Kiamat, Bila ?

PERANG NUKLEAR

Bom atom yang digugurkan Barat di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun menelan nyawa ratusan ribu orang. Itu kuasa teknologi persenjataan pada tahun-tahun 40-an. Bagaimana agaknya kuasa bom nuklear hari ini?

Kita guna contoh mudah. Mari kita mengenang semula betapa dhaifnya telefon pada tahun-tahun 40-an. Kemudian kita bandingkan dengan telefon bimbit hari ini. Jauh berbeza tidak? Kemudian kita bayangkan pula kapal terbang perang pada zaman itu sebagaimana yang dipaparkan dalam filem ‘Pearl Harbour’. Bandingkan dengan jet pejuang dan roket hari ini.

Tentu kita mengakui betapa jauh berbezanya teknologi tahun 40-an dengan hari ini. Jika bom atom zaman itu mampu bertindak sekejam itu, bayangkan keupayaan bom nuklear hari ini.

Mana-mana kuasa besar dunia hari ini boleh melancarkan bom nuklear pada bila-bila masa. Jika Korea Utara ataupun China berasa terancam dengan dunia khususnya Amerika, dan mereka pula sanggup untuk menang menjadi arang dan mati menjadi abu, mereka boleh meledakkan bom nuklear di kutub utara. Akibatnya simpanan ais dunia di sana terbakar dan mencair lalu menenggelamkan banyak bahagian dunia.

Mana-mana negara yang bijak dan mula membina pusat pemerintahan mereka di tanah-tanah tinggi, mungkin boleh selamat. Tidak mustahil kuasa-kuasa besar akan berlumba-lumba berebut dan membina ‘bandaraya selamat’ mereka seperti di Tibet, Alps, Carpathians, barat Amerika Utara, Banjaran Andes, Tanah Tinggi Ethiophia dan lain-lain. Mana-mana pihak yang menguasai tanah-tanah tinggi ini boleh menggunakan Kutub Utara dan Kutub Selatan sebagai senjata. Negara-negara Islam bagaimana? Malaysia bagaimana?

PERANG ANGKASA (STAR WARS)

Filem-filem fiksyen sains sudah lama menggambarkan perang di angkasa. Memang ada kemungkinannya kuasa-kuasa besar yang saling bertelagah akan menjadikan ruang angkasa lepas sebagai medan pertempuran. Mungkin suatu masa nanti akan ada undang-undang perang yang melarang sebarang peperangan di bumi. Sesiapa yang ada masalah, hendaklah menyelesaikannya di angkasa lepas.

Sungguhpun begitu, perang yang berlaku tidaklah akan sehebat gambaran dalam filem-filem. Cuma yang kita khuatiri ialah kuasa-kuasa besar ini akan menggunakan senjata berat seperti nuklear.

Kini teknologi persenjataan kuasa-kuasa besar semakin canggih dan memang menuju ke arah ‘star wars’. Mereka sudah mampu menembak satelit di angkasa. Bukan perkara mudah untuk menembak satelit yang ligat mengelilingi bumi dalam keadaan bumi sendiri ligat berputar.

Bayangkan jika mereka berbalas senjata berat di atas sana, pasti kesannya kena pada bumi kita. Atmosfera bumi boleh rosak, suhu bumi boleh meningkat, kutub mencair, graviti bumi dan bulan rosak, pasang surut terganggu dan pelbagai lagi fenomena menakutkan yang akan menghasilkan fenomena-fenomena lain pula seperti banjir, rebut taufan, tsunami, letusan gunung berapi dan sebagainya.

Jarak bumi dengan bulan sejauh 384,400 kilometer itu pun bukanlah jauh sangat jika dibandingkan dengan jangkauan senjata hari ini. Apa akan berlaku jika bulan diledakkan?

Ada juga andaian mengatakan bumi akan mengalami peperangan dengan makhluk-makhluk dari planet ataunpun galaksi yang lain. Pada saya hal ini mustahil berlaku. Apa yang digembar-gemburkan sebagai UFO itu sebenarnya bukanlah berasal dari luar sana. Perbahasan hal ini panjang dan tidaklah kita sentuh di sini.

PENGEMBANGAN BUMI

Bumi yang berdiameter 12,500 kilometer dipercayai tidaklah sebesar hari ini suatu waktu dahulu. Dari semasa ke semasa ia semakin membesar/ membengkak. Pada asalnya hanya ada satu daratan di muka bumi yang dikelilingi oleh lautan, ataupun yang wujud ketika itu hanya daratan tanpa lautan. Apabila bumi semakin membesar, daratan menjadi retak lalu terpisah-pisah. Hal ini mewujudkan pulau dan benua. Hanyutlah benua Amerika dan benua Australia. Terpisahlah Britain dari Eropah dan Jepun dari Tanah Besar Asia.

Contoh yang biasa saya gunakan dalam kuliah-kuliah selepas Maghrib ialah belon dan tanah liat. Reaksi pendengar menunjukkan mereka mudah faham akan contoh ini.

Mula-mula kita tiup sebiji belon, jangan besar. Salutkan sebahagian belon dengan tanah liat/ selut. Biarkan selut itu mengering dan keras. Selut kering itu seolah-olah daratan di bumi. Kemudian kita tiup lagi belon itu hingga betul-betul besar. Apa yang terjadi kepada ‘daratan’ tadi?

Ia akan meretak lalu terpecah-pecah dan akhirnya terpisah dan semakin menjauh antara satu sama lain.

Kita akui yang teori ini pun tidak mustahil juga. Alam semesta sendiri semakin meluas, barang-barang di dalam perutnya termasuklah bumi juga mungkin semakin membesar.

Ada khilaf yang bagus juga penjelasannya tentang teori pengembangan bumi ini. Sesetengah pihak berandaian seluruh bumi ini pada asalnya lautan, kemudian barulah daratan-daratan menonjolkan diri dari dalam lautan lalu membentuk peta dunia sebagaimana hari ini.

Terus saya teringat bahagian kegemaran saya dalam Bible iaitu kitab Kejadian ( Genesis) yang terdapat ayat mengatakan:
“Then God said, "Let the waters under the heavens be gathered together into one place, and let the dry [land] appear"; and it was so. And God called the dry [land] Earth, and the gathering together of the waters He called Seas.”
(Genesis 1: 9-10 New King James Version)

Maksudnya: 
“Kemudian Tuhan berkata, “Hendaklah air di bawah langit itu berkumpul di satu tempat, dan hendaklah bahagian yang kering (daratan) itu muncul/ timbul. Dan jadilah ia begitu. Dan Tuhan menyebut bahagian yang kering itu bumi (daratan), dan kumpulan air itu disebut-Nya lautan.”
(Kejadian 1: 9-10)

Daripada kitab agama Buddha pula terdapat huraian berikut yang saya rasa memang sepadan:
“Vasettha, cepat ataupun lambat setelah suatu masa yang lama sekali bagi mahluk-mahluk tersebut, TANAH DAN SARINYA MUNCUL KELUAR DARI DALAM AIR. Samalah seperti bentuk-bentuk buih di permukaan nasi susu masak yang mendingin, DEMIKIANLAH MUNCULNMYA TANAH ITU. Tanah itu memiliki warna, bau dan rasa. Sama seperti dadih susu atau mentega murni, demikianlah warna tanah itu; sama seperti madu tawon murni, demikianlah manis tanah itu.”
(Tripitaka: Sutta Pitaka: Digha Nikaya: Agganna Sutta) (1)


Teori pengembangan bumi





KEKACAUAN GRAVITI

Pernah tonton filem ‘The Core’? Saya sarankan anda menontonnya.

Bumi terdiri daripada beberapa lapisan yang berbeza-beza bahan-bahannya. Dikatakan graviti bumi terhasil daripada lapisan-lapisan tertentu. Dalam filem The Core, digambarkan satu lapisan lahar di perut bumi pada asalnya sentiasa mengalir laju. Aliran inilah yang mewujudkan dan menstabilkan graviti bumi.

Satu ketika aliran ini menjadi lemah dan bakal berhenti. Sebelum ia berhenti lagipun pelbagai musibah melanda penduduk bumi kerana gravitinya sudah tidak betul. Jika aliran lahar itu tidak diaktifkan, bumi akan musnah.

