Ramadhan kembali lagi, sesungguhnya kita dipilih untuk menyemarakkan bulan Ramadhan dan menjadi tetamu Nya. Banyak amal kebajikan yang boleh kita lakukan pada bulan ini, dan pahalanya berlipat kali ganda daripada bulan-bulan yang lain, menunjukkan Allah itu menyayangi hambaNya yang lalai akan tugas sebagai hamba Allah yang taat.
Saya ingin berkongsi sedikit ilmu, insyaallah dapat dijadikan pengajaran dan bimbingan untuk semua yang membaca dan dakwah untuk semua serta saya sendiri.
BAB PUASA |
|
|
Bab bila tiba Ramadham |
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ |
اَذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ اَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ اَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِدَتِ الشَّيَاطِيْنُ |
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : |
"Rasulullah s.a.w. bersabda : |
"Apabila tiba bulan Ramadhan, pintu syurga dibuka, pintu neraka dikunci |
dan syaitan dirantai." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
|
|
Bab permulaan puasa |
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّمَ لاَ تَصُومُوا حَتَّى تَرَوُا الْهِلاَلَ وَلاَ تُفْطِرُوا حَتَّى تَرَوْاهُ فَاِنْ اُغْمِى عَلَيْكُمْ فَاقْدُرُوالَهُ |
Dari Ibnu Umar r.a. katanya : |
"Rasulullah s.a.w. bersabda : |
"Janganlah kamu puasa sebelum kamu melihat awal bulan (Ramadhan) |
dan janganlah kamu berbuka sebelum kamu melihat awal bulan (Syawal). |
Tetapi apabila awal bulan itu tidak kelihatan, maka cukupkanlah bilangannya |
(tiga puluh hari)." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab bilangan hari puasa |
عَنِ ابْنِ عُمَر ان رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ رَمَضَانَ فَضَرَبَ بِيَدَيْهِ فَقَالَ الشَّهْرُ هَكَذَا وَهَكَذَا وَهَكَذَا {ثُمَّ عَقَدَا بِهَامَهُ فِى الثَّالِثَةِ} فَصُومُوا لَرَؤيَتِهِ وَافْطِرُوا لِرُؤيَتِهِ فَإِنْ اُغْمِيَ عَلَيْكُمْ فَاقْدُرُوالَهُ ثَلاَثِيْنَ |
Dari Ibnu Umar r.a. (menceritakan) : |
"Bahawa Rasulullah s.a.w. menyebut bulan Ramadhan, beliau menepuk |
kedua belah tangannya, sambil mengatakan : |
"Bulan itu (ada) sebegini (10), sebegini dan sebegini |
(menghilangkan ibu jarinya pada tepukan yang ketiga), |
Sebab itu puasalah kamu kerana telah melihat awal bulan |
dan berbukalah kamu kerana telah melihatnya. |
Tetapi kalau awal bulan itu tidak kelihatan |
cukupkanlah bilangannya sampai tiga puluh." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab mencari malam lailatul qadar |
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة قَلَ قَلَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم |
أُرِيْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ ثُمَّ أَيْقَظَنِى بَعْضُ أَهْلِى |
فَنُسِّيْتُهَا فَالْتَمِسُوهَا فِى الْعَسْرِ الْغَوَابِرِ |
Dari Abu Hurairah ra katanya |
Rasulullah saw bersabda : "Dimimpikan kepadaku malam lailatul qadar |
lalu aku dibangunkan oleh isteriku menyebabkan aku lupa waktunya (yang pasti) |
Sebab itu, carilah malam qadar itu pada malam sepuluh yang akhir" |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab lailatul qadar di malam ganjil |
عَنْ سَالِمٍ عَنْ أَبِيْهِ قَالَ رَأْىَ رَجُلٌ |
أَنَّ لَيْلَةَ الْقَدْرِ لَيْلَةَ سَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ |
فَقَالَ النَّبَى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم |
أَرىَ رُؤْيَاكُمْ فِى الْعَشْرِ الاوَاخِرِ فَاطْلُبُوهَا فِى الوِتْرِمِنْهَا |
Dari Salim dari bapanya katanya : |
