunyai 7 huruf (B.I.G.B.A.N.G).


2. PERKEMBANGAN ALAM.
Menurut teori-teori yang hebat diperdebatkan pada sekitar tahun 70an ini, ALAM ini berkembang dari satu titik dalam pergerakkan yang sama dan begitu terancang, yang setiap satu cakerawalanya bergerak dalam laluan-laluan atau orbit yang tersendiri. Menariknya fakta ini telah pun diterangkan di dalam Al-Quran yang diturunkan pada abad yang ke 7, kira-kira 1400 (7X200) tahun yang lalu di dalam surah AD-DHARIYAT ayat 7 yang bermaksud: ‘Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya’.


3. RAHSIA LANGIT.
Di dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 32 yang bermaksud:
‘Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (Kekuasaan Kami) yang ada padanya’. Menariknya fakta ini, surah Al-Anbiya’ adalah surah ke 21 yang mengandungi 112 ayat. Melalui teori kod metamatik/numerology, jika dijumlahkan nombor-nombor ini hasilnya adalah 7:
= surah 21 jumlah ayat 112
= 2+1+1+1+2 = 7
dan, antara kandungan surah ini adalah kisah-kisah (disebut perkataan ‘kisah’) 7 Nabi Allah iaitu:
Nabi Allah Ibrahim a.s.
Nabi Allah Nuh a.s.
Nabi Allah Daud a.s.
Nabi Allah Sulaiman a.s.
Nabi Allah Ayub a.s.
Nabi Allah Yunus a.s.
Nabi Allah Zakaria a.s.


4. BUMBUNG YANG MELINDUNGI.
Menurut sains astronomi pula ‘langit sebagai bumbung’ dari surah di atas bolehlah dikaitkan sebagai ‘atmosfera’ yang bertindak sebagai perisai kepada bumi, antara fungsinya:

menapis objek-objek meteor dari jatuh ke bumi.
Menapis pancaran-pancaran cahaya atau gelombang yang tidak sesuai dan merbahaya.
Mengekalkan suhu bumi dan mengelakkan suhu angkasa yang tertalu sejuk.
Hanya membenarkan pancaran gelombang yang berguna atau bermanfaat iaitu:
Gelombang Sinar-X.
Gelombang Ultra Ungu jarak jauh.
Gelombang Ultra Ungu jarak dekat.
Gelombang spektrum cahaya yang boleh dilihat (visible light) yang mengandungi 7 warna iaitu ungu/violet, indigo, biru, hijau, kuning, jingga dan merah.
Gelombang Infra Merah jarak jauh.
Gelombang Infra Merah jarak dekat.
Gelombang Radio.
Langit sebagai bumbung dalam ayat ini diperjelaskan lagi sifatnya didalam surah Al-Baqarah ayat 29 yang bermaksud: ‘Dialah (ALLAH) yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikanNya 7 langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu’.
Juga dalam surah Al-Fussilat ayat 12: ‘Maka Dia ,menjadikannya 7 langit dalam dua hari dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya’.
Menariknya, menurut fakta saintifik yang ditemui pada abad yang ke 20, terdapat 7 lapisan langit yang meliputi bumi, dari lapisan yang terawal sejauh 7 batu hinggalah lapisan yang teratas/tinggi sejauh 700 batu. Lapisan-lapisan tersebut adalah:
Exosfera – 7 batu.
Ipnosfera.
Termosfera.
Mesosfera.
Ozonosfera.
Stratosfera.
Troposfera – 700 batu.


5. LANGIT YANG KEMBALI (KITAR).

Antara tugasan langit yang lain unik adalah sebagai lapisan yang memantulkan semula, iaitu:
Troposfera – wap air naik dari bumi dan turun semula ke bumi pada lapisan ini.
Ozonosfera – cahaya ultra ungu naik dari bumi dan turun semula ke bumi pada lapisan ini.
Ionosfera – gelombang radio naik dan dipantul turun semula ke bumi, membolehkan frekuensi radio berfungsi.
Anggaran saintis mendapati 16,000,000 ton/sesaat air menyejat dari permukaan bumi dan jumlah tersebut adalah sama dengan jumlah 513 trillion ton hujan yang turun semula selama setahun.