Kekacauan graviti boleh berlaku atas banyak sebab, tidak terhad kepada aktiviti dalam perut bumi saja.



filem The Core




KERUNTUHAN BUMI

Pesan Nabi: 
“Carilah kehidupan (rezeki) kamu daripada kekayaan yang tersembunyi di perut bumi.”
(Thabrani)

Sebagaimana nasib malang yang mungkin berlaku ke atas al-Aqsa, sebegitulah nasib yang mungkin dilalui oleh bumi. Bumi hari ini punyai banyak ‘lorong-lorong tikus’ kerana isi-isinya yang berharga dikeluarkan oleh manusia.

Minyak, bijih, gas, asbestos, belerang, arang batu, bauksit, emas, berlian dan pelbagai lagi dikeluarkan dari perut bumi dengan pesatnya, malahan kadang-kala melampau pesatnya. Situasi ini menjadikan permukaan bumi semakin rapuh. Suatu hari nanti permukaan bumi tidak akan mampu lagi bertahan lalu terperosok ke dalam.
“Telah berlaku pelbagai kerosakan di darat dan di laut akibat tangan manusia,...”
(Ar-Ruum: 41)

PENGUBAHAN BUMI

Nabi Muhammad saw menyatakan: 
“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah Tanah Arab menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai.”
(Muslim)

Suhu dunia berubah mengikut kawasan. Ada pihak yang percaya ada bahagian bumi yang kering hari ini dahulunya taman-taman yang subur dan sebahagiannya bersalji. Sebaliknya kawasan-kawasan dunia yang hari ini dingin berkemungkinan dulunya tandus. Sebab itulah ada manusia percaya Tanah Arab akan kembali menjadi subur.

Kita biasa membaca perihal turunnya salji di Madinah, utara Arab Saudi, Baitul Maqdis, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Hal ini diseimbangkan pula dengan berita kecairan ais di Alaska, bertambahnya kawasan tandus di Mongolia dan hilangnya lapisan ais di Peru.

Kesimpulannya, dunia sedang mengalami perubahan suhu mengikut kawasan. Mungkin satu hari nanti Afrika akan berhawa Eropah manakala Amerika, Rusia dan China berhawa Afrika. Ketika itulah kuasa-kuasa besar dunia tidak akan duduk diam. Pastinya mereka mahu mengekalkan keselesaan dan keuntungan. Desakan ini memungkinkan mereka melakukan perubahan kepada bumi dengan cara ‘mengubah’nya.

Mungkin mereka akan mengubah kecondongan bumi, melambat ataupun mempercepatkan putaran bumi, mendekatkan ataupun menjauhkan orbit bumi daripada matahari dan macam-macam lagi yang belum terfikir oleh generasi hari ini.

Walaupun pengubahan yang mahu dilaksanakan itu mungkin mendapat persetujuan dunia dan dilakukan dengan begitu berhati-hati, tetapi kita percaya ia akan merosakkan keseimbangan alam dan alam semesta yang ahirnya akan membawa kepada kemusnahan.

FENOMENA GERGASI MERAH (RED GIANT) & SUPERNOVA

Dikhuatiri satu masa nanti bahan bakar matahari iaitu hidrogen habis, lalu inti matahari akan semakin mengecil tetapi bahagian luar matahari akan semakin membesar. Hal ini menjadikan matahari membengkak, dikenali sebagai fenomena Red Giant (Gergasi Merah). Ukuran matahari yang semakin membesar ini akhirnya akan menelan planet-planet berdekatan iaitu Utarid (Mercury), Zuhrah/ Kejora (Venus), bumi dan Marikh (Mars). Kini jarak purata antara bumi dengan matahari ialah sejauh 1 AU (Astronomical Unit) atau 1,49,598,000 km, tetapi ketika itu matahari akan membesar dan menelan bumi.

Matahari akan terus membesar hingga ke tahap maksimanya lalu ia akan meledak memusnahkan seluruh Sistem Suria. Selepas seluruh Sistem Suria musnah, sisa-sisanya akan bertaburan. Sisa-sisa ini lama-kelamaan akan terkumpul dan membentuk nebula (2). Nebula ini pula akhirnya akan membentuk bintang utama iaitu matahari yang baru sementara sisa-sisa yang lain akan membentuk gugusan planet. Sistem Suria yang baru pun wujud. Fenomena ini pula dikenali sebagai Supernova.

Hal ini dipercayai berlaku kepada bintang-bintang sedangkan matahari juga sebuah bintang. Kemungkinannya tetap ada.


Boleh jadi fenomena Red Giant ada kaitan dengan ayat ini: 
“Apabila matahari DILINGKARI CAHAYANYA (dan hilang lenyap-terpadam). Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak”
(At-Takwiir: 1)

Dan ayat ini: 
“Ia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” (Jawabnya) “Maka apabila pemandangan menjadi berpendar-pendar. Dan BULAN HILANG CAHAYANYA (kerana cahaya matahari yang terlalu terang ketika itu membuatkan bulan tidak kelihatan- seperti pada waktu tengah hari). Dan matahari serta bulan DIHIMPUNKAN BERSAMA (apabila matahari mula menelannya).”
(Al-Qiaamah: 6-9)

Serta ayat ini: 
“Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur.”
(At-Takwiir: 6)
Apakah lautan akan meluap-luap kerana matahari semakin membesar dan mendekati bumi? Wallahualam.

Namun hingga ke hari ini, fenomena Red Giant dan Supernova ke atas bintang-bintang lain masih punya kesamaran.



Gambaran Supernova




Red Giant


Fenomena Red Giant & Supernova.
Ya Allah... inikah yang dikatakan 'matahari sejengkal di atas kepala'?

REMPUHAN OBJEK DARI ANGKASA

Kisah rempuhan ataupun tempias objek dari angkasa lepas ke atas bumi tersebar zaman-berzaman. Sering saja kiamat diramalkan apabila terdapat apa-apa objek dari angkasa yang akan lalu berhampiran bumi tetapi sehingga kini semuanya meleset. Antaranya komet Halley yang datang menziarahi kita setiap 75 ataupun 76 tahun. Kali terakhir ia datang pada tahun 1986 dan bakal muncul lagi pada tahun 2061.

Kali ini heboh pula tentang Planet X ataupun nama lainnya Nibiru. Nibiru dipercayai berasal dari luar Sistem Suria. Graviti matahari yang kuat mempengaruhi Nibiru untuk menghampiri Sistem Suria. Walaupun gambaran sebenar tentang Nibiru agak samar kerana ia masih terlalu jauh, namun dijangkakan ia akan tiba sekitar antara 1-60 tahun lagi.

Antara planet Marikh (Mars) dengan planet Musytari (Jupiter) terdapat banyak asteroid yang membentuk satu lingkaran mengelilingi matahari (lihat gambar). Ada pihak yang percaya gelungan asteroid ini dahulunya adalah sebuah planet. Planet itu mengalami kemusnahan lalu pecah bertaburan tetapi sisa-sisanya tetap beredar di atas orbit planet itu sehinggalah ke hari ini.

Kemungkinan planet itu sebuah planet kecil yang ditarik oleh graviti planet Musytari yang besar lalu ia terhentam dengan Musytari. Hentaman itu menyebabkan ia hancur berkecai.

Satu lagi kemungkinan ialah planet itu telah dirempuh oleh satu objek yang datang dari luar Sistem Suria (3). Objek itu kini dikenali sebagai Planet X ataupun Nibiru. Dalam kunjungannya pada kali ini, Nibiru dikhuatiri akan merempuh mana-mana planet termasuklah bumi.

Lihat orbit Nibiru. 


Saiz Nibiru (jangkaan) 
Lama dahulu, Nibiru dipercayai pernah memusnahkan planet Tiamat, iaitu planet yang kini menjadi lingkaran asteroid antara Marikh dengan Musytari. Sesuatu yang agak menyentuh kerana bunyi perkataan ‘Tiamat’ dan ‘Kiamat’ hampir-hampir sama. Apakah peristiwa yang berlaku kepada Tiamat akan berlaku pula kepada bumi lalu disebut Kiamat/ Tiamat? 

Dalam mitologi Babilon, Tiamat ialah seorang dewi. Tiamat melahirkan dewa-dewa tetapi kemudiannya dia memerangi mereka. Oleh itu Tiamat dibelah dua oleh Tuhan Marduk (Tuhan Ribut). Marduk pula dikenali sebagai Nibiru. (4)

Di sini kita dapat melihat kaitannya. Boleh jadi planet Nibiru pernah merempuh planet Tiamat (membelahnya) lalu menghasilkan lingkaran asteroid.

