Israk
Mikraj Bukan Dalam
Mimpi.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt yang telah memberi peluang kepada hamba-Nya untuk merasai nikmat hidup sebagai seorang manusia di atas bumi tandus ini. Sekali lagi saya diberi kesempatan untuk 'menulis' atau 'update' blog setelah sekian lama tergendala dalam usaha menyampaikan dakwah, insyaallah.
Ulama telah bersepakat menyatakan
bahawa Israk dan Mikraj berlaku dengan roh dan jasad Nabi Muhammad saw secara
jaga dan bukan dalam mimpi. Ini dibuktikan melalui kefahaman zahir ayat
al-Quran dan hadis yang sahih.
gambar hiasan
Bahkan
ia juga merupakan perkara yang diterima akal dan tidak mustahil di sisi
kekuasaan Allah swt.
“Maha
Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari
Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati
sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan
kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.”
(surah
al-Isra’ ayat 1)
Perkataan
hamba yang digunakan dalam ayat memberi kefahaman bahawa ia berlaku dengan roh
dan jasad.
“Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan
tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya) dan tidak
pula melampaui batas.”
(surah
al-Najm ayat 17)
Surah
al-Najm ayat 17, jelas menunjukkkan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj berlaku
dengan jasad baginda secara jaga kerana ia disandarkan kepada al-Basar yang bermaksud penglihatan mata
zahir.
Peristiwa
yang melibatkan pandangan mata zahir tentulah berlaku secara jaga disertai
dengan jasad sebagaimana dinyatakan lagi dalam ayat seterusnya dalam surah
al-Najm.
“Demi
sesungguhnya, dia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang
membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.”
(surah
al-Najm ayat 18)
gambar hiasan
Sekiranya
ia berlaku dalam mimpi, maka ia bukanlah suatu tanda atau mukjizat yang mencari
adat yang diyakini kebenarannya, sekalipun mimpi para Nabi itu merupakan wahyu.
Jika ia berlaku dalam mimpi sahaja, sudah pasti orang-orang kafir tidak menolak
dan mendustakannya. Malah orang-orang yang lemah iman juga tidak menjadi murtad
dan teruji kerana kejadian ini terlalu jauh daripada adat kebiasaan. Ia berlaku
pada masa yang singkat dan pada sangkaan mereka mustahil terjadi.
Bahkan
pendustaan, sangkalan dan kemurtadan mereka merupakan dalil yang kuat bagi
menunjukkan bahawa keingkaran mereka terhadap peristiwa ini adalah kerana
perjalanan Rasulullah saw tersebut berlaku secara hakiki disertai dengan jasad
dalam keadaan jaga.
Insyaallah jika diberi kesempatan, saya akan berusaha menulis atau update' perihal Israk dan Mikraj. Insyaallah. Segala yang baik datang daripada Allah swt. Assalammualaikum
(edit by Muhammad Zulhilmi daripada sumber : surat khabar Utusan Malaysia)
No comments on "Israk Mikraj"