6. BUMI.

Jika dihitung dari planet pluto (yang paling jauh dari sistem solar matahari), bumi merupakan planet yang ke 7 yang dekat pada matahari. Ia merupakan satu-satunya planet yang unik yang memiliki keajaiban tersendiri yang merupakan satu-satunya planet yang mempunyai dan sesuai untuk kehidupan.
Bumi mempunyai 7 benua iaitu:
Afrika.
Amerika Selatan.
Amerika Utara.
Antartika.
Asia.
Eropah.
Ocenia.

Jumlah ini merupakan daratan yang berjumlah 30% yang terpisah oleh lautan-lautan yang secara puratanya 70% dari keseluruhan keluasan bumi. Menariknya, perkataan ‘Lautan dan Daratan’ telah disebut di dalam Al-Quran berulang-ulang kali pada jumlah 32:13. Jika dijumlahkan 32+13=45, maka peratusan laut adalah 32/45 X 100 = 71.11111111 atau 70 peratus manakala peratusan daratan adalah 13/45 X 100 = 28.88888889 atau 30 peratus.
7 lautan utama yang terdapat di bumi:
Lautan Artik.
Lautan Antartik.
Lautan Pasifik – Utara.
Lautan Pasifik – Selatan.
Lautan Atlantik – Utara.
Lautan Atlantik – Selatan.
Lautan Hindi.
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan fakta ini benar, begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan ALLAH SWT.

Manakala elemen-elemen yang kita sedia maklum dimiliki oleh bumi adalah dari 7 unsur yang berbeza-beza iaitu:
Tanah.
Angin (gas).
Api.
Air.
Kayu.
Batu (gem).
Logam.
Menariknya tatkala manusia mengkaji ciri-ciri kejadian elemen logam, adalah didapati bahawa sumber pembentukkan logam tidak terhasil oleh apa yang ada pada planet bumi, ia adalah batu meteor di angkasa lepas yang jatuh ke bumi. Umpama untuk melengkapkan Rahsia 7, elemen ini diturunkan dari langit untuk manfaat manusia. Ini dibuktikan di dalam Al-Quran pada surah Al-Hadiid ayat 25 yang bermaksud:

‘Sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca (keadilan). Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka menggunakan besi itu) dan supaya ALLAH mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasulNya padahal ALLAH tidak dilihatnya. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuat lagi Maha Perkasa’.
Surah ini dinamakan Al-Hadiid (besi), diambil dari perkataan ‘Al-Hadiid’ yang terdapat pada ayat 25 dalam surah ini. Sekali lagi, menurut teori metamatik/numerology : 2+5 = 7.
7 jenis logam:
Plumbum.
Timah.
Besi.
Tembaga.
Merkuri (raksa).
Perak.
Emas.

Suatu keajaiban apabila meneliti kejadian alam yang dilengkapi dengan urutan sistem yang membenarkan kehidupan manusia, iaitu:
Matahari.
Bulan.
Bintang.
Langit (yang mempunyai 7 lapisan).
Bumi (planet yang ke 7 hampir ke matahari).
Lautan (7 lautan utama).
Daratan (yang merangkumi 7 benua).
Kehidupan di bumi wujud daripada ‘kerak’ bumi, satu bahagian yang mempunyai 7 lapisan. Kedalaman kerak bumi adalah 6,370km (kod metamatik: 6+3+7+0=16, 1+6=7).


7. 7 HARI DALAM SEMINGGU.

Peredaran lengkap bumi pada paksinya mengambil masa 24jam menghasilkan kejadian siang & malam. Bumi mengelilingi matahari pada orbitnya dalam masa 365.25 hari melalui 4 perubahan musim iaitu musim panas, dingin, luruh dan bunga. Dalam Al-Quran perkataan HARI di ulang sebanyak 365 kali manakala perkataan BULAN diulang sebanyak 12 kali. Ini secara puratanya menjadikan bilangan hari dalam sebulan menjadi 30. Satu lagi fakta menyatakan bahawa BULAN mengambil masa 29.53 hari untuk melengkapkan pusingan pada paksinya dan melalui 4 peringkat bentuk iaitu bulan sabit, separuh penuh (2 kali) dan bulan penuh. Maka, penetapan 7 hari dalam seminggu adalah dengan mengambil kira fakta peredaran bumi dan bulan iaitu:
Bumi: 365 hari /12 bulan.
= 30 hari / 4 musim.
= 7.61 hari.
Bulan: 29.53 hari / 4 bentuk bulan.
= 7.39 hari.