Apa pun, maklumat tentang Nibiru masih sangat samar. Pelbagai khabar angin disebarkan terutamanya tentang saiz dan kelajuannya.






Bacalah.... untuk 60 tahun lagi........ ......... ......... ..

Assalamualaikum saudara2ku.. .
Mesti korang terkejut kan. Anyway, just baca dulu and evaluate it later. Allah sahaja yang Maha Mengetahui kebenarannya.

Bukti kebenaran Al Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA. l daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066.

Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket. Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi. Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi. Dan planet ini lebih besar daripada bumi. Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.

Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007. Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa. Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062. Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066 Wallahu'alam. ..

Semua ini telah dikaji. Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun. Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun. Cubalah anda kirakan sendiri.

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian. Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. Hanya orang yang leka dengan dunia sahaja yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula. aman dunia akhirat. Sama-sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.

P/s : mmmm kalu rajin pass la kat kawan2 korang erk.. sian kawan2 korang kalau tak tau ni... Wallahua'lam. .Ni aku dapat dari e-mail kot...dlm thun lepas cam2 la..

dgr la dr hadis2 n ayat quran yg da termaktub~

FIKIR-FIKIRKANLAH WAHAI SEMUA HAMBA ALLAH!

HUDZAIFAH BIN AS-YAD AL-GHIFARY berkata,
Sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan."
Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari kiamat."

Sabda RASULULLAH S.A.W.
"SESUNGGUHNYA KIAMAT ITU TIDAK AKAN TERJADI SEBELUM KAMU MELIHAT SEPULUH TANDA :-

1) ASAP
2) DAJJAL
3) BINATANG MELATA DI BUMI
4) TERBITNYA MATAHARI SEBELAH BARAT
5) TURUNNYA NABI ISA A.S
6) KELUARNYA YAKJUJ DAN MAKJUJ
7) GERHANA DI TIMUR
Cool GERHANA DI BARAT
9) GERHANA DI JAZIRAH ARAB
10) KELUARNYA API DARI KOTA YAMAN

RASULULLAH S.A.W. telah bersabda,

"HARI KIAMAT ITU MEMPUNYAI TANDA, BERMULANYA DENGAN TIDAK LARIS JUALAN DI PASAR, SEDIKIT SAHAJA HUJAN DAN BEGITU JUGA DENGAN TUMBUH-TUMBUHAN. GHIBAH MENJADI-JADI DI MERATA-RATA, MEMAKAN RIBA, BANYAKNYA ANAK-ANAK ZINA, ORANG KAYA DIAGUNG-AGUNGKAN, ORANG-ORANG FASIK AKAN BERSUARA LANTANG DI MASJID, PARA AHLI MUNGKAR LEBIH BANYAK MENONJOL DARI AHLI HAQ"


Jika kita perhatikan..memang benar!

1) Ghibah merata-rata (memperburuk-burukkan, memfitnah orang juga meleluasa kini)
2) Riba meluas tanpa kawalan (shark loan, pinjaman segera, pembelian kereta, rumah dll, bank bersistem riba, termasuk berbagai jenis loan yang "diislamkan" dari luarannya. hatta "study loan" pon)
3) Anak zina bertambah (malah pasangan berzina berbangga dengan perbuatan zina dan anak zinanya).
4) Orang kaya diagung-agungkan (sampai cium tangan dan merayu)
5) Orang fasik bersuara lantang di Masjid (sampaikan pelanggan tetap 4d pun dikhabarkan dilantik sebagai AJK Masjid)
6) Ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq (bercakap tentang islam walaupun tanpa ilmu)

Tanda-tanda kiamat...fikirkanlah..

Berkata ALI BIN ABI TALIB,
"AKAN DATANG DI SUATU MASA DI MANA ISLAM ITU HANYA AKAN TINGGAL NAMANYA SAHAJA, AGAMA HANYA BENTUK SAHAJA, AL-QURAN HANYA DIJADIKAN BACAAN SAHAJA, MEREKA MENDIRIKAN MASJID, SEDANGKAN MASJID ITU SUNYI DARI ZIKIR MENYEBUT ASMA ALLAH. ORANG-ORANG YANG PALING BURUK PADA ZAMAN ITU IALAH PARA ULAMA, DARI MEREKA AKAN TIMBUL FITNAH DAN FITNAH ITU AKAN KEMBALI KEPADA MEREKA JUGA. DAN KESEMUA YANG TERSEBUT ADALAH TANDA-TANDA HARI KIAMAT."

Jika kita perhatikan...
Semakin ramai umat Islam yang tidak menghargai nikmat agamanya sehingga mengabaikan suruhan dan perintahNya sampaikan mengucap pun ada yang tidak tahu. Al-Quran hanya untuk alunan merdu serta hiasan dan bukan untuk diamalkan dan dihayati. (Paling sedih ada juga sanggup pula menghina Al-Quran). Masjid berdiri megah dengan hiasan yang berkilauan hanya utuk perlancongan dan berbangga tidak untuk dimakmurkan. Ulama dihina dan difitnah oleh orang yang dianggap ulama juga.

Tanda-tanda kiamat...fikirkanlah..

Sabda RASULULLAH S.A.W lagi,
"APABILA HARTA ORANG KAFIR YANG DIHALALKAN TANPA PERANG YANG DIJADIKAN PEMBAHAGIAN BERGILIR, AMANAT DIJADIKAN SEPERTI HARTA RAMPASAN, ZAKAT DIJADIKAN SEPERTI PINJAMAN, BELAJAR LAIN DARIPADA AGAMA, ORANG LELAKI TAAT KEPADA ISTERINYA, MENDERHAKAI IBUNYA, LEBIH RAPAT DENGAN TEMAN DAN MENJAUHKAN AYAHNYA, SUARA LANTANG DALAM MASJID, PEMIMPIN KAUM DIPILIH DARI ORANG YANG FASIK, ORANG FASIK DIMULIAKAN KERANA DITAKUTI AKAN TINDAKAN JAHAT DAN ANIAYANYA DAN BUKAN KERANA TAKUTKAN ALLAH, MAKA KESEMUA ITU ADALAH TANDA-TANDA KIAMAT."

Waallahualam'...


Dari AUF B. MALIK R.A., katanya,

"RASULULLAH S.A.W. telah bersabda: "AKU MENGHITUNG ENAM ERKARA MENJELANG HARI KIAMAT. "BAGINDA MEYEBUTKAN SALAH SATU DI ANTARANYA : PENAKLUKAN BAITULMUQADDIS" - SAHIH BUKHARI

Zina bermaharajalela
"DAN TINGGALLAH MANUSIA-MANUSIA YANG BURUK YANG SEENAKNYA MELAKUKAN PERSETUBUHAN SEPERTI HIMAR (KELDAI). MAKA PADA ZAMAN MEREKA INILAH KIAMAT AKAN DATANG." - SAHIH MUSLIM

Bermahaharajalela alat muzik, tanah runtuh dan perubahan muka
"PADA AKHIR ZAMAN AKAN TERJADI TANAH RUNTUH, RUSUHAN DAN PERUBAHAN MUKA. "ADA YANG BERTANYA KEPADA RASULULLAH; "WAHAI RASULULLAH BILA HAL INI TERJADI?" BAGINDA MENJAWAB; "APABILA TELAH BERMAHARAJALELA BUNYI-BUNYIAN (MUZIK) DAN PENYANYI-PENYANYI WANITA" - IBNU MAJAH

Menghias masjid dan membanggakannya
"DI ANTARA TANDA-TANDA TELAH DEKATNYA KIAMAT IALAH MANUSIA BERMEGAH-MEGAHAN DALAM MENDIRIKAN MASJID" - RIWAYAT NASAI

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
"TIDAK AKAN DATANG KIAMAT SEHINGGA BANYAK PERBUATAN DAN PERKATAAN KEJI, MEMUTUSKAN HUBUNGAN SILATURAHIM DAN SIKAP YANG BURUK DALAM TETANGGA." - RIWAYAT AHMAD DAN HAKIM

Ramai orang soleh meninggal dunia
"TIDAK AKAN DATANG HARI KIAMAT SEHINGGA ALLAH MENGAMBIL ORANG-ORANG YANG BAIK DAN AHLI AGAMA DI MUKA BUMI, MAKA TIADA YANG TINGGAL PADANYA KECUALI ORANG-ORANG YANG HINA DAN BURUK YANG TIDAK MENGETAHUI YANG MAKRUF DAN TIDAK MENGINGKARI KEMUNGKARAN -RIWAYAT AHMAD