"Seorang lelaki bermimpi bahawa malam lailatul qadar itu pada malam yang kedua puluh tujuh |
Lalu Nabi saw bersabda : "Aku bermimpi serupa dengan mimpi kamu, ialah |
dalam sepuluh malam yang terakhir Sebab itu carilah pada malam yang ganjil di antaranya." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab ganjaran berpuasa |
عَنْ أَبِى سَعِيْدِ الْخُدْرِى قَالَ |
قَلَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم |
يَصُومُ يَومَا فِى سَبِيلِ اللهِ اِلا باَعَدَ اللهِ بِذَلِكَ الْيَومِ |
وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِيْنَ خَرِيْفًا |
Dari Abu Said Al Qudri ra katanya : |
Rasulullah saw bersabda : "Setiap orang yang berpuasa di jalan Allah barang sehari |
Nescaya dijauhkan Allah muka orang itu daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun |
perjalanan, kerana puasa di hari itu" |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
|
Bab menahan diri ketika berpuasa |
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة قَلَ قَلَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم |
اِذَا أَصْبَحَ اَحَدُكُمْ يَومًا صَائِمًا فَلايَرْفُثْ وَلايَجْهَلْ |
فَإِنِ امْرُؤٌ شَاتَمَهُ أَوْ قَاتَلَهُ فَليَقُلْ إِبْنِى صَائِمٌ إِنِّى صَائِمٌ |
Dari Abu Hurairah ra katanya : "Rasulullah saw bersabda : |
"Apabila seseorang kamu berpuasa sejak pagi pada suatu hari, |
janganlah ia bercakap kotor dan jangan membuat kesalahan |
Kalau ada orang yang memakinya atau hendak membunuhnya |
hendaklah dia mengucapkan "Sesungguhnya saya orang puasa |
sesungguhnya saya orang puasa" |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab boleh makan minum sampai terbit fajar |
عَنْ عَدِىِّ بْنِ حَاتِمٍ قَالَ لَمَّا نَزَلَتْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ اْلأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ قَالَ لَهُ عَدِيُّ بْنُ حَاتِمٍ يَا رَسُولُ اللهِ اِنِّى اَجْعَلُ تَحْتَ وِسَادَتِى عِقَالَيْنِ عِقَالاً أَبْيَضَ وَعِقَالاً اَسْوَدَ اَعْرِفُ اللَّيْلَ مِنَ النَّهَارِ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ اِنَّ وِسَادَتَكَ لَعَرِيْضٌ اِنَّمَا هُوَسَوَادُ اللَّيْلِ وَبَيَاضُ النَّهَارِ |
Dari 'Adli bin Hatim r.a. katanya : |
"Setelah turun ayat : "Boleh makan dan minum sampai jelas |
bagi kamu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar" |
(Quran surah al baqarah ayat 187) |
dia mengatakan kepada Nabi : "Ya Rasulullah! |
Sesungguhnya saya meletakkaan di bawah bantal, dua tali |
sebuah putih dan sebuah hitam, supaya mengetahui malam |
telah berganti siang. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab |
"Sesungguhnya bantal engkau sangat lebar. Kerana kedua |
benang itu ialah hitam (kegelapan) malam dan |
putih (cahaya) siang)." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab puasa dijanjikan keampunan |
عن مسلم بن ابراهيم حدثنا هشام حدثنا يحي عن ابى سامة عن ابى هريرة رضى الله عنه عَنْ النَّبِى صلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيْمَا نًا وَاحْتِسَا بًا غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَنْ صَاءَ رَمَضَانَ إِيْمَا نًا وَاحْتِسَا بًا غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ |
Dari Muslim bin Ibrahim, katanya : |
"Kami diberitahu oleh Hisyam katanya : " |
"Kami diberitahu oleh Yahya dari Abu Salimah dari Abu Hurairah r.a. |
Dari Nabi s.a.w. sabdanya : |
"Barangsiapa yang mendirikan malam Lailatul Qadar dengan keimanan |
dan mengharap keridhaan Allah, |