7 hari dalam seminggu:
Ahad.
Isnin.
Selasa.
Rabu.
Khamis.
Jumaat.
Sabtu.
Dari fakta ini juga kita mendapati secara kasar jumlah minggu dalam setahun (365 hari) adalah 52 minggu (5 + 2 = 7).

Satu lagi kaitan unik yang saya temui adalah dari Kitab Ad-Durr an-Nadhin karya Al-Yafi yang menyebut bahawa, di dalam Ummul Quran (surah Al-Fatihah) yang mengadungi 7 ayat, terdapat semua huruf-huruf (arab) KECUALI 7 huruf iaitu FA', JIM, SYIN, TSA, ZHO, KHO' dan ZAI.

Al-Yafi berkata: setiap huruf ini mewakili 7 hari dalam seminggu, malah setiap satunya memiliki penghulunya (Malaikat) yang tersendiri yang mempunyai nama gelaran masing-masing iaitu:

KHO untuk hari Ahad, dan penghulunya adalah Malaikat Rawfa’il. Nama khasnya: Khobir.
SYIN untuk hari Isnin, dan penghulunya adalah Malaikat Jibril. Nama khasnya: Syakir.
ZAI untuk hari Selasa, dan penghulunya adalah Malaikat Samsama’il. Nama khasnya: Zaki.
ZHO' untuk hari Rabu, dan penghulunya adalah Malaikat Mika’il. Nama khasnya: Zhohir.
TSA untuk hari Khamis, dan penghulunya adalah Malaikat Sirfaya’il. Nama khasnya: Tsabit.
JIM untuk hari Jumaat, dan penghulunya adalah Malaikat ‘Anya’il. Nama khasnya: Jabbar.
FA' untuk hari Sabtu, dan penghulunya adalah Malaikat ‘Azra’il. Nama khasnya: Fatir.

Terdapat beberapa lagi kod metamatik perihal Rahsia 7 yang terdapat di dalam Al-Quran antaranya:
Jumlah perkataan AL-DUNYA disebut 115 kali (1+1+5=7) manakala AL-AKHIRAH juga disebut 115 kali (1+1+5=7).
Jumlah perkataan AL-MALAIKAH diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7) manakala AL-SYAYAATHIIN diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7).
Perkataan LIDAH diulang 25 kali (2+5=7) manakala SUMPAH juga 25 kali (2+5=7).


MANUSIA & RAHSIA 7.
Manusia adalah KHALIFAH di muka bumi. Khalifah pada umat ISLAM pula adalah Nabi MUHAMMAD, yang merupakan Rasul yang terakhir dari 25 (2+5=7) rasul-rasul ALLAH.

Marilah kita meneliti kaitan Rahsia 7 pada sistem manusia sebagai sehebat-hebat kejadian Yang Maha Pencipta.


1. Komposisi Tubuh. Secara kasar, tubuh manusia bolehlah dibahagikan pada 7 komposisi yang utama iaitu:
1 unit kepala.
1 unit leher.
1 tubuh badan.
2 unit tangan.
2 unit kaki.


2. Pancaindera Utama (deria).
Pancaindera merupakan ‘penghubung’ manusia dengan dunia luarnya. Melalui deria-deria ini manusia dapat menerima maklumat, berinteraksi dan bertindak balas dengan alam sekelilingnya. Pancaindera tersebut adalah:
1 mulut.
sepasang telinga (2 lubang).
sepasang rongga Hidung (2 lubang).
sepasang Mata (2 unit).


3. Rongga pada Tubuh.
Rongga atau lubang pada tubuh merupakan ekses keluar dan masuk udara, makanan ataupun cecair bagi pelbagai tujuan untuk kehidupan manusia. Terdapat 7 rongga atau lubang pada tubuh manusia iaitu:
2 rongga telinga.
2 rongga hidung.
1 mulut.
1 salur kencing.
1 rongga dubur.


4. 7 bahagian pada Ambrio Manusia:
Amnion.
Chorionic Villi.
Spinal Cord.
Jantung.
Otak.
Umbilical Cord.
Yolk Sac.


5. 7 Organ Utama dalam tubuh Manusia:

Otak.
Jantung.
Alat kelamin.
Paru-paru.
Hati.
Ginjal.
Perut.


6. 7 Kelenjar utama dalam tubuh:
Pituitary.
Pineal.
Thyroid.
Thymus.
Pancreas.
Gonads.
Adrenals.