Orang hina mendapat kedudukan terhormat
"DI ANTARA TANDA-TANDA SEMAIN DEKATNYA KIAMAT IALAH DUNIA AKAN DIKUASAI OLEH LUKA' BIN LUKA' (ORANG YANG BODOH DAN HINA). MAKA, ORANG YANG PALING BAIK KETIKA ITU IALAH ORANG YANG BERIMAN YANG DIAPIT OLEH DUA ORANG MULIA" - RIWAYAT THABRANI

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"SESUNGGUHNYA DI ANTARA TANDA-TANDA TELAH DEKATNYA HARI KIAMAT IALAH MANUSIA TIDAK MAHU MENGUCAPKAN SALAM KEPADA ORANG LAIN KECUALI YANG DIKENALNYA SAHAJA." - RIWAYAT AHMAD

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari ABU HURAIRAH R.A.
"DIANTARA TANDA-TANDA TELAH DEKATNYA HARI KIAMAT IALAH AKAN MUNCUL PAKAIAN-PAKAIAN WANITA DAN APABILA MEREKA MEMAKAINYA KEADAANNYA SPERTI TELANJANG."

Bulan sabit kelihatan besar
"DI ANTARA TANDA-TANDA TELAH DEKATNYA HARI KIAMAT IALAH MENGGELEMBUNG (MEMBESARNYA) BULAN SABIT."
-RIWAYAT THABRANI
-SAHIH MUSLIM

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyanpaikan berita.
"PADA AKHIR ZAMAN AKAN MUNCUL PEMBOHONG-PEMBOHONG BESAR YANG DATANG KEPADAMU DENGAN MEMBAWA BERITA-BERITA YANG BELUM PERNAH KAMU DENGAR DAN BELUM PERNAH DIDENGAR OLEH BAPA-BAPA KAMU SEBELUMNYA, KERANA ITU JAUHKANLAH DIRIMU DARI MEREKA AGAR MEREKA TIDAK MENYESATKANMU DAN MEMFITNAHMU" - SAHIH MUSLIM

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"SESUNGGUHNYA SEBELUM DATANGNYA HARI KIAMAT AKAN BANYAK KESAKSIAN PALSU DAN DISEMBUNYIKAN KESAKSIAN YANG BENAR" - RIWAYAT AHMAD

Negara Arab akan menjadi padang rumput dan sungai
"TIDAK AKAN DATANG HARI KIAMAT SEHINGGA NEGERI ARAB KEMBALI MENJADI PADANG RUMPUT DAN SUNGAI-SUNGAI."

PENGAJARAN
Segala apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah benar belaka dan janganlah disangsikan dan ragi-ragu. Sekiranya kita menghayati apa yang tersirat pada kisah di atas memang kebanyakkannya telah berlaku kini.

"SESUNGGUHNYA RAHMAT ALLAH ITU DEKAT PADA ORANG-ORANG YANG BERBUAT BAIK."
Huraiannya = Pengampunan Allah sentiasa terbuka luas walaupun dosa hambanya itu sebesar gunung, seseungguhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang dan juga amat kasihkan semua makhuknya..cuma hamba Allah itu sendiri yang tidak pernah memikirkan rahmatnya.



"Sesungguhnya kiamat itu pasti berlaku.. tetapi waktu sahaja kita tidak mengetahui.. Percayalah janji Allah adalah benar,, Sesungguhnya manusia tidak mengetahui apa-apa kejadian di langit dan bumi bahkan seluruh makhlukNya" 


Waallahu'alam~

Lalai atau Beringat

jika seseorang itu banyak mengingati mati, dia akan mengutamakan tiga perkara iaitu :

1. dia akan segera bertaubat kerana dia yakin bahawa mati akan datang secara tiba-tiba tanpa disangka dan tidak pula mengira tempat.

2. dia akan berhati tenang dan sentiasa menjaga dan memelihara hatinya daripada dicemari oleh berbagai sifat mazmumah atau sifat keji. dia juga sentiasa mengingati Allah.

3. dia akan rajin dan taat beribadah. dunia ini baginya adalah tempat beramal dan akhirat adalah tempat perhitungan.

tanda-tanda seseorang itu lalai dari mengingati mati :

1. dia menangguh atau melewatkan bertaubat. akibatnya dia mungkin akan meninggal dunis sebelum sempat bertaubat. dia juga banyak berangan-angan kerana merasakan bahawa dia mempunyai umur yang panjag.

2. mengejar kesenangan dan kemewahan hidup di dunia sehingga lalai daripada mengingati Allah s.w.t. dia juga sering merasa kecewa dan putus asa, seolah-olah dunia ini adalah segala-gala baginya.

3. berasa malas untuk melakukan ibadah. kesan dari lalai dengan kelazatan nikmat dunia menybabkan hilangnya kelazatan beribadah kepada Allah. ini menyebabkan dia merasakan ibadah suatu perkara yang tidak memberi kesan dan manfaat.

Tanda-Tanda Seseorang Akan Menghadap Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.





TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. 
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.


Waallahu'alam~

Antara 2 Sujud




Doa Yang Sering Kita Abaikan / Tidak BerSungguhan Dalam PerMohonan Doa Yang Kita Lafaz Sewaktu Berada Pada Posisi Antara 2 Sujud.



Doa Yang Ringkas, Namun Cukup Besar Pengertiannya.

(Click To Enlarge)


Elok Sangatlah Juga Doa Ringkas Ini Turut DiMasukkan Dalam Bacaan Doa Lazim Yang DiBacakan Oleh Imam Setiap Selesai Solat Fardhu BerJemaah.

Hanya Gantikan Perkataan 'aku' Kepada 'kami'. Maka Bacaannya Berbunyi Seperti Ini (Mohon Betulkan Kalau hamba Silap):

Bismillaah...

ROBBANAGH-FIRLANAA, WARHAMNAA, WAJBURNAA, WARFA'NAA, WARZUQNAA, WAHDINAA, WA 'AAFINAA, WA'FU'ANNAA. (AAMIIINN)

Postur Duduk Iftirasy Yang Haq.




Sebagai seorang Manusia Muslim, kita sewajarnya menaruh keyakinan dan kepercayaan yang tinggi mengenai nilai suruhan atau larangan sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi dalam soal ibadah mahupun cara hidup. Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikan duduk Iftirasy dari sudut Kesihatan. Kalau kita melihat gambar rajah Refleksologi, apabila berada dalam posisi Duduk Iftirasy ini, kaki kanan kita mendapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan di bahagian bawah & tengah kaki. Duduk Iftirasy ni memberi 'Tekanan Refleksologi' yang menyeluruh & lengkap. Tetapi bagi Manusia Muslim yang tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'Tekanan Refleksologi' untuk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, dll spt dalam gambarajah).


Ini amatlah merugikan. Sebaiknya, kita berusaha sedaya upaya untuk Duduk Iftirasy dalam keadaan posturnya yang haq dengan sempurna. Galakan ini bukan sekadar atau semata-mata atas asbab di sudut Kesihatan yang kita mahukan, tetapi lebih dari itu matlamat kita dalam memperkemaskan lagi nilaian / value Ibadah kita kepada ALLAH, itu yang sepatutnya menjadi keutamaan di samping niat untuk mengikut Sunnah Nabi SAW. Hasilnya nanti amat menguntungkan juga sungguh bermanfaat. Di samping mendapat Pahala menyempurnakan 'Ikmalu Ibadah' dan 'Ikmalu Sunnah', ia juga memberi 'Bonus' kepada kesihatan tubuh badan kita secara menyeluruh melalui 'Indirect Reflexology Movement / Exercise' untuk penjagaan & pemuliharaan pada bahagian-bahagian organ dalaman kita yang extremely important, seperti Otak, Leher, Tekak dll.



Dari Abu Hamid Al-Sa`idi r.a., katanya: "Aku melihat Nabi Muhammad SAW. Apabila Baginda SAW duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk Iftirasy)." - Hadis Sahih riwayat Bukhari.

