Amalan Sunnah Patut Berterusan
T
|
iada amalan khusus pada malam 15
Syaaban atau Nisfu Syaaban dan apa yang dilakukan masyarakat di Asia Tenggara
termasuk Malaysia serta Indonesia untuk menyambut ketibaan malam itu hanyalah
berdasarkan budaya diamalkan sejak turun temurun.
Pendakwah bebas, Datuk Mohd
Zawawi Yusoh, berkata mengikut kajiaannya tiada nas termasuk hadis dan ayat
al-Quran yang menyebut mengenai amalan tertentu perlu dilaksanakan pada malam
dan siang hari Nifsu Syaaban termasuk membaca Yaasin dan berpuasa.
Katanya, peristiwa penting yang
berlaku pada hari berkenaan hanya pertukaran kiblat dari Baitulmaqdis ke
Baitullah (Kaabah) di Makkah sebagai usaha untuk umat Islam kembali ke Makkah
dan bermulanya pembukaan Kota Makkah.
“Nisfu Syaaban seperti hari-hari
biasa. Tiada nas termasuk hadis yang menyatakan Rasulullah saw membaca Yaasin
pada malam itu, tetapi Baginda hanya melakukan amalan biasa dilakukan termasuk
qiamulail,” katanya.
“Pendapat mengenai amalan
tertentu pada Nisfu Syaaban bukan daripada sumber yang kukuh kerana Rasulullah
saw tidak buat, sahabat pun tidak buat” kata pendawah bebas itu lagi.
Beliau berkata, ulama
berpandangan malam Lailatulqadar adalah malam istimewa kerana Allah memberi
kebaikan lebih daripada seribu bulan. Zawawi berkata, amalan puasa sunat
Syaaban, solat tahajud dan bersedekah yang jelas dalam sunnah tidak dilakukan
dengan bersunguh-sungguh kerana sudah menjadi turun temurun.
Amalan biasa dilakukan umat Islam
di Negara ini pada malam Nisfu Syaaban ialah memohon supaya dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki dan dimatikan dalam iman, sedangkan doa itu seharusnya
dipohon setiap hari.
“Puasa Nisfu Syaaban juga tiada
dalam nas. Apa yang dilakukan Rasulullah adalah berpuasa bulan Syaaban dan
disebabkan ia jatuh pada pertengahan bulan, sudah menjadi amalan Baginda
berpuasa pada pertegahan bulan,” katanya.
Bagaimanapun, disebabkan ketibaan
malam Nifsu Syaaban memang diraikan dengan kehadiran jemaah yang ramai, beliau
menyarankan supaya pengurusan masjid mengadakan ceramah atau kuliah mengenai
hakikat sebenar Syaaban. Penceramah boleh menerangkan kepada jemaah bahawa
tanggapan yang sudah tertanam selama ini termasuk malam Nisfu Syaaban yang mana
buku amalan manusia diangkat ke langit tidak bersandarkan dalil sahih.
Zawawi berkata, tidak dinafikan
masyarakat dulu suka beramal tetapi tidak ramai yang mengkaji hadis menyebabkan
banyak amalan dilakukan tidak bersandarkan sunnah sebaliknya dilakukan ekrana
sudah menjadi amalan atau budaya orang dulu.
“Allah sudah menentukan banyak
hal termasuk umur dan rezeki, yang mana kelulusannnya dibuat pada malam
Lailatulqadar. Pendapat mengenai amalan tertentu pada Nisfu Syaaban bukan
daripada sumber yang kukuh kerana Nabi Muhammad saw tidak buat, sahabat pon
tidak buat.
“Kita juga tidak mahu ramai hanya
meminta kepada Allah pada malam tertentu saja kerana kita digalakkan
membanyakkan amalan serta berdoa setiap masa. Sepatutnya kita berbuat sesuatu
berasaskan budaya ilmu bukan berasaskan seronok dan warisan yang tidak tahu
punca,” katanya.
Beliau menasihatkan umat Islam
melakukan amalan yang berkualiti dan bertepatan dengan sunnah kerana apabila ia
bertepatan dengan sunnah barulah amalan itu diterima.
Zawawi mengakui sukar mengubah
amalan yang sudah menjadi tradisi, tetapi berbekalkan hujah berasaskan ilmu dan
kesungguhan pihak berkaitan menyedarkan masyarakat, maka tidak ada lagi amalan
yang mengelirukan umat Islam.
edit by Mujahid Zahirul Haq'
3 Julai
2012, Selasa
Dipetik
daripada akhbar Berita Harian
Penulis,
Mona Ahmad
No comments on "Sunnah"