7. 7 Bahagian utama pada Otak:
Cerebrum.
Cerebellum.
Pons Varolii.
Medula Oblongatta.
Corpus Callosum.
Spinal Cord.
Meninges.


8. 7 Bahagian utama pada Telinga:
Vestibule.
Auditory Canal.
Tympanic Membrane.
Ossicles.
Semi-circular Canal.
Cochlea.
Membranous Labyrinth.


9. 7 Bahagian utama pada Mata:
Kornea.
Aqueous Humor.
Kanta.
Vitreous Humor.
Retina.
Sclera.
Iris.


10. 7 Bahagian utama pada Jantung:
Ventrikal Kanan.
Ventrikal Kiri.
Atrium Kanan.
Atrium Kiri.
Tricuspid Valve.
Mitral Valve.
Septum.


11. 7 Lapisan pada Kulit:
Stratum Corneum.
Stratum Lucidum.
Stratum Granulosum.
Prickle Cell layer.
Basar Cell Layer.
Corium.
Hair Follicle.


12. 7 Fungsi tubuh:

Respiration.
Circulation.
Assimilation.
Excretion.
Reproduction
Sensation.
Reaction.


13. Komposisi Air dalam tubuh.
Lebih 70% dari sistem tubuh adalah air. Bagi bayi, 97% (9+7=16, 1+6=7) adalah air manakala orang dewasa pula adalah 75%.

Otak manusia 74.5%(7+4+5=16, 1+6=7) adalah cecair.
Darah manusia 83.5%(8+3+5=16, 1+6=7)) adalah cecair.
Ginjal manusia 82.6%(8+2+6=16, 1+6=7) adalah air.
Otot manusia; sekitar 70% adalah air.
Tulang manusia; sekitar 22.3%(2+2+3=7) adalah air.
Malah gigi manusia, sekitar 2.5%(2+5=7) adalah air.

Seperti yang telah dijelaskan dalam fakta sebelumnya, komposisi air pada bumi adalah sekitar 70% iaitu sama jumlah komposisi air dalam tubuh manusia. Fakta ini membuktikan Bumi sebagai planet yang sesuai untuk kehidupan manusia. Malah lebih menarik, apabila sifat air diukur dengan ukuran pH bagi menentukan sifat asid atau alkali, pH7 (neutral) merupakan titik keseimbangan dua sifat tersebut.


14. 7 Lapisan Aura.
Aura merupakan lapisan gelombang elektromagnet yang berada di sekitar tubuh fizik yang mengalirkan tenaga. Aura bertindak sebagai biasan pada gelombang yang mengalir pada tubuh fizik juga bertindak sebagai perisai halus yang melindung tubuh fizik tersebut dari gelombang atau sinaran yang merbahaya. Ilmu mengenai aura telah bermula beribu tahun yang lalu, hanya dewasa ini, bukti saintifik berjaya mengesahkannya. Dikatakan aura mempunyai 7 lapisan halus seperti berikut:

Lapisan pertama – Lapisan Tubuh Eterik.
Lapisan yang paling hampir / dalam, dekat dengan tubuh fizikal, mewakili tahap kesihatan tubuh tersebut.

Lapisan ke 2 - Lapisan Tubuh Emosi.
Berkait rapat dengan sistem emosi dan perasaan manusia. Juga mempunyai kaitan pada pengalaman manis dan pahit insan tersebut. Lapisan cahaya warna ini dikatakan setebal 3 inci dari tubuh fizikal.

Lapisan ke 3 - Lapisan Tubuh Mental.
Lapisan ini menceritakan tentang kebolehan kuasa minda sedar tubuh fizik tersebut.

Lapisan ke 4 - Lapisan Tubuh Astral.
Lapisan pertengahan antara lapisan-lapisan yang lain, berkait rapat pada chakra Jantung (hijau). Sebagai lapisan yang menghubungkan tenaga-tenaga yang mengalir dari lapisan luaran ke lapisan dalaman, begitu juga sebaliknya.

Lapisan ke 5 - Lapisan Tubuh Eterik Tinggi.
Lapisan yang berkait rapat dengan lapisan eterik tingkat pertama yang menceritakan perihal kesihatan tubuh fizikal. Namun pada lapisan ini tenaga bergetar pada tingkatan yang lebih tinggi bersamaan dengan getaran gelombang bunyi. Bagi mengimbangi kesihatan lapisan eterik pertama, lapisan eterik tinggi ini memerlukan getaran tenaga bunyi seperti ‘mantra’ atau zikir / doa.