Iktibar Hadis:
1. Disunatkan Duduk Iftirasy pada tahiyyat pertama.
2. Duduk Iftirasy juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk Istirohah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadis).
3. Amalan Duduk Iftirasy adalah Sunnah Rasul SAW dan apabila kita mengamalkannya dan menyampaikannya kepada orang lain untuk turut mengamalkannya akan memperoleh ganjaran pahala dan keberkatan dari ALLAH SWT.
4. Amalan-amalan yang berdasarkan kepada Sunnah Rasul SAW adalah bercahaya lagi dipenuhi dengan Hikmah dan boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH SWT.

Doa Segala Penunduk Segala Haiwan Liar dan Berbisa




Doa di bawah ini adalah Doa khusus yang ampuh untuk diamalkan sebagai amalan agar diri kita aman dan selamat dari segala ancaman+serangan haiwan liar dan berbisa.

Sangat sesuai diamalkan ketika hendak masuk ke dalam hutan dan di mana-mana tempat sahaja pada sebarang waktu yang mana di kawasan tersebut membuatkan kita mudah terdedah kepada ancaman dan serangan pelbagai haiwan liar juga haiwan berbisa.

Sirahnya...

Pada zaman Nabi ALLAH Nuh as, sewaktu Bala Banjir Besar yang ALLAH SWT turunkan kepada Umat Nabi Nuh as yang ingkar dan berpaling dari mentauhidkan ALLAH SWT, selain dari Para Pengikut Nabi Nuh as yang beriman, sekalian haiwan-haiwan liar dan berbisa yang wujud di muka bumi ALLAH SWT juga diselamatkan oleh Nabi Nuh as dengan cara Nabi Nuh as turut menempatkan ruang untuk sekalian haiwan-haiwan tersebut berlindung di dalam bahtera Nabi Nuh as itu.

Dan apabila bala banjir besar itu mulai surut setelah selama 40 hari pelayaran, kesemua haiwan-haiwan liar dan berbisa tersebut telah berbai'ah dan berjanji di hadapan Nabi Nuh as, bahawa "Kami bersumpah tidak akan mengganggu dan mengancam sesiapa sahaja yang mengucapkan Salam Dan Kesejahteraan buat dirimu, wahai Nabi ALLAH Nuh as."

Bacaan Inti dari Surah As-Saffat (37), ayat 79.

Bismillaah...

(Click To Enlarge.)

Mafhum: [79]
“Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam!”

Bersama-samalah kita mengamalkannya.

Doa Penawar Api.



Bacaan Inti dari Surah Al-Anbiyaa' (21), Ayat 69.




Mafhum:
Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!."

Ayat ini adalah merupakan Doa Amalan untuk mengelakkan Mudharat & Kecelakaan api. Dalam erti kata lain, Anti-Fire / Immune Fire (Kebal Api), yakni bahaya & kepanasan api tiada lut sekiranya mengenai pada tubuh kita, Insya'ALLAH. Beramallah dengan Ayat ini.





Makluman:
Amalan Keilmuan Ini Adalah BerJenis Hikmah. Lazimnya, Amalan Keilmuan Yang BerCirikan Dan BerBentuk Hikmah, Karomah Dan Ma'unah Ini, Ianya BerSifat DEFENSIF. Yakni, Ianya (Kuasa Hikmahnya) Hanya Akan Terjadi Pada Waktu KeCemasan Sahaja Dan Dalam Keadaan Yang TerDesak Sahaja Serta Hanya Berlaku Pada Masa Dan Keadaan Yang Memerlukan Sahaja. Tidak Boleh DiDemonstrasikan. Dalam Erti Kata Lain, 'AUTO-ACTIVATED' While In Need Only.

Rahsia Angka 7



Rahsia Angka 7.

Tahukah anda bahawa angka 7 ini dalam ISLAM banyak keistimewaannya yang kita sendiri mungkin tidak mengetahuinya.

Sesungguhnya Zat Pencipta, yang Maha Besar kekuasaanNya dan Maha Tinggi KalimahNya telah menghiasi tujuh perkara dengan tujuh perkara dan menghiasi pula setiap tujuh perkara itu dengan tujuh perkara yang lain, untuk memberitahu kepada orang-orang berilmu bahawa angka 7 itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi ALLAH SWT.

1. ALLAH menghiasi udara dengan tujuh lapis langit. Dan dihiasi pula tujuh langit itu dengan tujuh bintang.

FirmanNya yang bermaksud: Dan kami bina di atas kamu tujuh buah (langit) yang kukuh. Petikan dari Surah an-Naba' Ayat 12.

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang di langit. Petikan dari Surah Al-Hijr Ayat 16.

2. ALLAH telah hiasi padang yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Dan ALLAH hiasi bumi itu pula dengan tujuh lautan.

Firman ALLAH yang bermaksud: ALLAH, Dialah yang telah menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Petikan dari Surah at-thalaq Ayat 12.

Dan laut, ditambah kepadanya dengan tujuh laut sesudahnya. Petikan dari Surah luqman Ayat 27.

3. ALLAH telah menghiasi Neraka dengan tujuh tingkat, iaitu Jahanam, Sa'ir, Saqar, Jahim, Hutomah, Ladhaa, dan Hawiyyah kemudian disediakan Neraka itu tujuh pintu.

4. ALLAH menghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang. kemudian dihiasi pula baginya dengan tujuh ayat pembuka kitab iaitu surah Al-Fatihah. Petikan dari Surah Al-Fatihah.

5. ALLAH menghiasi manusia dengan tujuh anggota badan iaitu dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu wajah, Dan kemudian dihiasi pula anggota yang tujuh itu dengan tujuh peribadatan iaitu tujuh anggota sujud dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berdir tegak, dua lutut dengan duduk dan satu muka dengan sujud.

6. ALLAH menghiasi umur manusia dengan tujuh peringkat iaitu masa lahir di sebut "RADLI", kemudian "FATHIM", kemudian "KUHUL", kemudian "SYAIKH". Dan dihiasi dengan tujuh peringkat ini dengan tujuh kalimah iaitu: LAA ILAA HA IL LALLAAH MUHAMMADUR RASULLULLAAH.

7. ALLAH menghiasi dunia dengan tujuh negeri yang besar iaitu

i- Hindustan.
ii- Hijaz.
iii- Basrah, Badiyah dan Kufah.
iv- Iraq, Syam, Khurasan, sampai Balakh.
v- rome dan Armania.
vi- Ya'juj dan Ma'juj.
vii- Cina dan Turkistan.

Kemudian ALLAH hiasi tujuh negeri itu dengan tujuh hari, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian ALLAH muliakan tujuh Hari itu dengan tujuh Nabi iaitu Nabi Musa a.s. (Sabtu), Nabi Isa a.s. (Ahad), Nabi Daud a.s. (Isnin), Nabi Sulaiman a.s. (Selasa), Nabi Ya'akub a.s. (Rabu), Nabi Adam a.s. (Khamis) dan Nabi Muhammad SAW dengan umatnya pada hari Jumaat.


RAHSIA 7.

Umpama ada keajaiban (magik), nombor 7 mengatasi signifikan nombor-nombor yang lain dalam pelbagai aspek kehidupan, mitos, fakta, kepercayaan, agama, sistem bio-energi, alam dan lain-lain. Ada RAHSIA yang tersembunyi, ada kaitan yang belum habis diterokai untuk diulaskan segala perihalnya. Mustahil buat saya menyenaraikan segala RAHSIA tersebut namun berikut adalah sekadar renungan dan pemerhatian kita semua tentang RAHSIA 7.

1. PENCIPTAAN ALAM.
Teori astro fizik menyatakan alam ini terbentuk dari satu letupan MAHA Hebat yang membawa kekosongan kepada kewujudan ALAM. Ia dinamakan Teori ‘BIG BANG’. Menurut teori ini, ALAM terbentuk kira-kira 14 (7X2) billion tahun yang lalu. Menariknya di sini, nama ‘big bang’ yang diilhamkan oleh Yang Maha Merancang pada saintis yang menemui teori ini mempunyai 7 huruf (B.I.G.B.A.N.G).


2. PERKEMBANGAN ALAM.
Menurut teori-teori yang hebat diperdebatkan pada sekitar tahun 70an ini, ALAM ini berkembang dari satu titik dalam pergerakkan yang sama dan begitu terancang, yang setiap satu cakerawalanya bergerak dalam laluan-laluan atau orbit yang tersendiri. Menariknya fakta ini telah pun diterangkan di dalam Al-Quran yang diturunkan pada abad yang ke 7, kira-kira 1400 (7X200) tahun yang lalu di dalam surah AD-DHARIYAT ayat 7 yang bermaksud: ‘Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya’.


