Apa yang orang selalu katakan itu benar.
“Pengalaman
Tidak Boleh Dijual Beli”
Alhamdulillah, banyak yang sudah aku belajar selama 18 tahun
beberapa bulan (27.01.2013-hari ini) sehingga disaat ini. Terima Kasih Ya
Allah.
Apa yang aku boleh ungkapkan.
Aku bersyukur di atas nikmat yang Allah berikan kepadaku.
Sepanjang aku hidup tidak pernah terlintas dihati untuk
belajar sesuatu daripada orang kurang upaya yang kini bukan lagi orang kurang
upaya tetapi orang kelainan upaya (OKU).
Meratap aku keseorangan.
Adakah kami tidak mensyukuri nikmat-Mu Ya Allah. Jika ya,
ampunkanlah kami.
Apa yang aku perolehi daripada mereka adalah erti berfikir
dan tidak perlu banyak bercakap.
HEBAT !
Mereka yang
Allah pilih untuk tidak perlu bercakap perkara yang sia-sia.
Apa yang
dikatakan oleh Nabi Muhammad saw, ada pada mereka. Banyak yang aku belajar. Aku
sedih, hiba, sentap. Terima Kasih Ya Allah, kerana memilih aku mendekati
mereka.
Aku mohon
kepada-Mu Ya Allah, lihatlah kebaikan yang bukan hak ku ini, agar dengan
kebaikan yang secubit rasa menjadi penolongku di akhirat. Dan tunjukilah daku
jalan yang lurus dan bukan jalan yang Engkau murkai. Turunkan Hidayah-Mu dan
berikanlah aku Taufiq.
Amien
Aku tidak
mampu menulis apa-apa lagi. Sebak dihati mula merebak.
Syukurilah
yang sedikit. Pasti yang banyak menjadi nikmat. :’)