maka diampuni dosa-dosanya yang lampau, |
dan barang siapa yang mengerjakan (puasa) Ramadhan dengan keimanan |
dan mengharap keridhaan Allah, |
maka diampuni dosa-dosanya yang lampau." |
Hadis sahih riwayat Bukhari |
|
|
|
Bab kelebihan Ramadhan |
عن عقيل عن ابن شهاب قال اخبرنى ابن ابى انس مولى التيميين ان اباه حدثه انه سمع ابا هريرة رضى الله عنه يَقُولُ قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَغُلُّقَتْ أَبْوَابُ جَهِنَّمَ وَسُلْسِلَتِ الشَّيْاطِيْنُ |
Dari 'Uqail dari Ibnu Syihab, katanya : |
"Aku telah diberitahu oleh ibnu Abi Anas ketua dari kbilah Taimi |
mengatakan bahawasanya ayahnya memberitahukan kepadanya |
bahawa Abu Hurairah r.a. berkata : |
"Rasulullah s.a.w. bersabda : |
"Apabila masuk bulan Ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu langit |
dan ditutup pintu-pintu neraka Jahanam, |
dan dirantai semua syaitan." |
Hadis sahih riwayat Bukhari |
|
|
Bab pintu Syurga khusus buat yang berpuasa |
عَنْ خَالِد بن مَخْلَدْ سُلَيمَان بن بِلال قَالَ حَدَثَنِى أَبِي حَازِم عَنْ سَهَل عَنِ النَّبِى صلى اللهِ عليه وسلم قَالَ إِنَّ فِى الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ |
Dari Khalid bin Makhlad, katanya : "Kami diberitahu oleh Sulaiman bin bilal, katanya |
"Aku diberitahu oleh Hazim dari Sahak r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya : |
"Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu syurga yang dinamakan |
'Pinu Rayyan' yang hanya dimasuki oleh orang yang berpuasa pada hari Kiamat kelak. |
Tidak akan dimasuki seseorang pun selain orang yang berpuasa |
Kepada orang-orang yang berpuasa itu nanti akan diucapkan : |
"Manakah orang-orang yang berpuasa itu?" |
Merekapun lalu berdiri. Memang tiada seorang pun yang dapat masuk selain mereka |
Setelah mereka masuk semuanya, lalu pintu itu ditutup rapat-rapat |
sehingga tiada seorang pun dapat melalui pintu tadi." |
Hadis sahih riwayat Bukhari |
|
|
Bab Nabi s.a.w. tidak bersama isteri Bulan Ramadhan |
عَنْ ْ سُلَيمَان بن بِلال عَنْ حُمَيْد عَنِ النَّس آ لى رَسُولُ الله صلى اللهِ عليه وسلم مِنْ نِسَائِهِ وَكَـانت انْفَكَّتْ رجله فاقام فى مشربه تسا وعشرين ليلة ثم نزل فقالوا يرسول الله اليت شهرآ فَقَالَ إِنَّ الشَّهْرَ يَكُونُ تِسْعًا وَعِشْرِينَ |
Dari Sulaiman bin Bilal dari Humaid dari Anas r.a. katanya : |
Rasulullah s.a.w. bersumpah untuk tidak berkumpul dengan para isterinya |
Di saat kaki beliau terkilir dan oleh kerananya, |
maka beliau s.a.w. sentiasa berada dalam kamar selama dua puluh |
sembilan malam (dengan siang sekali). Setelah dua puluh sembilan hari |
beliau s.a.w. lalu turun berjalan-jalan. Para sahabat berkata : |
"Ya Rasulullah, bukankan anda sudah bersumpah tidak akan |
memasuki tempat para isteri anda selama dua puluh sembilan hari? |
Beliau s.a.w. kemudian menjawab : |
"Sesungguhnya satu bulan itu dua puluh sembilan hari". |
Hadis sahih riwayat Bukhari |
|
|
Bab hak tubuh dalam berpuasa |
عَنْ الاوزاعى قال حدثنى يحي بن ابى كثير قال حدثنى ابو سلمة بن عبد الرحمن قال خدثنى عبدالله ابن عبر بن العاص قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم يَا عَبْدُالله أَلَمْ أُخْبَرْ أَنَّلَ تَصُومُ النَّهَارَ وَتَقُومُ اللَّيْلَ فَقُلْتُ بَلَى يَا رَسُولَ الله قَالَ فَلا تَفْعَلْ صُمْ وَأَفْطِرْ وَقُمْ وَنَمْ فَإِنَّ لِجَسَدِكَ عَلَيْكَ حَقَّا وَإِنَّ لِعَيْنِكَ عَلَيْكَ حَقَّا وَإِنَّ لِزَوْجِكَ عَلَيْكَ حَقَّا وَإِن لِزَوْرِكَ عَلَيْكَ حَقَّا |