3. RAHSIA LANGIT.
Di dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 32 yang bermaksud:
‘Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (Kekuasaan Kami) yang ada padanya’. Menariknya fakta ini, surah Al-Anbiya’ adalah surah ke 21 yang mengandungi 112 ayat. Melalui teori kod metamatik/numerology, jika dijumlahkan nombor-nombor ini hasilnya adalah 7:
= surah 21 jumlah ayat 112
= 2+1+1+1+2 = 7
dan, antara kandungan surah ini adalah kisah-kisah (disebut perkataan ‘kisah’) 7 Nabi Allah iaitu:
Nabi Allah Ibrahim a.s.
Nabi Allah Nuh a.s.
Nabi Allah Daud a.s.
Nabi Allah Sulaiman a.s.
Nabi Allah Ayub a.s.
Nabi Allah Yunus a.s.
Nabi Allah Zakaria a.s.


4. BUMBUNG YANG MELINDUNGI.
Menurut sains astronomi pula ‘langit sebagai bumbung’ dari surah di atas bolehlah dikaitkan sebagai ‘atmosfera’ yang bertindak sebagai perisai kepada bumi, antara fungsinya:

menapis objek-objek meteor dari jatuh ke bumi.
Menapis pancaran-pancaran cahaya atau gelombang yang tidak sesuai dan merbahaya.
Mengekalkan suhu bumi dan mengelakkan suhu angkasa yang tertalu sejuk.
Hanya membenarkan pancaran gelombang yang berguna atau bermanfaat iaitu:
Gelombang Sinar-X.
Gelombang Ultra Ungu jarak jauh.
Gelombang Ultra Ungu jarak dekat.
Gelombang spektrum cahaya yang boleh dilihat (visible light) yang mengandungi 7 warna iaitu ungu/violet, indigo, biru, hijau, kuning, jingga dan merah.
Gelombang Infra Merah jarak jauh.
Gelombang Infra Merah jarak dekat.
Gelombang Radio.
Langit sebagai bumbung dalam ayat ini diperjelaskan lagi sifatnya didalam surah Al-Baqarah ayat 29 yang bermaksud: ‘Dialah (ALLAH) yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikanNya 7 langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu’.
Juga dalam surah Al-Fussilat ayat 12: ‘Maka Dia ,menjadikannya 7 langit dalam dua hari dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya’.
Menariknya, menurut fakta saintifik yang ditemui pada abad yang ke 20, terdapat 7 lapisan langit yang meliputi bumi, dari lapisan yang terawal sejauh 7 batu hinggalah lapisan yang teratas/tinggi sejauh 700 batu. Lapisan-lapisan tersebut adalah:
Exosfera – 7 batu.
Ipnosfera.
Termosfera.
Mesosfera.
Ozonosfera.
Stratosfera.
Troposfera – 700 batu.


5. LANGIT YANG KEMBALI (KITAR).

Antara tugasan langit yang lain unik adalah sebagai lapisan yang memantulkan semula, iaitu:
Troposfera – wap air naik dari bumi dan turun semula ke bumi pada lapisan ini.
Ozonosfera – cahaya ultra ungu naik dari bumi dan turun semula ke bumi pada lapisan ini.
Ionosfera – gelombang radio naik dan dipantul turun semula ke bumi, membolehkan frekuensi radio berfungsi.
Anggaran saintis mendapati 16,000,000 ton/sesaat air menyejat dari permukaan bumi dan jumlah tersebut adalah sama dengan jumlah 513 trillion ton hujan yang turun semula selama setahun.


6. BUMI.

Jika dihitung dari planet pluto (yang paling jauh dari sistem solar matahari), bumi merupakan planet yang ke 7 yang dekat pada matahari. Ia merupakan satu-satunya planet yang unik yang memiliki keajaiban tersendiri yang merupakan satu-satunya planet yang mempunyai dan sesuai untuk kehidupan.
Bumi mempunyai 7 benua iaitu:
Afrika.
Amerika Selatan.
Amerika Utara.
Antartika.
Asia.
Eropah.
Ocenia.

Jumlah ini merupakan daratan yang berjumlah 30% yang terpisah oleh lautan-lautan yang secara puratanya 70% dari keseluruhan keluasan bumi. Menariknya, perkataan ‘Lautan dan Daratan’ telah disebut di dalam Al-Quran berulang-ulang kali pada jumlah 32:13. Jika dijumlahkan 32+13=45, maka peratusan laut adalah 32/45 X 100 = 71.11111111 atau 70 peratus manakala peratusan daratan adalah 13/45 X 100 = 28.88888889 atau 30 peratus.
7 lautan utama yang terdapat di bumi:
Lautan Artik.
Lautan Antartik.
Lautan Pasifik – Utara.
Lautan Pasifik – Selatan.
Lautan Atlantik – Utara.
Lautan Atlantik – Selatan.
Lautan Hindi.
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan fakta ini benar, begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan ALLAH SWT.

Manakala elemen-elemen yang kita sedia maklum dimiliki oleh bumi adalah dari 7 unsur yang berbeza-beza iaitu:
Tanah.
Angin (gas).
Api.
Air.
Kayu.
Batu (gem).
Logam.
Menariknya tatkala manusia mengkaji ciri-ciri kejadian elemen logam, adalah didapati bahawa sumber pembentukkan logam tidak terhasil oleh apa yang ada pada planet bumi, ia adalah batu meteor di angkasa lepas yang jatuh ke bumi. Umpama untuk melengkapkan Rahsia 7, elemen ini diturunkan dari langit untuk manfaat manusia. Ini dibuktikan di dalam Al-Quran pada surah Al-Hadiid ayat 25 yang bermaksud:

‘Sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca (keadilan). Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka menggunakan besi itu) dan supaya ALLAH mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasulNya padahal ALLAH tidak dilihatnya. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuat lagi Maha Perkasa’.
Surah ini dinamakan Al-Hadiid (besi), diambil dari perkataan ‘Al-Hadiid’ yang terdapat pada ayat 25 dalam surah ini. Sekali lagi, menurut teori metamatik/numerology : 2+5 = 7.
7 jenis logam:
Plumbum.
Timah.
Besi.
Tembaga.
Merkuri (raksa).
Perak.
Emas.

Suatu keajaiban apabila meneliti kejadian alam yang dilengkapi dengan urutan sistem yang membenarkan kehidupan manusia, iaitu:
Matahari.
Bulan.
Bintang.
Langit (yang mempunyai 7 lapisan).
Bumi (planet yang ke 7 hampir ke matahari).
Lautan (7 lautan utama).
Daratan (yang merangkumi 7 benua).
Kehidupan di bumi wujud daripada ‘kerak’ bumi, satu bahagian yang mempunyai 7 lapisan. Kedalaman kerak bumi adalah 6,370km (kod metamatik: 6+3+7+0=16, 1+6=7).


7. 7 HARI DALAM SEMINGGU.

Peredaran lengkap bumi pada paksinya mengambil masa 24jam menghasilkan kejadian siang & malam. Bumi mengelilingi matahari pada orbitnya dalam masa 365.25 hari melalui 4 perubahan musim iaitu musim panas, dingin, luruh dan bunga. Dalam Al-Quran perkataan HARI di ulang sebanyak 365 kali manakala perkataan BULAN diulang sebanyak 12 kali. Ini secara puratanya menjadikan bilangan hari dalam sebulan menjadi 30. Satu lagi fakta menyatakan bahawa BULAN mengambil masa 29.53 hari untuk melengkapkan pusingan pada paksinya dan melalui 4 peringkat bentuk iaitu bulan sabit, separuh penuh (2 kali) dan bulan penuh. Maka, penetapan 7 hari dalam seminggu adalah dengan mengambil kira fakta peredaran bumi dan bulan iaitu:
Bumi: 365 hari /12 bulan.
= 30 hari / 4 musim.
= 7.61 hari.
Bulan: 29.53 hari / 4 bentuk bulan.
= 7.39 hari.

7 hari dalam seminggu:
Ahad.
Isnin.
Selasa.
Rabu.
Khamis.
Jumaat.
Sabtu.
Dari fakta ini juga kita mendapati secara kasar jumlah minggu dalam setahun (365 hari) adalah 52 minggu (5 + 2 = 7).

