BERITA BAIK UNTUK PEROKOK ^__^
Di seluruh negara, bahkan serata dunia, manusia telah dimaklumkan akan bahayanya merokok. Para ulama’ juga telah update fatwa merokok daripada makruh kepada haram, ekoran teknologi yang wujud hari ini bagi menyelami dan mengenalpasti bahan – bahan rokok yang terdapat di dalam sebatang rokok.
Hal ini kerana sewaktu fatwa semasa adalah makruh, ulama’ mengeluarkan fatwa yang sedemikian kerana hanya mampu menilai kesan – kesan merokok daripada luaran sahaja (spt. bau mulut yang busuk, gigi yang kian menguning dsb.).
Sebaliknya sewaktu mula – mula diisytiharkan haram, teknologi semasa mampu mendedahkan kesan – kesannya di bahagian dalaman perokok, serta kesan jangka panjang terhadap si perokok.
Walaubagaimanapun, para penyelidik telah mengenalpasti sekurang – kurangnya tiga kebaikan daripada merokok, yang mana merupakan berita baik buat perokok, dan hanya boleh dinikmati oleh orang – orang yang merokok sahaja:
1. Rambut tidak akan beruban atau mengalami keguguran
2. Keselamatan diri terjamin
3. Dilindungi daripada serangan binatang – binatang buas
Adapun para perokok tidak akan beruban atau mengalami keguguran rambut adalah kerana mereka tidak akan menyaksikan rambut mereka beruban/keguguran kerana ajal mereka akan datang terlebih dahulu sebelum rambut mereka sempat beruban/gugur.
Adapun para perokok dijamin keselamatan mereka adalah kerana mereka akan mengalami batuk – batuk pada waktu malam, hinggakan pencuri dan perompak yang ingin menyamun rumah mereka tidak akan berhajat untuk berbuat demikian kerana menyangka tuan rumah masih belum tidur ekoran terdengarnya bunyi orang batuk.
Adapun para perokok terlindung daripada serangan binatang buas adalah kerana otot – otot mereka akan semakin lemah, badan kehilangan tenaga, dan pada satu tahap terpaksa jalan bertongkat. Maka apabila datangnya binatang – binatang buas ini kea rah mereka, maka para perokok akan menggunakan tongkat sebagai senjata mereka, dan ini akan dijadikan tauladan buat binatang – binatang yang lain.
Maka, teruskan merokok bersama – sama dengan orang – orang yang merokok. Dan jangan sekali – kali menghampiri orang – orang yang tidak merokok dengan asap rokok anda kerana asapnya dua kali lebih merbahaya daripada rokok itu sendiri. Tambahan, anda secara tidak langsung telah berbuat zalim terhadap orang lain kerana menyebarkan penyakit kepada mereka.
Bear in mind, jin hidup dengan memakan asap. Maka, mereka yang mengeluarkan asap adalah sahabat – sahabat jin. ;-)
Ikut Hang Lah
-
Mungkin sesiapa yang membaca artikal ini sedang dilamun cinta atau sedang dikelilingi kasih sayang dariapad seseorang tidak kiralah seseora...
-
BATU Genggamannya meramas erat seketul batu , Tangannya yang penuh biratan luka itu , Gagah menghayun seiring … Allahu Akbar ! Ternyata hayu...
-
PERANG NUKLEAR Bom atom yang digugurkan Barat di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun menelan nyawa ratusan ribu orang. Itu kuasa teknologi per...
-
Ibnu Khaldun Nama : Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan. ...
-
Ibnu Qayyim Ibn Qayyim al-Jawziyyah (691/1292 - 751/1350) bukanlah tokoh yang asing dalam kala...
-
Sebagai seorang Manusia Muslim, kita sewajarnya menaruh keyakinan dan kepercayaan yang tinggi mengenai nilai suruhan atau larangan sesuat...
-
Syukur, sabar mohon doa diperkenan. S emua mengharapkan setiap hajat yang disampaikan kepada Allah dimakbulkan de...
-
Kisah Belah Dada Rasulullah saw Benar-benar Berlaku. S ejarah merakamkan bahawa peristiwa pembelahan dada Nabi Muhamm...
-
Assalammualikum, Ramadhan kembali lagi, sesungguhnya kita dipilih untuk menyemarakkan bulan Ramadhan dan menjadi tetamu Nya. Banyak amal ...
-
Orang Cina memang cukup taksub dengan nombor 8. Mereka percaya nombor 8 ada ong. Tapi ada juga kepercayaan dalam masyarakat India memperc...
Blogger templates
Blogroll
Archives
-
▼
2011
(24)
-
▼
June
(18)
- Beruntunglah...
- Keistimewaan Bulan Rejab
- Hadis Sumber Rujukan
- Ragu-Ragu
- Bab Solat
- Bersuci
- Fadhilat & Hikmat AYAT SERIBU DINAR.
- Al-Kisah Seorang Guru Dengan Seorang Anak Muridnya.
- Petua Menghilangkan Rasa Mengantuk.
- Rahsia Nombor Peribadi.
- Rahsia Angka 7
- Doa Penawar Api.
- Doa Segala Penunduk Segala Haiwan Liar dan Berbisa
- Postur Duduk Iftirasy Yang Haq.
- Antara 2 Sujud
- Tanda-Tanda Seseorang Akan Menghadap Kematian
- Lalai atau Beringat
- Kiamat, Bila ?
-
▼
June
(18)




No comments on "Beruntunglah..."