Lapisan ke 6 - Lapisan Tubuh Mental Tinggi.
Tenaga bergetar pada frekuensi yang lebih tinggi yang berkait rapat pada sistem ‘gerakrasa’ atau ‘firasat’ manusia.

Lapisan ke 7 - Lapisan Tubuh Rohaniah.
Lapisan yang menghubungkan tenaga alam terus kepada lapisan aura lain seterusnya ke dalam sistem chakra tubuh untuk berbagai kegunaan dan kepentingan tubuh manusia. Berkait terus dengan sistem ROH yang terhubung dengan ‘talian hayat’ (dikenali juga sebagai kundalini) dari Yang Maha Pencipta.



15. 7 Pusat Tenaga – Chakra.
Chakra merupakan organ metafizik (ghaib) yang wujud dalam sistem bio-energi manusia. Perkataan ‘Chakra’ berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud roda yang berputar. Ia juga dikenali sebagai pintu gerbang atau ‘portal’ yang berfungsi sebagai pusat penerima, penyimpan dan pengalir tenaga ke seluruh sistem tubuh mengikut tahap dan kegunaannya. Ia juga boleh dikaitkan sebagai bateri hayat bagi kegunaan minda, emosi dan fizikal. Sistem chakra berkait rapat dengan sistem endokrin yang mengawal sistem kelenjar-kelenjar tubuh seperti kelenjar pineal, kelenjar thymus, kelenjar pankreas, kelenjar adrenal dan lain-lain. Dikatakan terdapat kira-kira 365 chakra dalam sistem tubuh, 40 darinya adalah chakra minor dan 7 darinya adalah chakra utama.


CHAKRA PERTAMA – CHAKRA DASAR.
Merupakan chakra yang pertama, berfrekuansi gelombang tenaga merah dan secara amnya berfungsi membekalkan tenaga pada sistem darah, tulang, otot dan saraf manusia. Ia juga bertanggung jawab menentukan perwatakan atau sifat aktif, praktikal dalam keputusan, kecergasan, kesihatan umum tubuh, kepimpinan dan kecergasan fizikal. Ketidakseimbangan tenaga ini akan menyebabkan permasalahan pada sistem tekanan darah, penyakit tulang, sendi, kurang cerdas, masalah seksual, lesu, terlalu atau kurang aktif, tidak rasional, pemarah dll.


CHAKRA KE 2 – CHAKRA EMOSI.
Chakra kedua ini terletak separas dengan pusat (navel), berfrekuansi gelombang tenaga jingga yang membekalkan tenaga pada sistem usus besar dan kecil, alat seksual, pundi kencing, ginjal, bahagian peranakan dan kesuburan. Sifat kreatif, keyakinan, berani mencuba, sifat ingin tahu, rasional, berkeinginan terletak pada keharmonian chakra ini. Permasalahan pada sistem pembuangan, peranakan, seksual, juga sifat penakut, kurang yakin, minda lemah, gelojoh dalam tindakan, suka memaksa adalah sebahagian dari ketidak harmonian tenaga pada chakra ini.


CHAKRA KE 3 – CHAKRA PUSAT.
Dikenali juga sebagai ‘solar plexus chakra’, terletak pada sudu hati, menjadi pusat tenaga untuk kesihatan organ fizikal pada bahagian tersebut; perut, ginjal, sistem hati, limpa dan pankreas. Merupakan medan tenaga pada pemikiran kreatif, logik, cergas, bijaksana dll. Ketidak seimbangan tenaga ini akan mengakibatkan penyakit-penyakit seperti kencing manis, masalah ginjal, gastrik, masalah mata, masalah hati dll. Masalah stres pada minda juga merupakan salah satu pemasalahan ketidak seimbangan tenaga pada chakra ini.


CHAKRA KE 4 – CHAKRA JANTUNG.
Chakra ini mengawal tenaga bagi organ paru-paru, jantung dan kelenjar thymus yang mengawal sistem immun tubuh. Ia juga meliputi sistem saikologi manusia yang berkisar pada emosi, perasaan sayang, sabar, tabah, redha dll. Merupakan sistem penting kerana terdapatnya organ penting manusia iatu jantung yang bekerja 24 jam tanpa henti, juga sistem paru-paru bagi proses pernafasan manusia. Permasalahan pada sistem darah, jantung dan paru-paru adalah kesan tidak harmoni pada chakra ini.


