Syukur, sabar mohon doa diperkenan.
S
|
emua mengharapkan setiap hajat
yang disampaikan kepada Allah dimakbulkan dengan segera. Namun, dalam masa
menanti doa dimakbulkan, ada kala wujud juga perasaan tertanya-tanya sama ada
doa itu akan dipenuhi atau tidak. Oleh itu timbul persoalan, apakah faktor
menjamin Allah Taala menjawap doa kita ?
Walaupun kita digalakkan berdoa,
tetapi pasti sukar kita memikirkan seseorang yang terus melakukan dosa, pada
masa sama tanpa rasa bersalah memohon Allah memenuhi keinginan kebendaan.
Lantas, bagaimana orang itu boleh
menjangkakan Allah menjawap doanya ? Jika kita mempunyai rakan yang tersinggung
atas perbuatan kita terhadapnya, apakah kita akan menjangka dia akan
menghulurkan bantuan jika kita memerlukan ?
Syarat pertama supaya Allah swt
menjawab doa kita ialah bertaubat dan memohon ampun kepada-Nya atas segala
perbuatan dosa yang dilakukan. Taubat pula mesti ikhlas, bukan satu kenyataan
lisan semata-mata yang kita ulangi seperti burung kakak tua.
“ Taubat
pula mesti ikhlas,
bukan satu kenyataan lisan semata-mata yang kita ulangi seperti burung kakak
tua. ”
Syarat kedua, tidak harus
terburu-buru bermakna tidak harus mempertikaikan kehendak dan tindakan Allah
Taala, akan menjawab semua doa kita atau bila kerana hanya Dia Maha Mengetahui
waktu terbaik untuk dimakbulkan doa kita.
Syarat Pertama :
- Bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt.
Syarat Kedua :
- Berdoa dan sabar menanti pemberian atau pulangan hasil daripada berdoa kepada Allah swt, semoga dikhabulkan, sama ada di dunia atau di akhirat. Terletak kepada Allah swt.
Oleh itu, sebagai Muslim beriman
kepada Allah, kita sepatutnya tidak melayan fikiran yang kerap kali
mempertikaikan kenapa Allah tidak menjawab doa atau memakbulkan hajat yang
dipohon dalam doa.
Allah swt berfirman yang bermaksud :
“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad)
tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang
yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan
aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.”
(Surah al-Baqarah,
ayat 186)
Daripada Abu
Hurairah, Rasulullah saw bersabda maksudnya :
“Dikabulkan (doa) salah seorang daripada kamu selama dia
tidak tergesa-gesa iaitu dengan berkata : aku sudah berdoa (tetapi) tidak
dikabulkan.”
(Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim)
Rasulullah saw menasihati kita tidak memikirkan doa
dimakbulkan atau tidak kerana hal itu akan menyebabkan seseorang berasa kecewa
lantas meninggalkan ibadah kepada Allah. Tidak boleh juga kita mempersoalkan
orang kafir yang tidak beriman kepada Allah, tetapi diberi pelbagai nikmat.
Kita hendaklah yakin Allah swt sentiasa menjawab doa hamba-Nya yang mukmin.
Setiap kali
selepas solat kita akan menadah tangan berdoa kepada Allah. Adakah kita memohon
satu perkara sahaja ? Tidak, sebaliknya banyak benda yang kita mohon seperti
disihatkan tubuh badan, dimurahkan rezeki, dimatikan dalam iman serta dikuatkan
iman.
Apakah semua
permohonan kita itu diperkenankan ? Allah makbulkan setengah daripadanya dengan
segera dan ada yang ditangguhkan dulu. Oleh itu, hendaklah kita bersyukur dan
bersabar menunggu serta tidak boleh berputus asa daripada terus berdoa.
Seseorang
mukmin yang tidak mahu meminta pertolongan kepada Allah, Allah murka kepadanya.
Daripada Abu
Hurairah katanya, Rasulullah saw bersabda maksudnya :
“Orang yang tidak meminta (berdoa) kepada Allah, Allah
murka kepadanya.”
(Hadis Riwayat
Tirmizi)
Edit by
Mujahid Zahirul Haq’
3 Julai 2012
Dipetik
daripada akhbar Berita Harian
Penulis,
Razali Zakaria
No comments on "Syukur & Sabar"