Satu lagi kaitan unik yang saya temui adalah dari Kitab Ad-Durr an-Nadhin karya Al-Yafi yang menyebut bahawa, di dalam Ummul Quran (surah Al-Fatihah) yang mengadungi 7 ayat, terdapat semua huruf-huruf (arab) KECUALI 7 huruf iaitu FA', JIM, SYIN, TSA, ZHO, KHO' dan ZAI.

Al-Yafi berkata: setiap huruf ini mewakili 7 hari dalam seminggu, malah setiap satunya memiliki penghulunya (Malaikat) yang tersendiri yang mempunyai nama gelaran masing-masing iaitu:

KHO untuk hari Ahad, dan penghulunya adalah Malaikat Rawfa’il. Nama khasnya: Khobir.
SYIN untuk hari Isnin, dan penghulunya adalah Malaikat Jibril. Nama khasnya: Syakir.
ZAI untuk hari Selasa, dan penghulunya adalah Malaikat Samsama’il. Nama khasnya: Zaki.
ZHO' untuk hari Rabu, dan penghulunya adalah Malaikat Mika’il. Nama khasnya: Zhohir.
TSA untuk hari Khamis, dan penghulunya adalah Malaikat Sirfaya’il. Nama khasnya: Tsabit.
JIM untuk hari Jumaat, dan penghulunya adalah Malaikat ‘Anya’il. Nama khasnya: Jabbar.
FA' untuk hari Sabtu, dan penghulunya adalah Malaikat ‘Azra’il. Nama khasnya: Fatir.

Terdapat beberapa lagi kod metamatik perihal Rahsia 7 yang terdapat di dalam Al-Quran antaranya:
Jumlah perkataan AL-DUNYA disebut 115 kali (1+1+5=7) manakala AL-AKHIRAH juga disebut 115 kali (1+1+5=7).
Jumlah perkataan AL-MALAIKAH diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7) manakala AL-SYAYAATHIIN diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7).
Perkataan LIDAH diulang 25 kali (2+5=7) manakala SUMPAH juga 25 kali (2+5=7).


MANUSIA & RAHSIA 7.
Manusia adalah KHALIFAH di muka bumi. Khalifah pada umat ISLAM pula adalah Nabi MUHAMMAD, yang merupakan Rasul yang terakhir dari 25 (2+5=7) rasul-rasul ALLAH.

Marilah kita meneliti kaitan Rahsia 7 pada sistem manusia sebagai sehebat-hebat kejadian Yang Maha Pencipta.


1. Komposisi Tubuh. Secara kasar, tubuh manusia bolehlah dibahagikan pada 7 komposisi yang utama iaitu:
1 unit kepala.
1 unit leher.
1 tubuh badan.
2 unit tangan.
2 unit kaki.


2. Pancaindera Utama (deria).
Pancaindera merupakan ‘penghubung’ manusia dengan dunia luarnya. Melalui deria-deria ini manusia dapat menerima maklumat, berinteraksi dan bertindak balas dengan alam sekelilingnya. Pancaindera tersebut adalah:
1 mulut.
sepasang telinga (2 lubang).
sepasang rongga Hidung (2 lubang).
sepasang Mata (2 unit).


3. Rongga pada Tubuh.
Rongga atau lubang pada tubuh merupakan ekses keluar dan masuk udara, makanan ataupun cecair bagi pelbagai tujuan untuk kehidupan manusia. Terdapat 7 rongga atau lubang pada tubuh manusia iaitu:
2 rongga telinga.
2 rongga hidung.
1 mulut.
1 salur kencing.
1 rongga dubur.


4. 7 bahagian pada Ambrio Manusia:
Amnion.
Chorionic Villi.
Spinal Cord.
Jantung.
Otak.
Umbilical Cord.
Yolk Sac.


5. 7 Organ Utama dalam tubuh Manusia:

Otak.
Jantung.
Alat kelamin.
Paru-paru.
Hati.
Ginjal.
Perut.


6. 7 Kelenjar utama dalam tubuh:
Pituitary.
Pineal.
Thyroid.
Thymus.
Pancreas.
Gonads.
Adrenals.


7. 7 Bahagian utama pada Otak:
Cerebrum.
Cerebellum.
Pons Varolii.
Medula Oblongatta.
Corpus Callosum.
Spinal Cord.
Meninges.


8. 7 Bahagian utama pada Telinga:
Vestibule.
Auditory Canal.
Tympanic Membrane.
Ossicles.
Semi-circular Canal.
Cochlea.
Membranous Labyrinth.


9. 7 Bahagian utama pada Mata:
Kornea.
Aqueous Humor.
Kanta.
Vitreous Humor.
Retina.
Sclera.
Iris.


10. 7 Bahagian utama pada Jantung:
Ventrikal Kanan.
Ventrikal Kiri.
Atrium Kanan.
Atrium Kiri.
Tricuspid Valve.
Mitral Valve.
Septum.


11. 7 Lapisan pada Kulit:
Stratum Corneum.
Stratum Lucidum.
Stratum Granulosum.
Prickle Cell layer.
Basar Cell Layer.
Corium.
Hair Follicle.


12. 7 Fungsi tubuh:

Respiration.
Circulation.
Assimilation.
Excretion.
Reproduction
Sensation.
Reaction.


13. Komposisi Air dalam tubuh.
Lebih 70% dari sistem tubuh adalah air. Bagi bayi, 97% (9+7=16, 1+6=7) adalah air manakala orang dewasa pula adalah 75%.

Otak manusia 74.5%(7+4+5=16, 1+6=7) adalah cecair.
Darah manusia 83.5%(8+3+5=16, 1+6=7)) adalah cecair.
Ginjal manusia 82.6%(8+2+6=16, 1+6=7) adalah air.
Otot manusia; sekitar 70% adalah air.
Tulang manusia; sekitar 22.3%(2+2+3=7) adalah air.
Malah gigi manusia, sekitar 2.5%(2+5=7) adalah air.

Seperti yang telah dijelaskan dalam fakta sebelumnya, komposisi air pada bumi adalah sekitar 70% iaitu sama jumlah komposisi air dalam tubuh manusia. Fakta ini membuktikan Bumi sebagai planet yang sesuai untuk kehidupan manusia. Malah lebih menarik, apabila sifat air diukur dengan ukuran pH bagi menentukan sifat asid atau alkali, pH7 (neutral) merupakan titik keseimbangan dua sifat tersebut.


14. 7 Lapisan Aura.
Aura merupakan lapisan gelombang elektromagnet yang berada di sekitar tubuh fizik yang mengalirkan tenaga. Aura bertindak sebagai biasan pada gelombang yang mengalir pada tubuh fizik juga bertindak sebagai perisai halus yang melindung tubuh fizik tersebut dari gelombang atau sinaran yang merbahaya. Ilmu mengenai aura telah bermula beribu tahun yang lalu, hanya dewasa ini, bukti saintifik berjaya mengesahkannya. Dikatakan aura mempunyai 7 lapisan halus seperti berikut:

Lapisan pertama – Lapisan Tubuh Eterik.
Lapisan yang paling hampir / dalam, dekat dengan tubuh fizikal, mewakili tahap kesihatan tubuh tersebut.

Lapisan ke 2 - Lapisan Tubuh Emosi.
Berkait rapat dengan sistem emosi dan perasaan manusia. Juga mempunyai kaitan pada pengalaman manis dan pahit insan tersebut. Lapisan cahaya warna ini dikatakan setebal 3 inci dari tubuh fizikal.

Lapisan ke 3 - Lapisan Tubuh Mental.
Lapisan ini menceritakan tentang kebolehan kuasa minda sedar tubuh fizik tersebut.

Lapisan ke 4 - Lapisan Tubuh Astral.
Lapisan pertengahan antara lapisan-lapisan yang lain, berkait rapat pada chakra Jantung (hijau). Sebagai lapisan yang menghubungkan tenaga-tenaga yang mengalir dari lapisan luaran ke lapisan dalaman, begitu juga sebaliknya.

Lapisan ke 5 - Lapisan Tubuh Eterik Tinggi.
Lapisan yang berkait rapat dengan lapisan eterik tingkat pertama yang menceritakan perihal kesihatan tubuh fizikal. Namun pada lapisan ini tenaga bergetar pada tingkatan yang lebih tinggi bersamaan dengan getaran gelombang bunyi. Bagi mengimbangi kesihatan lapisan eterik pertama, lapisan eterik tinggi ini memerlukan getaran tenaga bunyi seperti ‘mantra’ atau zikir / doa.