CHAKRA KE 5 – CHAKRA KOMUNIKASI.
Bergelombang biru, warna universal untuk air dan langit yang membersih, menyegar dan menenangkan. Dinamakan chakra komunikasi kerana lokasinya di tengah leher yang menjanakan tenaga pada organ peti suara, kerongkong, thyroid dan para-thyroid yang mengawal sistem aliran penafasan, suara, jumlah kalsium dan sodium dalam badan. Kelenjar hormon pembesaran / kesihatan juga dikawal oleh chakra ini. Manakala, saikologi manusia bagi pertuturan, bahasa, tonasi suara, kemerduan suara yang membolehkan manusia berhubung, berinteraksi, membina hubungan dan kemesraan ditentukan oleh tahap keharmonian chakra ini.


CHAKRA KE 6 – CHAKRA AJNA.
Dikenali juga sebagai ‘3rd Eye Chakra’, bergelombang indigo, menjana tenaga minda, menajamkan visi, rancangan, mengawal kelenjar pituitari, telinga & hidung, sistem saraf pusat dll. Sifat sensitif pada persekitaran, gerak hati, gerak rasa, alam mimpi dan kehebatan saikologi adalah antara kesan keharmonian chakra ini. Sifat bongkak, kurang bersyukur, suka berfantasi, tidak praktikal dalam keputusan, penyakit sinus, pelupa, kurang fokus adalah kesan kurang harmoni pada chakra ini.


CHAKRA KE 7 – CHAKRA MAHKOTA.
Dinamakan sedemikian kerana terletak pada mahkota kepala manusia, tingkat chakra yang tertinggi yang menghubungkan sistem-sistem lain dengan sistem pusat manusia iaitu Otak. Secara kasar, fungsi utamanya adalah mengawal kestabilan tenaga minda bagi melaksanakan pengurusan pelbagai sistem yang dikawalnya. Ia juga dikatakan berkait sebagai ‘talian hayat’ yang menghubungkan manusia dengan ‘dunia luar’ terutamanya dengan yang MAHA PENCIPTA. Kedudukannya adalah di bahagian ubun-ubun kepala yang berfungsi sebagai pusat pengaliran tenaga ROH. Chakra ini bergelombang violet atau keputih-putihan, menjaga kelenjar pineal dan sistem minda keseluruhan yang juga mengawal chakra-chakra yang lainnya.


16. 7 Spektrum Cahaya tenaga kehidupan:
Fakta sains telah menunjukkan bahawa sinar cahaya cerah tenaga matahari merupakan kombinasi adil 7 spektrum warna yang menjanakan sistem tenaga kehidupan pada manusia dan alam.
7 Spektrum warna yang amat penting ini adalah:
Violet – 423nanometer.
Indigo – 450nanometer.
Biru – 470nanometer.
Hijau – 550nanometer.
Kuning – 570nanometer.
Jingga – 638nanometer.
Merah – 650nanometer.


17. 7 Note Muzik ciptaan Manusia:

B – Ti.
A – La.
G – Sol.
F – Fa.
E – Mi.
D – Re.
C – Do.


18. Keajaiban Dunia (7 Wonders of the World):
Piramid – Egypt.
Hanging Gardens – Babylon.
Statue of Zeus – Olympia.
Temple of Artemis – Ephesus.
Mausoleum – Halicarnassus.
Colossus – Rhodes.
Pharos lighthouse – Alexandria.


19. Mitos dalam masyarakat (Melayu).
Dalam masyarakat kita, 7 sering disebut dalam pelbagai mitos dan kefahaman budaya terutamanya dalam adat, amalan, perubatan, kepercayaan dan lain-lain, antaranya adalah:
syarat 7 hari 7 malam.
beras 7 warna.
air 7 telaga.
mandi 7 bunga.
sirih 7 helai.
rokok daun 7 batang.
benang/kain 7 warna.
7 keturunan.
7 petala langit.
7 petala bumi.
7 x Yasin/Fatihah.
313 (3+1+3=7) x Ayat Kursi.
dll.

Wallahu'alam...

No comments on "Rahsia Angka 7"

Leave a Reply