Dari Auzai katanya : "Aku diberitahu oleh Yahya bin Abu Kasir katanya |
: "Aku diberitahu oleh Salamah bin Abdurrahman katanya |
"Aku diberitahu oleh Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a. katanya : |
"Rasulullah s.a.w. bertanya kepadaku : "Hai Abdullah, aku diberi kabar |
bahawasanya kamu itu berpuasa pada siang hari terus menerus |
mendirikan solat pada malam hari, apakah tidak benar berita yang |
sampai kepadaku itu ? "Aku lalu menjawab : Benar, Ya Rasulullah" |
Lalu bersabda Rasulullah s.a.w. : |
"Jangan melakukan seperti itu. " |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab Azan Subuh tanda mula puasa |
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ إِنَّ بِلالا يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى تَسْمَعُوا تَأْذِينَ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ |
Dari Abdullah r.a. katanya : |
"Rasulullah s.a.w. bersabda : |
"Sesungguhnya Bilan azan (bang) di waktu masih malam, sebab itu kamu boleh makan |
dan minum sampai mendengar bang Ummi Maktum." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab sesudah azan kedua tidak boleh makan |
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُؤَذِّنَانِ بِلالٌ وَابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ الْأَعْمَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ بِلالا يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ |
Dari Ibnu Umar r.a. katanya : |
"Rasulullah s.a.w. mempunyai dua muadzin, bilal dan ibnu Ummi Maktum yang buta |
Rasulullah s.a.w. bersabda : |
"Sesungguhnya Bilal azan di waktu masih malam |
sebab itu kamu boleh makan dan minum sampai azan Ibnu Ummi Maktum." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab azan subuh pertama memberitahu subuh sudah dekat |
عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَمْنَعَنَّ أَحَدًا مِنْكُمْ أَذَانُ بِلالٍ أَوْ قَالَ نِدَاءُ بِلالٍ مِنْ سُحُورِهِ فَإِنَّهُ يُؤَذِّنُ أَوْ قَالَ يُنَادِي بِلَيْلٍ لِيَرْجِعَ قَائِمَكُمْ وَيُوقِظَ نَائِمَكُمْ |
Dari Ibnu as'ud r.a. katanya : |
Rasulullah s.a.w. bersabda : |
"Janganlah azan Bilal menghalangi kamu untuk makan sahur |
kerana dia azan di waktu masih malam, |
untuk memberitahu orang yang sedang sembahyang |
dan membangunkan orang yang masih tidur." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab terbit fajar kazib |
عَنْ سَمُرَةَ بْنَ جُنْدُبٍ قَلَ قَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَغُرَّنَّ أَحَدَكُمْ نِدَاءُ بِلاَلٍ مِنْ السَّحُورِ وَلاَ هَذَا الْبَيَاضُ حَتَّى يَسْتَطِيرَ |
Dari Samuraah bin Jundab r.a katanya : |
"Rasulullah s.a.w. bersabda : |
"Janganlah seseorang di antara kamu tertipu (terhalang) |
untuk makan sahur dan jangan pula oleh ini cahaya putih (fajar kazib) sampai dia hilang." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab makan sahur itu berkat |
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً |
Dari Anas r.a. katanya : |
"Rasulullah s.a.w. bersabda : |
"Makan sahurlah kamu kerana makan sahur itu berkat." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab puasa orang Islam makan sahur |
عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِأَكْلَةُ السَّحَرِ |
Dari Amru bin 'Ash r.a. : |
Sesunggunya Rasulullah s.a.w. bersabda : |
"perbedaan antara puasa kita dengan puasa |
Ahli Kitab ialah makan sahur." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab Melambatkan makan sahur |
عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ تَسَحَّرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قُمْنَا إِلَى الصَّلاَةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ قَدْرُ مَا بَيْنَهُمَا قَالَ خَمْسِينَ آيَةً |
Dari Zaid bin Tsabit r.a. katanya |
"Kami makan sahur bersama Rasulullah s.a.w. dan kemudian itu |
kami berdiri untuk mengerjakan sembahyang (Subuh). |
Saya (Anas) bertanya : |
"Berapa lamanya jarak antara keduanya?" |
Zaid menjawab : "(Selama membaca) lima puluh ayat." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab menyegerakan berbuka puasa |
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍرَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ |
Dari Sahal bin Said r.a. katanya : |
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: |
"orang yang banyak itu tetap memperolehi kebaikan, |
selama mereka menyegerakan berbuka." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab menyegerakan berbuka |
عَنْ أَبِي عَطِيَّةَ قَالَ دَخَلْتُ أَنَا وَمَسْرُوقٌ عَلَى عَائِشَةَ فَقُلْنَا يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ رَجُلاَنِ مِنْ أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَدُهُمَا يُعَجِّلُ الْإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلاَةَ وَالْآخَرُ يُؤَخِّرُ الْإِفْطَارَ وَيُؤَخِّرُ الصَّلاَةَ قَالَتْ أَيُّهُمَا الَّذِي يُعَجِّلُ الْإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلاَةَ قَالَ قُلْنَا عَبْدُ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ مَسْعُودٍ قَالَتْ كَذَلِكَ كَانَ يَصْنَعُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ |
Dari Abu 'Athiah r.a. katanya : |
"Saya dan Masruq datang ke rumah 'Aisyah dan kami bertanya : |
"Ya Ummul Mukminin! Dua orang antara sahabat Muhammad |
s.a.w. yang sedang menyegerakan berbuka dan menyegerakan sembahyang, |
sedang yang seorang lagi melambatkan berbuka dan sembahyang." |
'Aisyah bertanya : "Siapakah di antara keduanya yang menyegerakan |
berbuka dan mengerjakan sembahyang?" Kami menjawab |
"Abdullah iaitu Abdullah bin Mas'ud" |
Kata 'Aisyah : |
"Begitulah yang diperbuat oleh Rasulullah s.a.w." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab berbuka ketika matahari terbenam |
عَنْ عُمَرَرَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَقْبَلَ اللَّيْلُ وَأَدْبَرَ النَّهَارُ وَغَابَتْ الشَّمْسُ فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ |
Dari Ibnu Umar r.a katanya : |
"Rasulullah s.a.w. bersabda : |
"Apabila malam telah datang, siang telah pergi dan mata hari telah |
terbenam, maka tibalah waktunya orang berpuasa berbuka." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab waktu berbuka |
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ فَلَمَّا غَابَتْ الشَّمْسُ قَالَ يَا فُلَانُ انْزِلْ فَاجْدَحْ لَنَا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ عَلَيْكَ نَهَارًا قَالَ انْزِلْ فَاجْدَحْ لَنَا قَالَ فَنَزَلَ فَجَدَحَ فَأَتَاهُ بِهِ فَشَرِبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ بِيَدِهِ إِذَا غَابَتْ الشَّمْسُ مِنْ هَا هُنَا وَجَاءَ اللَّيْلُ مِنْ هَا هُنَا فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ |
Dari Abdullah bin Aufa r.a. katanya : |
"Pernah kami bersama Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan di bulan Ramadhan |
Setelah mata hari terbenam. Beliau bersabda : |
"Hai anu, Marilah, siapkanlah untuk kita (berbuka) |
Dia menjawab : "Ya Rasulullah !. Sesungguhnya hari masih siang !" |