Lapisan ke 6 - Lapisan Tubuh Mental Tinggi.
Tenaga bergetar pada frekuensi yang lebih tinggi yang berkait rapat pada sistem ‘gerakrasa’ atau ‘firasat’ manusia.

Lapisan ke 7 - Lapisan Tubuh Rohaniah.
Lapisan yang menghubungkan tenaga alam terus kepada lapisan aura lain seterusnya ke dalam sistem chakra tubuh untuk berbagai kegunaan dan kepentingan tubuh manusia. Berkait terus dengan sistem ROH yang terhubung dengan ‘talian hayat’ (dikenali juga sebagai kundalini) dari Yang Maha Pencipta.



15. 7 Pusat Tenaga – Chakra.
Chakra merupakan organ metafizik (ghaib) yang wujud dalam sistem bio-energi manusia. Perkataan ‘Chakra’ berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud roda yang berputar. Ia juga dikenali sebagai pintu gerbang atau ‘portal’ yang berfungsi sebagai pusat penerima, penyimpan dan pengalir tenaga ke seluruh sistem tubuh mengikut tahap dan kegunaannya. Ia juga boleh dikaitkan sebagai bateri hayat bagi kegunaan minda, emosi dan fizikal. Sistem chakra berkait rapat dengan sistem endokrin yang mengawal sistem kelenjar-kelenjar tubuh seperti kelenjar pineal, kelenjar thymus, kelenjar pankreas, kelenjar adrenal dan lain-lain. Dikatakan terdapat kira-kira 365 chakra dalam sistem tubuh, 40 darinya adalah chakra minor dan 7 darinya adalah chakra utama.


CHAKRA PERTAMA – CHAKRA DASAR.
Merupakan chakra yang pertama, berfrekuansi gelombang tenaga merah dan secara amnya berfungsi membekalkan tenaga pada sistem darah, tulang, otot dan saraf manusia. Ia juga bertanggung jawab menentukan perwatakan atau sifat aktif, praktikal dalam keputusan, kecergasan, kesihatan umum tubuh, kepimpinan dan kecergasan fizikal. Ketidakseimbangan tenaga ini akan menyebabkan permasalahan pada sistem tekanan darah, penyakit tulang, sendi, kurang cerdas, masalah seksual, lesu, terlalu atau kurang aktif, tidak rasional, pemarah dll.


CHAKRA KE 2 – CHAKRA EMOSI.
Chakra kedua ini terletak separas dengan pusat (navel), berfrekuansi gelombang tenaga jingga yang membekalkan tenaga pada sistem usus besar dan kecil, alat seksual, pundi kencing, ginjal, bahagian peranakan dan kesuburan. Sifat kreatif, keyakinan, berani mencuba, sifat ingin tahu, rasional, berkeinginan terletak pada keharmonian chakra ini. Permasalahan pada sistem pembuangan, peranakan, seksual, juga sifat penakut, kurang yakin, minda lemah, gelojoh dalam tindakan, suka memaksa adalah sebahagian dari ketidak harmonian tenaga pada chakra ini.


CHAKRA KE 3 – CHAKRA PUSAT.
Dikenali juga sebagai ‘solar plexus chakra’, terletak pada sudu hati, menjadi pusat tenaga untuk kesihatan organ fizikal pada bahagian tersebut; perut, ginjal, sistem hati, limpa dan pankreas. Merupakan medan tenaga pada pemikiran kreatif, logik, cergas, bijaksana dll. Ketidak seimbangan tenaga ini akan mengakibatkan penyakit-penyakit seperti kencing manis, masalah ginjal, gastrik, masalah mata, masalah hati dll. Masalah stres pada minda juga merupakan salah satu pemasalahan ketidak seimbangan tenaga pada chakra ini.


CHAKRA KE 4 – CHAKRA JANTUNG.
Chakra ini mengawal tenaga bagi organ paru-paru, jantung dan kelenjar thymus yang mengawal sistem immun tubuh. Ia juga meliputi sistem saikologi manusia yang berkisar pada emosi, perasaan sayang, sabar, tabah, redha dll. Merupakan sistem penting kerana terdapatnya organ penting manusia iatu jantung yang bekerja 24 jam tanpa henti, juga sistem paru-paru bagi proses pernafasan manusia. Permasalahan pada sistem darah, jantung dan paru-paru adalah kesan tidak harmoni pada chakra ini.


CHAKRA KE 5 – CHAKRA KOMUNIKASI.
Bergelombang biru, warna universal untuk air dan langit yang membersih, menyegar dan menenangkan. Dinamakan chakra komunikasi kerana lokasinya di tengah leher yang menjanakan tenaga pada organ peti suara, kerongkong, thyroid dan para-thyroid yang mengawal sistem aliran penafasan, suara, jumlah kalsium dan sodium dalam badan. Kelenjar hormon pembesaran / kesihatan juga dikawal oleh chakra ini. Manakala, saikologi manusia bagi pertuturan, bahasa, tonasi suara, kemerduan suara yang membolehkan manusia berhubung, berinteraksi, membina hubungan dan kemesraan ditentukan oleh tahap keharmonian chakra ini.


CHAKRA KE 6 – CHAKRA AJNA.
Dikenali juga sebagai ‘3rd Eye Chakra’, bergelombang indigo, menjana tenaga minda, menajamkan visi, rancangan, mengawal kelenjar pituitari, telinga & hidung, sistem saraf pusat dll. Sifat sensitif pada persekitaran, gerak hati, gerak rasa, alam mimpi dan kehebatan saikologi adalah antara kesan keharmonian chakra ini. Sifat bongkak, kurang bersyukur, suka berfantasi, tidak praktikal dalam keputusan, penyakit sinus, pelupa, kurang fokus adalah kesan kurang harmoni pada chakra ini.


CHAKRA KE 7 – CHAKRA MAHKOTA.
Dinamakan sedemikian kerana terletak pada mahkota kepala manusia, tingkat chakra yang tertinggi yang menghubungkan sistem-sistem lain dengan sistem pusat manusia iaitu Otak. Secara kasar, fungsi utamanya adalah mengawal kestabilan tenaga minda bagi melaksanakan pengurusan pelbagai sistem yang dikawalnya. Ia juga dikatakan berkait sebagai ‘talian hayat’ yang menghubungkan manusia dengan ‘dunia luar’ terutamanya dengan yang MAHA PENCIPTA. Kedudukannya adalah di bahagian ubun-ubun kepala yang berfungsi sebagai pusat pengaliran tenaga ROH. Chakra ini bergelombang violet atau keputih-putihan, menjaga kelenjar pineal dan sistem minda keseluruhan yang juga mengawal chakra-chakra yang lainnya.


16. 7 Spektrum Cahaya tenaga kehidupan:
Fakta sains telah menunjukkan bahawa sinar cahaya cerah tenaga matahari merupakan kombinasi adil 7 spektrum warna yang menjanakan sistem tenaga kehidupan pada manusia dan alam.
7 Spektrum warna yang amat penting ini adalah:
Violet – 423nanometer.
Indigo – 450nanometer.
Biru – 470nanometer.
Hijau – 550nanometer.
Kuning – 570nanometer.
Jingga – 638nanometer.
Merah – 650nanometer.


17. 7 Note Muzik ciptaan Manusia:

B – Ti.
A – La.
G – Sol.
F – Fa.
E – Mi.
D – Re.
C – Do.


18. Keajaiban Dunia (7 Wonders of the World):
Piramid – Egypt.
Hanging Gardens – Babylon.
Statue of Zeus – Olympia.
Temple of Artemis – Ephesus.
Mausoleum – Halicarnassus.
Colossus – Rhodes.
Pharos lighthouse – Alexandria.


19. Mitos dalam masyarakat (Melayu).
Dalam masyarakat kita, 7 sering disebut dalam pelbagai mitos dan kefahaman budaya terutamanya dalam adat, amalan, perubatan, kepercayaan dan lain-lain, antaranya adalah:
syarat 7 hari 7 malam.
beras 7 warna.
air 7 telaga.
mandi 7 bunga.
sirih 7 helai.
rokok daun 7 batang.
benang/kain 7 warna.
7 keturunan.
7 petala langit.
7 petala bumi.
7 x Yasin/Fatihah.
313 (3+1+3=7) x Ayat Kursi.
dll.

Wallahu'alam...