Beliau bersabda lagi : |
"Marilah dan siapkanlah untuk kita ! " |
Dia datang dan menyiapkan makanan dan dihidangkan kepada |
Nabi s.a.w., lalu Nabi s.a.w. meminumnya. |
Sesudah itu, Nabi bersabda sambil menunjukkan dengan tangannya : |
"Apabila mata hari telah terbenam dan di sini dan malam telah datang |
mari sini , maka telah tiba waktunya orang puasa berbuka." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab Nabi s.a.w. melarang berpuasa tanpa berbuka |
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ الْوِصَالِ قَالُوا إِنَّكَ تُوَاصِلُ قَالَ إِنِّي لَسْتُ كَهَيْئَتِكُمْ إِنِّي أُطْعَمُ وَأُسْقَى |
Dari Ibnu Umar r.a. (menceritakan ) : |
Bahawa Nabi s.a.w. melarang puasa tanpa berbuka. |
Mereka berkata : |
"Sesungguhnya engkau (Nabi s.a.w) puasa tanpa berbuka" |
Nabi s.a.w. menjawab : |
Sesungguhnya keadaan ku tiada sama dengan kamu |
aku diberi makan dan diberi minum." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab Berbuka menurut pertimbangan |
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ سَأَلَ حَمْزَةُ بْنُ عَمْرٍو الْأَسْلَمِيُّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الصِّيَامِ فِي السَّفَرِ فَقَالَ إِنْ شِئْتَ فَصُمْ وَإِنْ شِئْتَ فَأَفْطِرْ |
Dari Aisyah r.a. katanya : |
"Hamzah bin 'Amru Al Islami r.a. menanyakan kepada Rasulullah s.a.w. |
mengenai puasa dalam perjalanan. Beliau menjawab : |
"Kalau engkau mau puasalah dan kalau engkau mau engkau boleh berbuka" |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab perintah puasa |
عَنْ سَلَمَةَ بْنِ الْأَكْوَعِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا مِنْ أَسْلَمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَأَمَرَهُ أَنْ يُؤَذِّنَ فِي النَّاسِ مَنْ كَانَ لَمْ يَصُمْ فَلْيَصُمْ وَمَنْ كَانَ أَكَلَ فَلْيُتِمَّ صِيَامَهُ إِلَى اللَّيْلِ |
Dari Salamah bin Akwa' r.a. katanya : |
"Rasulullah s.a.w. mengutuskan seorang lelaki dari suku Aslam |
di hari 'Asyura. Beliau memerintahkan supaya diberitahu kepada |
orang banyak : "Siapa yang belum puasa (dihari itu) hendaklah dia berpuasa |
dan siapa yang telah makan, hendaklah dia berpuasa juga sampai malam! |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab dilarang puasa di hari raya |
عَن عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ يَوْمِ الْأَضْحَى وَيَوْمِ الْفِطْرِ |
Dari Abu Hurairah r.a. (menceritakannya) |
"Bahwa Rasulullah s.a.w. melarang puasa pada dua hari ,iaitu |
hari Raya Adh ha (sepuluh Zulhijjah) dan dan hari raya Fitri (satu syawal) |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab boleh menggantikan puasa |
عَنْ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ سَمِعْتُ عَائِشَةَرَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا تَقُولُ كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَهُ إِلَّا فِي شَعْبَانَ الشُّغْلُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ |
Dari Abu Salamah r.a. katanya : |
"Saya mendengar 'Aisyah r.a. mengatakan : |
"Saya masih berhutang, bulan puasa bulan Ramadhan dan tidak sanggup |
membayarnya (menggantikannya) bari di bulan Sya'ban kerana kesibukan |
melayani Rasulullah s.a.w." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab wali menggantikan puasa simati |
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ |
Dari 'Aisyah r.a. katanya : |
"Rasulullah s.a.w. bersabda : |
"Sesiapa yang meninggal dunia, sedang dia berhutang (ketinggalan) puasa |
boleh walinya berpuasa menggantikannya." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab membayar hutang puasa ibu |
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍرَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ امْرَأَةً أَتَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ فَقَالَ أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَيْهَا دَيْنٌ أَكُنْتِ تَقْضِينَهُ قَالَتْ نَعَمْ قَالَ فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ بِالْقَضَاءِ |
Dari Ibnu Abbas r.a. (menceritakan): |
"Bahawa seorang perempuan datang kepada Rasulullah s.a.w. mengatakan |
"Bahawa ibu saya telah meninggal dunia sedang dia berhutang puasa |
satu bulan." Nabi bertanya : |
"Bagaimana pendapat engkau kalau dia berhutang, apakah engkau akan membayarnya?" |
perempuan itu menjawab : "Ya!". |
Nabi bersabda : |
"Maka hutang kepada Allah lebih patut dibayar." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab menggantikan puasa ibu |
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ بَيْنَا أَنَا جَالِسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ أَتَتْهُ امْرَأَةٌ فَقَالَتْ إِنِّي تَصَدَّقْتُ عَلَى أُمِّي بِجَارِيَةٍ وَإِنَّهَا مَاتَتْ قَالَ فَقَالَ وَجَبَ أَجْرُكِ وَرَدَّهَا عَلَيْكِ الْمِيرَاثُ قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ كَانَ عَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ أَفَأَصُومُ عَنْهَا قَالَ صُومِي عَنْهَا قَالَتْ إِنَّهَا لَمْ تَحُجَّ قَطُّ أَفَأَحُجُّ عَنْهَا قَالَ حُجِّي عَنْهَا |
Dari Abdullah bin Buraidah r.a. katanya : |
"Ketika saya duduk dekat Rasulullah s.a.w. datang seorang perempuan dan mengatakan |
"Sesungguhnya saya telah menyedekahkan seorang hamba sahaya perempuan |
kepada ibu saya dan dia meninggal" |
Nabi menjawab : |
"Engkau pasti beroleh pahala (kerana bersedekah) dan hamba sahaya itu |
kembali kepada engkau sebagai puasa" |
perempuan itu berkata : Ya Rasulullah ! Sesungguhnya ibu saya berhutang |
puasa sebulan, apakah saya akan puasa menggantikannya?" |
Nabi s.a.w. menjawab : Puasalah engkau menggantikannya !" |
Permpuan itu berkata : "Sesungguhnya ibu saya itu belum naik haji, |
agak sekalipun, apakah saya boleh naik haji menggantikannya?" |
Nabi menjawab : Naik hajilah engkau menggantikannya !" |
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
Bab orang puasa peroleh dua kegembiraan |
عَنْ أَبَا هُرَيْرَةَرَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ |
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : |
"Rasulullah s.a.w. bersabda : |
"Allah 'Azza Wajallah berfirman : |
"Setiap amal anak Adam adalah untuknya, selain dari puasa |
kerana puasa itu untuk Aku (istimewa) dan Aku akan memberikan pahalanya |
Puasa itu perisai (penjaga diri). Sebab itu, di hari salah seorang kamu berpuasa |
janganlah kamu bercakap kotor dan janganlah berbicara keras tak keruan |
Kalau ada seseorang yang memakinya atau hendak membunuhnya, |
hendaklah dia mengucapkan : "Sesungguhnya saya orang puasa." |
Demi Tuhan yang diri Muhammad di tanganNya, sesungguhnya |
busuk bau mulut orang yang puasa kebih harum di sisi Allah |
dari bau kasturi, di hari kiamat.orang berpuasa memperoleh dua |
kegembiraan yang dirasakannya : Ketika berbuka, dia gembira |
kerana berbuka dan apabila menemui Tuhannya ( di akhirat) |
dia gembira kerana (pahala) puasanya." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
No comments on "Ramadhan Kembali"